.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Cuti-cuti Homestay Sabah : Kundasang & Ranau, here I come!!

Share:
Espisod 2 ..... kalau nak tahu cerita episod satu cuti-cuti homestay Kota Kinabalu, Sabah, boleh baca di sini :D

Salam buat semua... kelmarin dah satu malam di Kota Kinabalu, jadi hari ni, awal-awal pagi bersiap untuk ke Kundasang pula :D Best!!!! sejuk kat sana.. yeah... selepas sarapan dan check out.. mulalah perjalanan ke Kundasang.. Jom!!

Antara tempat-tempat perhentian sepanjang perjalanan.. cuci mata :)
singgah kat tepi jalan je ni.. ambil gambar..Satu-satunya rumah terbalik yang ada di Asia ni.. Fee masuk ke tempat ni RM10.00 seorang (tempatan).. kalau masuk rumah ni, sure bila keluar nanti, kepala akan pening.. kekeke.. okeh mari kita teruskan perjalanan


kebetulan ikut jalan ke Tamparuli.. sebenarnya ada 2 laluan, tetapi nak tengok Jambatan Tamparuli, jadi ikut jalan lama.. Hari ni hari Rabu, ada Tamu Tamparuli ye...
tepi jalan pun ada juga orang menjual... dari jauh kelihatan Tamu Tamparuli



jalan lagi.. baru kat Tamparuli ni..

dah mula menaiki bukit, dari jauh dah boleh nampak Gunung Kinabalu
ok, singgap sekejab di kedai minum, sepanjang laluan ni hanya ada satu perhentian.. jadi kita pekena kopi dulu.. kopi Tenom

dihentian ini ada lokasi siap dengan flatform khas untuk bergambar.. cantikkan?, boleh nampak gunung di belakang nuuu.. dah puas posing sana sini, okeh it's time untuk teruskan perjalanan.. masih ada 20km untuk sampai
sedar tak sedar dah sejam setengah perjalanan, akhirnya sampai juga di Kampung Sinisian, Walau Tokou, Kundasang.. betul-betul bersebelahan dengan Kinabalu Pine Resort
jejak je kaki masuk ke kawasan kampung ni, dah boleh dengar alunan muzik tradisional kaum Dusun.. merdu sangat.. :D.. pandai penduduk kampung ni bermain alat muzik


siap dengan tarian sumazau dan selamat datang .. hahahahah.. dah mula rasa seronok !!!
 
semua kena menari bersama.. hahaha.. kekok gila!!


Homestay Walau Tokou, kampung Sinisian.. Kalau semua nak tahu, tahun lepas sahaja kampung ni menjana RM900,000.00 untuk Pelancongan Homestay di Sabah... di Kundasang sini terdapat 10 Kampung lagi dengan kapasiti 30 buah rumah untuk kita inap kalau nak bercuti di sini.. baru dapat rasai kelainan bercuti di kampung.. berbeza sangat  :D
beginilah pemandangan Kampung Sinisian.. memang cantik sangat, yang penting nyaman!! Orang kat sini kata macam di New Zealand, kekeke, belum sampai New Zealand lagi :D
gambar tu menunjukkan salah sebuah rumah homestay yang ada, Julianah & Julie nama pengusahanya.. kebanyakkan penduduk kampung ini adalah dari kaum Kadazan Dusun dan beragama Islam.. jadi jangan risau yea.. 

Untuk menginap di Homestay ini, boleh hubungi :
En. Kohadie Bin Watiman, Timbalan Pengerusi Homestay Daerah Ranau & Kundasang di talian 6019 8602270
Beginilah rupa biliknya.. ada kemudahan asas lain : TV, pemanas air dan kipas.. sini cuaca dah sejuk, jadi tiada penghawa dingin yea.. :D

tandas pun bersekali dengan bilik penginapan. Tidak berkongsi dengan tuan rumah.
mari kita bergambar bersama penduduk kampung Sinisian, (Pengusaha-pengusaha homestay).. :D.. okeh dah habis sesi bergambar.. dah boleh rest sekejab di bilik....


