VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.
HomeVivixHAMIL DENGAN KENCING MANIS / DIABETES @ GDM
Kali ni nak share pengalaman saya masa mengandung :D.. bukan pengalaman mengandung biasa..mengandung dengan diabetes atau kencing manis.. jika nak tahu, ada 2 jenis Kencing manis (GDM) semasa mengandung, iaitu
GDM on Diet Control - nak tahu lanjut, baca di bawah ya
kedua-dua di atas, saya mengalaminya pada masa kandungan berbeza. pada tahun 2013 dan tahun ini 2016.
selalunya, kencing manis masa mengandung terjadi masa kandungan dah masuk 28 minggu macam tu, lebih kurang dekat-dekat 7 bulan...herm kes saya ni sangat berbeza.. seawal mengandung dah kena diabetes.. puncanya ??? tak tahulah :( apa yang doktor kata, perubahan hormon semasa mengandung.
Seingat saya bermula pada penghujung ramadhan tahun 2012 yang lepas.. lebih kurang seminggu sebelum raya.. masa tu tak tahu diri mengandung.. tapi selera makan sangatlah luar biasa.. makan nasi siap tambah 2-3 kali... huhuhu.. gila betul!! selalu makan nasi setengah senduk.. ni haaa bayangkan lah 2-3 kali tambah nasi.. tengok nasi tu, bayangkan 2-3 kali tambah!!! haaa kilang ka apa?? bukan berselera pun, tapi entah kenapa asyik rasa amat lapar..
masa syak diri mengandung, beli tester ja.. tapi tak jelas resultnya, blur garisan tester tu.. agak-agak mengandung ke tak ni??
tak puas hati!!! selang 3 hari baru pergi ke klinik - Klinik Syed Alwi, di Butterworth, Penang .. masa tu barulah doktor sahkan mengandung.. kekekek.. terujanya!!!! - baby no.2 is on the way.. kekekek :D
sebab dah ada pengalaman mengandungkan Rania (anak sulung) secara pembedahan sebab baby songsang, so saya pun tak nak la buang masa lewat-lewatkan check-up di klinik kesihatan.. jadi seawal kandungan 6 minggu dah pergi ke klinik kesihatan kerajaan ni..
masa check-up pertama, belum syak apa-apa.. then selang 2 minggu, berat badan naik mendadak 3 kilo!! hebat tak? masa tulah nurse terus set appointment untuk ujian darah (MGTT) .. oooo jarum, ngeri, ambil 2 tabung darah (saiz kecil tu) .. uwaaaa... :,(
akhirnya paras gulaku detect 7.8 mmol bacaannya... maka bermula episod mengandung dengan kencing manis atau diabetes dalam hidupku... belum pun kandungan masuk 2 bulan dah kena diabetes.. mengandung dengan kencing manis memang mencabar dan penuh dengan pantang larang terutama sekali terpaksa hadkan pengambilan makanan tertentu.. ok sebelum cerita lanjut pengalaman saya dengan diabetes ni.. baik saya jelaskan sikit apa itu kencing manis masa mengandung (GDM) ni :
Saya petik sikit info ni daripada baby center :
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi (GDM). Ia
adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa
kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Kencing manis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin
yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin
mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan
membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk
memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan
seterusnya. Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan
ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan
menimbulkan kencing manis semasa mengandung.
Video di bawah (dalam bahasa Inggeris) akan memperjelaskan apa itu GDM dan risikonya :
Diabetis gestasi (kencing manis semasa mengandung) selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, diabetes ini berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi kita akan alami perkara berikut:
keletihan;(saya memang mengalami keletihan melampau, banyak masa saya habiskan dengan tidur sahaja, sebab dah tak mampu nak buat kerja lain, cepat rasa letih :( kesian hubby ku, terpaksa buat banyak kerja rumah..
dahaga yang terlampau;(minum air banyak tetapi tetap rasa dahaga)
membuang air kecil dengan banyak; (toilet tu seolah-olah rumah ke-2 dah :D)
penglihatan kabur (saya tak alami kekaburan, cuma rasa pening, jadi tak dapat nak berdiri lama, pandangan akan jadi kelam)
setelah ditahtakan dengan gelaran 'ibu mengandung dengan kencing manis'.. maka mau tak mau, terpaksalah rajin ke klinik... setiap 2 minggu tau.. huhuhuh.. baru mengandung belum 2 bulan, cuba kira untuk 9 bulan seterusnya berapa kali.. ?? saya dah rekodkan.. pengalaman mengandung dan rekod terbanyak ke klinik dan hospital Seberang Jaya, Penang adalah sebanyak 54 kali sepanjang tahun 2012 - April 2013.. (Pengalaman yang takkan dilupakan sepanjang hayat) - boleh menang 'award' dah ni :p
Jadual check-up masa mengandung dulu.. kekeek dah kotor bebenar.. tempek tepi peti sejuk ni, nasib ada lagi :D
Bak diva Klinik Desa Permatang Tok Mahat dan Klinik Kesihatan Nibong Tebal.. tak caya?? percayalah!!
Maka terpaksa la ke klinik untuk ambil darah 4 kali
dalam satu hari selang setiap 2 minggu sampai lah bersalin. ada timing pulak check darah ni....rutin check darah ni dipanggil
BSP (Blood Sugar Pressure Test)..
