.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Langkawi!!! chek mai lagi .. :D

Share:
Pada 10 Oktober yang lalu, saya ke Pulau Langkawi.. 'Bekerja sambil makan angin' :D, sebenarnya kena kerja luar daerah.. ada Workcamp Pemasaran Homestay.. ini homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia ye... ada lesen punya..

excited nak pergi Langkawi, sebab sana boleh beli coklat!!! teringin sungguh nak makan Hemlot dan Whittakers.. Memang rambang mata chek tengok coklat macam-macam jenis.. :D

Rombongan kerja ni seramai 29 orang semuanya, termasuk pengusaha homestay dan rakan-rakan sekerja (urusetia) dan para penceramah..

baru nak bertolak ke Kuala Kedah.. jam 9.00 pagi, yang depan tu Tuan Boss
10.40 pagi : dah sampai jeti Kuala Kedah.. beratur tunggu giliran nak beli tiket feri :) .. harga tiket RM23 sehala dari Kuala Kedah ke Kuah, Langkawi..
Fuhh, mujur sempat juga kejar feri jam 10.45 pagi.. huhuhuh

dengan Kak Fauziah, dalam feri.. ni baru start dok posing dalam feri.. tapi time ni dok baca doa, moga-moga tak mabuk laut :D lama sangat tak naik feri ke Langkawi
12.30 tengahari dah sampai Kuah, terus ke Hotel, ini sudut lobi hotel MY, Kuah
menunggu Kak Fauziah proses check-in bilik, lepas tu siap-siap ke dewan seminar.. nak set apa yang patut...saya pula kena jadi Emcee

tak sampai sejam lagi nak jemput peserta datang, diaorang naik feri jam 12.00 tengahari.. time ni dah dekat jam 1.00 petang, Mr. Ashraf (Juruteknik komputer) dah ready dengan beg besar dia tu..
so, ini lah peserta (owner homestay berlesen di Pulau Pinang), Ada dari Sungai Setar, Teluk Bahang dan Mengkuang Titi..
dah start program : pembentangan pertama oleh En. Mohd Mazlan - Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang - 
Tajuknya : Tahun Melawat Malaysia 2014, bersediakah kita?
dah habis beberapa topik, sampailah masa buat amali housekeeping pulak yea, 
oleh Pensyarah Fakulti Hotel UITM, En. Zamri Ahmad
lagi terang tak sudah-sudah, tekun mengajar
hehehehe.. inilah kemuncak acara, SHOPPING!!!.. dah jam 5.30 petang,
coklat, coklat, tak habih-habih :p ramai pulak orang kirim, so bawa buku senarai le.. harap-harap semua yang dipesan ada stok..
survey merata kedai.. gambar ni pick kat internet, (tak sempat nak posing depan kedai haritu) terlalu sibuk shopping coklat) just nak tunjuk ni lah kedai HIG (Haji Ismail Group). 

Ada satu kedai baru saja buka 11 Oktober, namanya 'BESERI' - harga coklatnya murah jugak...


ni pulak kalau nak beli pinggan mangkuk.. bole beli di kedai HIG, RAM, SAGA atau Idaman Suri....
tengok ni.. order daripada kawan-kawan, kalau tak beli tak patutlah sangat kan.. nama pun kawan-kawan.. ku ikutkan jua.. :D 
ni order Suriyanti.. Kinder Bueno RM17.90 -18.50, ritter sport RM3.90, cadbury di antara harga RM8.50 - 9.90
ni order Maria, Ferero 30 biji diantara harga RM22 - 24, DAIM pula harga ikut saiz..
ini order untuk Irra ... siap ada balm Gamat lagi .. huhuhu wangi semua baju lekat bau balm 
ini order Afifi Hafiz dan Abang Salmi

ni pula, pilih-pilih kain batik buat Ummiku (Pn.Sharifah Noraini) dan Mertuaku (Pn. Hasnah).. kain mesti Jenama Tiga Serangkai, lain jenama tak mau la nooo :D
sedar tak sedar dah tiga hari kat Langkawi, tanggal 12 Oktober 2013, Jam 12.00 tengahari semua dah siap-siap nak balik... nampak dak troli tu, ni semua barang saya dan kak Fauziah.. huhuhuhu...  DATANG 1 BEG, BALIK SORANG 5, SHOPPING SAKAN WEI!!!
tunggu feri mai, Jam 1.00 petang bertolak balik :(
dah dalam feri... ambil masa rehat dan zzzzzzzzzz
 
tengok ni, hari kami balik, punya ramai umat manusia di Kuala Kedah. punya panjang beratur nak naik feri ke Langkawi.. memang TERBAIK LA!!!!
nanti kalau nak ke Langkawi, jangan lupa singgah di Pekan Kuah, beli coklat ok.. rugi sikit sebab saya tak sempat nak ke Pantai Cenang, mandi manda... nama pun pergi kerja.. lain kali kita pergi dengan family pula, makan angin, ronda satu Langkawi... Banyak lagi tempat untuk dikunjungi tau... boleh :
  • Snorkeling di Pulau Payar, 
  • Pulau Dayang Bunting dan pulau pulau kecil
  • Pengalaman naik bot , beri burung helang makan
  • Langkawi Geo Park
  • Telaga 7
  • Langkawi Kristal
  • Pantai Cenang
  • Padang Mat Sirat : buat minyak Gamat
  • Makam Mahsuri
  • Kampung Beras Terbakar
  • Gunung Mat Cincang - kereta Kabel
  • Underwater World - akuarium ikan besar gitu....
  • Langkawi Yatch club
  • Yang best lagi.. kat Pantai Cenang banyak kedai makan.. menu seluruh dunia ada (itali, mexico, french, sweden, melayu, cina, india semua ada...)
  • dan macam-macam lagi lagi..
itu saja la.. episod Langkawi, Chek mai lagi..

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D

Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P

Thanks for reading :D



jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."

Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


“Creating Healthy Families…”  


....salmiza....

No comments