Jika tidak mahu menginap di Homestay, boleh juga menginap di hotel dan resort berhampiran.. paling hampir Kinabalu Pine Resort
Pemandangan dari balkoni resort.. cantik!




boleh lepak-lepak kat balkoni, best ni kalau bawa family mai sini..
   


hadapan bilik resort

restoran & office


kat sini nak suasana romantik je.. kekek.. baiklah, jom kita mulakan aktiviti lawatan di Kundasang & Ranau, Jom!
Tempat 'mesti' pergi - Spa Ikan Semulajadi... 'Tagal' Sungai Moroli...
Dalam bahasa Kadazandusun, 'Tagal' bermaksud tidak boleh menangkap ikan atau sebarang hidupan di sungai. Tujuannya untuk menjaga ekosistem untuk generasi akan datang. Ikan yang paling banyak di sungai ni, adalah ikan Pelian (spesis Syprinidae). Ikan ini dikatakan dapat sembuhkan penyakit kulit seperti psoriasis. Kalau tak nak spa ikan, boleh juga merentas hutan di sini :D
En. Jafree, pengurus projek sedang berikan sedikit taklimat sebelum kami boleh masuk ke sungai :D
okeh dah boleh masuk sungai, tengok tuuuuuu, banyakkkkkk nya ikannnnn :D


Kak Anizana bukan main best.. hahaha geli!!!.. saya dah pernah kena gigit dek ikan tu, terus tak mau masuk dah..


kalau untuk berendam kaki, bayaran masuknya hanya RM5.00.. kalau nak mandi dengan ikan bayarannya adalah RM25.00. yang ni fee untuk orang Malaysia, kalau orang luar, feenya lebih sedikit.

Laluan hadapan /laluan masuk ke sungai



di sini ada titi gantung juga.. baiklah, dah petang ni, nak hujan pulak tu, jom kita ke Sabah tea pulak, tak jauh dari sini :D


yaaa kita sudah sampai ke Sabah Tea Factory... yang ni ke restauran dan kedai jualannya..
yang dikejauhan tu adalah kilang pemprosesan teh.. masa kami sampai, waktu melawat kilang dah tutup.. waktu melawat adalah dari jam 3 petang..
Pemandangan pokok teh,.. teh disini oraganik tanpa racun perosak
Sini ada minuman istimewa.. semuanya berasaskan teh.. jom cuba!! sedap tau :p
nak beli cenderahati pun ada... pelbagai jenis teh ada yea.. dah sudah membeli belah, masa untuk balik ke homestay semula.. malam nanti ada show.. sedikit huburan dari penduduk kampung..
tengok banyaknya cenderahati, ramai dah datang sini.. must visit place :D, kali ni tak banyak lokasi kami lawat.. nak banyak lagi , nantilah saya datang dengan keluarga.. insyallah tahun hadapan
bila malam dah menjelma... saya pun kena nyanyi juga.. hahahah ' Aku yang dalu bukan yang sekarang" - by tegar.. kakaka. lupa pulak liriknya
masa ni tengah sakan menari. poncho poncho... sebab tu la gambar pun ketaq.. hahaha.. malam banyak dengar musik sahaja.. jadi tak banyak gambar sangat :D.. habis dalam jam 10.30 malam.. then balik tidur...


Selamat pagi!!!! saya bangun awal semata-mata nak ambik gambar ni.. jam 5 pagi dah secantik begini..
selepas breakfast, posing la sikit lagi... buat kenang-kenangan di Kundasang.. dah tu, terus bergerak, nak ke Tamu Kinabalu, setiap hari Khamis yea, jangan lupa


Tamu : lebih kurang macam pasar pagi kat semenanjung . Tamu Kinabalu ni tak besar sangat, tapi memadai untuk membeli tanda hati untuk ahli keluarga dan kawan-kawan.. keropok amplang, sepupu saya kirim.. :D
bos saya suka belek-belk dahulu sebelum membeli... saya sempat juga beli 4 helai baju untuk hubby dan anak-anak.. dan seruling buluh untuk rania :D dia suka alat muzik


Tamu ni ada jual banyak juga buah-buahan..