Pagi : jam 8.00
Tengahari: jam 12.00
Petang : jam 5.00
Malam : jam 9.30
di antara waktu-waktu kat atas tu, kena puasa sementara (selang 2 jam).. tak boleh ambil sebarang makanan dan minuman... hanya air kosong je selang 2 jam tu.. opps lupa, sebelum ujian darah, malam sebelumnya, jam 10.00 malam ke atas dah tak boleh ambil sebrang makanan dan minuman yea.. tiap kali nak buat BSP mesti susah hati, takut bacaan naik.. kalau naik silap haribulan kena cucuk insulin... aaaaarrr tak mau laaaaaa
BSP ni cucuk sikit kat jari je. guna alat ni.. kalau ada sendiri, boleh buat kat rumah, lebih mudah.
BSP ni penting untuk pantau tahap gula dalam darah. Selain kena BSP, saya juga perlu ke sesi kaunseling makanan. Nurse akan pantau cara pemakanan kita dan check darah supaya baby
dalam kandungan sihat....so bila kata jaga pemakanan, kena la berdiet daripada makanan sebarangan yang manis-manis, karbohidrat tinggi, berlemak dan apa-apa lagi la, yang tu pula dinamakan 'GDM on diet'... kita akan diberikan list makanan yang boleh diambil dan tak boleh serta berapa banyak kuantiti yang dibenarkan.. (ikut klinik le, mungkin juga ada klinik yang tak beri secara bertulis)
Cadangan diet :
Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega,
daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan
ayam tanpa kulit.
Elakkan makanan yang bergoreng.
KOMPLIKASI GDM / DIABETES / KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG
Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri sendiri. Jika
paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan,
komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.
Jika
paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi
menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa
darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak
menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang
tinggi.
Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari
yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak
badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang
lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Jika bayi mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi
masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa
kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi amungkin
mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas
dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas
bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi
yang berlebihan atau makrosomid.
Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa
penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada
bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada
Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam
darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah
pernafasan mahu pun kecacatan bayi.
Adalah dipercayai bahawa bayi yang
bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Bayi juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi
saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi.
Seperti
pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko
tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran
kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios
dan bayi yang bersaiz besar.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes,
jika bayi besar, kerumitan ketika melahirkan
bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan
peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius,
sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.
Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan
datang. SAMBUNGAN GDM ON INSULIN, BOLEH KE LINK INI.
Biasanya ibu GDM ni kena bersalin pada due date
baby, tak boleh lebih hari, .sebab nak mengelakkan baby besar dalam kandungan... so kalau tak
juga bersalin minggu ke 40, kena la induce atau dipaksa bersalin... nasib saya tak kena induce :D.. akhirnya saya terpaksa juga bersalin melalui pembedahan, sebab masalah CPD.. nak tahu apa itu CPD.. akan saya terangkan dalam entry seterusnya...
Thanks for reading :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
BARUT BENGKUNG ZIG ZAG 2 TALI DAN BENGKUNG ZIP BERSALINMENYUSU.COM (2 SAIZ PILIHAN READY MADE)
KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN
jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza
dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”.
eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…
Kalau nak tahu, beliau sebelum ini langsung tidak pernah berniaga..
Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak..
Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 3000 pembaca
tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan
sementara masih percuma..
Langkah yang paling penting untuk kawal diabetes adalah jaga makan, kurangkan makanan manis dan minuman bergula tinggi. Tambahkan sayur hijau dalam hidangan kerana sayur hijau boleh menjaga kesihatan pankrease agar mampu hasilkan insulin secukupnya.
You possess lifted an essential offspring..Blesss for using..I would want to study better latest transactions from this blog..preserve posting.. Diabetes Guide
Pengalaman apabila kena berulang alik ke klinik untuk cek paras gula. Ada masa kena injek. ada masa kena minum air gula. cek darah tinggi. Proses ini normal untuk semua ibu mengandung yang memang sntiasa pastikan ikut jadual yang diberikan KK. Semuga urusan dipermudahkan Allah.
Alahai memang leceh sikit kalau nak buat check up untuk ibu yang kencing manis.
ReplyDeleteWahh bagus ni ..
ReplyDeleteJangan sedih ya. Jaga diet ok. Insyallah jika dikawal dengan baik akan dipermudahkan semuanya.
ReplyDeletePaling tak suka apabila kena berulang alik ke klinik untuk cek paras gula. Saya pun ada pengalaman yang sama juga masa mengandung.
ReplyDeleteLangkah yang paling penting untuk kawal diabetes adalah jaga makan, kurangkan makanan manis dan minuman bergula tinggi. Tambahkan sayur hijau dalam hidangan kerana sayur hijau boleh menjaga kesihatan pankrease agar mampu hasilkan insulin secukupnya.
ReplyDeleteYou possess lifted an essential offspring..Blesss for using..I would want to study better latest transactions from this blog..preserve posting.. Diabetes Guide
ReplyDeletePengalaman apabila kena berulang alik ke klinik untuk cek paras gula. Ada masa kena injek. ada masa kena minum air gula. cek darah tinggi. Proses ini normal untuk semua ibu mengandung yang memang sntiasa pastikan ikut jadual yang diberikan KK. Semuga urusan dipermudahkan Allah.
ReplyDelete