Jambu susu, sedap ni kalau cicah dengan gula nyum-nyum.. susah nak dapat buah ni sekarang


lemon tea dan halia.. sedap kalau balik bancuh dengan teh sabah


pisang tembaga (ada juga yang panggil pisang udang) sedap ni.. saya beli sesikat.. RM2.00 je murah betul!!
ikan bilis pun ada, beli di Kota Kinabalu lebih murah kot..
Ragi pun ada.. mula-mula ingatkan bedak nyonya... kakakak.. marah makcik tu, sebab saya salah tanya..


dah datang Sabah, jangan lupa bawa balik beras Bario.. atau beras bukit.. dah, sudah shopping kat Tamu, masa untuk ke Tamparuli semula.. semua teringin nak naik Jambatan Tamparuli.. (Jambatan Tanpa Lori) :)
nampak tak itulah, jambatannya... bergoyang-goyang .. huhuhuhu tinggi oiii
panas sungguh di Sabah.. kalau ke Serikei, Sarawak lagi panas tau

naaa baru jelas sikit
nak naik jambatan ni, kena jalan kaki ikut sini
bos saya ni suka advanture, kami terpaksa rela naik jambatan goyang ni.. huhuhuhu.. pening juga kepala
Baca doa dulu sebelum naik.. jauh juga tau
budak-budak sekolah ni jalan macam relax ja... padahal dah dua kali diaorang jatuh terduduk, sebab bergoyang-goyang ke kanan kiri apabila kita jalan laju.. apapun, pengalaman ni tak akan dapat kalau tak cuba :D
dah kat tepi pantai.. bukan cerita jambatan tamparuli dah pun. sekarang kami kat pantai berdekatan UMS.. ambik angin sekejab sebelum fly balik Penang
Jambatan ni kukuh la... :p
Jernih sungguh airnya... Sabah pasti aku akan kembali untuk kali ke-3, kelak...
dah fly balik... Selamat tinggal Sabah.. negeri di bawah bayu.. indah sungguh ciptaanMu Ya Allah...
Kami dah di awan biru...
Alhamdulillah dah selamat sampai ke Penang...
ok setakat itu sahaja episod di Sabah. kalau ada kesempatan, bolehlah ronda ke Dairy Farm masa ke Kundasang dan ada banyak lagi lokasi percutian lain di Sabah... JOm Cuti-cuti Malaysia!!!! 



Thanks for reading :D , 


“Creating Healthy Families…”  

 ....salmiza....


jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

PROMOSI 


Hubungi saya untuk mendapatkan promosi istimewa bulan ini, anda layak :

Keahlian Shaklee seumur hidup percuma (dengan belian 200uv ke atas)

* Bonus ahli**
* Pembelian pada harga jimat (percuma 1)

* Bimbingan dan tunjuk ajar (bisnes shaklee)
* Jemputan ke Secret Group BondaMiza dan MFMS The Most Happening Shaklee Team In Malaysia

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. memang berbaloi :D

dapatkan hadiah terbaharu daripada saya, Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi yang tak mungkin anda terfikirkan.. “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. 


eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…

Kalau nak tahu, beliau sebelum ini langsung tidak pernah berniaga..
Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak..

Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?

Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 3000 pembaca tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma..


boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."

Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MENARIK DIBACA: 

3 comments:

  1. Assalamualaiku..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat 'Taxi Limousine' yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
    Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar tambang yang rendah dan berpatutan,
    sila hubungi kami untuk mendapatkan kadar tambang ke mana sahaja di seluruh sabah.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    email: taxisabahlimo.com
    http//:www.taxisabah.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com
    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete