.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN ATAU BERPANTANG SECARA TRADISIONAL

Share:


Assalamualaikum.. seperti yang saya telah janjikan.. 

Inilah sambungan lanjutan daripada tajuk lepas iaitu Berpantang lepas bersalin secara pembedahan atau caeserean (boleh klik di sini)

Baiklah, menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Semasa bersalin, badan kita kehilangan banyak darah. Saya sendiri kehilangan sebanyak 1000cc darah. (saya bersalin secara pembedahan). Oleh sebab itu, ibu tidak boleh sama-sekali mengabaikan soal penjagaan diri selepas bersalin. Tempoh berpantanglah yang akan memastikan badan ibu sembuh daripada luka-luka dalaman ketika bersalin.

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh. Mereka juga tak benarkan kita minum terlalu banyak air dan sebagainya.. ada nasihat yang boleh digunapakai.. ada juga nasihat yang berupa mitos semata-mata :D

Sebagai persediaan untuk berpantang secara tradisional, anda perlu ketahui dan ikuti 7 tip penjagaan seperti berikut :
  • Bertungku
  • Berurut
  • Berbengkung / berbarut
  • Berpilis
  • Mandi air rebusan daun / herba
  • Minum ubat periuk
  • Tidur & rehat yang cukup

TIP 1 Berpantang secara tradisional  : BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan.

Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu. Orang yang bersalin secara pembedahan tidak digalakkan bertungku dibahagian perut, namun begitu bertungkulah di bahagian lain seperti belakang badan dan kaki. 

Mudah sahaja nak bertungku ni. Bahan-bahan yang diperlukan : 
  • batu tungku, boleh beli dikedai atau pinjam dari saudara mara. Kalau tiada, boleh juga guna bata merah atau batu sungai yang besar - jangan terlalu berat, nanti tak larat nak angkat pula :) 
 
  • Daun mengkudu (paling baik) ambillah beberapa helai - banyak lagi bagus.

  • Kain pelapik (biar tebal) biasanya nak mudah guna sahaja kain batik atau tuala, nampak tradisional gitu. 
Bakar tungku selama 15-20 minit hingga betul-betul panas, angkat dan balutkan dengan daun mengkudu.

Caranya : bentangkan kain batik, letakkan daun mengkudu hingga penuh, kemudian barulah letakkan tungku yang dah dibakar tadi. balut hingga tertutup tungku itu sepenuhnya. Nanti kita dapat hidu aroma daun mengkudu yang wangi.. menenangkan jiwa.

Pastikan kain cukup tebal dan kepanasan tersebut sesuai dan dapat diterima anda. Takut nanti melecur pula. jadi berhati-hati yea. Tuamlah sekeliling peranakan, pinggul, payu dara dan seluruh badan. Badan akan hangat dan segar. Selamat bertungku :D

TIP 2 Berpantang secara tradisional  : BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.  

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Biasanya mak bidan akan mengurut selama 3 hari berturut-turut.. kenapa 3 hari, saya pun kurang pasti. 
Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar. Sebab itulah ibu perlu sentiasa memakai baju panas dan menyarung stokin. Badan ibu akan cepat sejuk dan kelihatan sembap atau bengkak terutama sekali di bahagian kaki.  

* Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, urutan di sekitar perut hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan melahirkan kerana luka pembedahan belum sembuh sepenuhnya sehingga tempoh 6 bulan. (ini bukan kenyataan suka-suka) Pengalaman saya bersalin secara pembedahan dan saya juga dapatkan khidmat nasihat doktor  dan bidan sebelum berurut, Bidan juga menyarankan tempoh 6 bulan adalah terbaik untuk memastikan luka jahitan benar-benar sembuh. Namun begitu urutan di tempat selain luka jahitan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

TIP 3 Berpantang secara tradisional  :  BERBENGKUNG / BERBARUT

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu. 

Bengkung ada banyak jenis, boleh pilih bengkung jenis V, strap atau berkancing. Saya sendiri punya 4 bengkung yang berbeza. Pastikan bengkung sentiasa ditukar dan dicuci.  Sebaiknya, anda belilah 2 helai supaya boleh ditukar-tukar. Ingat ye, walaupun tengah berpantang, kebersihan dan penampilan diri tetap perlu dijaga. Boleh rujuk posting saya yang lalu, untuk lihat jenis bengkung , boleh klik di sini untuk pilhan bengkung yang sesuai.



Paling baik adalah berbekung selepas mandi atau setelah berurut. Ulang lagi selepas mandi pada waktu petang hinggalah pagi esoknya. 
  
Kalau nak bentuk badan yang cantik, berbengkunglah.. pasti anda akan terkejut lihat hasilnya nanti. 

TIP 4 Berpantang secara tradisional  : BERPILIS

Berpilis? apa tu yea? ia adalah sapuan herba pada bahagian dahi. Tujuan berpilis adalah untuk mengurangkan pening dan loya. Badan kehilangan darah semasa bersalin. Oleh itu pilis ini membantu mengurangkan pening dan kelam mata.


Tak dapat nak letak muka sendiri, lakaran ini pun boleh yea :D
Pilis boleh didapati dengan mudah di dalam set bersalin tradisional. Saya sendiri menggunakan pilis Mustika Ratu, kerana saya sukakan baunya yang sungguh berherba. 

Pilis juga boleh dibuat sendiri, hanya ambil kayu manis dan tumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan sapu pada dahi. Paling baik untuk buat sendiri, mintalah suami atau saudara untuk menumbukkan campuran tersebut. Anda juga boleh sediakan awal-awal sebelum bersalin lagi.

TIP 5 Berpantang secara tradisional  : MANDI AIR REBUSAN

Saya gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang anak pertama, kerana saya berpantang di rumah mertua. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja. (gambar di atas adalah gambar hiasan)
Kita sangat beruntung kerana tinggal di Malaysia. Tanaman herba berkhasiat sangat banyak dan masih tidak sukar untuk mencarinya. Ianya masih ditanam di halaman -halaman rumah dan ada juga yang masih dijual di pasar-pasar.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu. 

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran. 

Bahan-bahan  yang diperlukan untuk membuat mandian herba : 
  • Sintok
  • Daun mengkudu
  • Serai wangi
  • Daun pandan
  • Daun sireh
Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.

Jika sukar untuk sediakan air rebusan daun herba, boleh juga pek uncang atau serbuk daun herba di kedai-kedai jamu.


Saya gunakan campuran herba mustika ratu semasa berpantang anak kedua kerana saya berpantang di rumah sendiri. Hanya campurkan beberapa sudu serbuk daun herba dengan air panas dan kemudian campurkan lagi dengan beberapa cebok air suam ke dalam baldi. Kemudian mandi. Rasa macam di spa.

TIP 6 Berpantang secara tradisional  : MINUM UBAT PERIUK

Ubat periuk rasanya memang tidak sedap dan pahit.. heheheh.. tapi sekarang dah tidak susah-susah mencari akar kayu. Semuanya sudah siap dijual di pasaran. Boleh pilih pelbagai jenama, ada dalam uncang, ada juga yang dibuat seperti teh. Bancuh dan terus minum.

Kongsi pengalaman Ummi saya lah yea.. Dahulu masa Ummi bersalinkan adik-adik, setiap hari Ummi akan merebus daun inai atau daun sireh dan diminum. Kedua-duan daun ni sangat baik untuk mengawal haid berlebihan dan keputihan.  

Jadi berbalik kepada ubat periuk atau air akar kayu, ianya sangat baik untuk kesihatan dalaman. Antara khasiatnya adalah :
  • Antara khasiat ubat periuk atau akar kayu adalah  
  • Membantu melancarkan perjalanan darah,  
  • Memenambah tenaga, 
  • Menyenangkan pembuangan air besar 
  • Mengeluarkan angin dalam badanmenambah seri muka agar tidak kelihatan terlalu pucat. 
Mari kita berkenalan dengan jenis akar dan tumbuhan herba yang baik untuk diamalkan semasa berpantang : 
  • Akar Mengkunyit - membuang darah kotor di dalam badan dan menghilangkan jerawat.
  • Gajah Beranak - Memanaskan badan dan membantu memecahkan lemak.
  • Akar Pulih Dara - merapatkan kembali ruang rahim wanita.
  • Teja Lawang - Membuang angin kotor, mengeluarkan peluh dan mewangikan badan, penawar cirit-birit.
  • Buah Manjakani : menegangkan otot-otot dalam faraj, merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur. Juga bantu hilangkan bau yang tidak diingini.
  • Kacip Fatimah mengatasi kembung yang sering dialami oleh wanita yang bersalin, mempercepatkan sembuh selepas bersalin disamping meransang merapatkan faraj.
  • Halia & Lada Hitam : Memanaskan dan membuang angin dalam badan.
Selain mengamalkan ubatan herba, saya turut mengamalkan set bersakin Shaklee. Memang best sangat. Rasa bertenaga dan segar dengan gabungan ubatan tradisional dan suplemen moden.

Jarakkan pengambilan ubatan herba dengan suplemen sekurang-kurangnya sejam. 

TIP 7 Berpantang secara tradisional  : REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.  

Paling elok kerja-kerja rumah, ditinggalkan sahaja kepada suami atau pembantu. Berbincanglah dengan pasangan mengenainya. Jangan risau rumah bersepah. Utamakan kesihatan diri. Tidur dan rehat yang cukup membantu anda mengurangkan rasa tertekan. 

Nasihat saya:

Pada 2 minggu pertama kelahiran, elakkan menjemput rakan taulan / Saudara mara datang menziarah. Lawatan pada minggu-minggu pertama bukanlah sesuatu yang baik, sebenarnya ia mengganggu ibu untuk berehat dan memulihkan kesihatan badan. Ada keadaan dimana bayi mungkin mengalami kuning, dan ibu perlu berulang alik ke klinik. Tambahan pula, bayi sebaiknya dielakkan disentuh oleh pelbagai orang, bayi lebih terdedah dengan kuman dan bakteria.

Buat rakan taulan / saudara mara, janganlah terlalu ghiarah untuk melawat kawan / saudara mara anda yang baru bersalin. Berilah mereka masa untuk berehat dan memulihkan diri. Biasanya selepas tempoh 2 minggu, ibu sudah lebih sihat, terurus dan keadaannya lebih bertenaga. Pada waktu itu, pergilah melawat.

Selamat Berpantang..



KLIK PADA GAMBAR UNTUK TESTIMONI SET HAMIL, BERSALIN & MENYUSU SHAKLEE SELANJUTNYA
CARA TEMPAHAN SUPLEMEN SHAKLEE MELALUI BONDAMIZA 

Untuk bonda bantu ibu-ibu buat belian dengan keahlian yang mana lebih menjimatkan sehingga 20% dengan mode bayaran tunai ke bank (CIMB / MAYBANK). Manfaat keahlian boleh terus ke link ini ya. 

 ibu-ibu boleh hubungi bonda / whatsapp terus bonda di talian 

Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):



KEPERLUAN PENJAGAAN IBU SEMASA BERPANTANG (CONFINEMENT) YANG TIDAK PATUT DIPANDANG ENTENG :

KEPERLUAN IBU  (SEMASA BERPANTANG) :

  • URUTAN
  • BERTUNGKU
  • BERBENGKUNG
  • PARAM / PILIS / TAPEL
  • MANDIAN HERBA
  • MAKANAN SIHAT

IBU (PENUTUP BERPANTANG) 

  • URUTAN
  • SAUNA
  • TANGAS
  • SPA WAJAH / BADAN (FACIAL & SKRUB / LULUR)
  • MANDIAN AURA BUNGA /  SUSU
  • MANDIAN LIMAU

 

ANDA MENCARI BISNES YANG MODAL RENDAH DAN MUDAH? SIAPA BOLEH BUAT BISNES SHAKLEE?

Sesiapa saja bertaraf warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Berminat untuk mulakan perniagaan  Shaklee ? jom contact Miza

 

boleh hubungi bonda miza / whatsapp terus bonda di talian 
 

🌟7 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE BERSAMA TEAM MFMS🌟

Nak tahu kenapa saya dan ramai yang lain pilih buat bisnes Shaklee bersama team MFMS?

✅ 1. Produk Shaklee TERBUKTI SELAMAT & BERKESAN lebih 100 TAHUN.
    
✅ 2. Company Shaklee sangat STABIL & KUKUH sejak tahun 1956.
    
✅ 3. Produk Shaklee ada PERMINTAAN TINGGI di Malaysia, market luas dan mudah dipasarkan.
    
✅ 4. Bisnes Shaklee adalah bisnes NETWORK MARKETING PERTAMA DI DUNIA.
    
✅ 5. Bisnes Shaklee boleh DIWARISKAN kepada anak cucu kita.
    
✅ 6. Dalam Team MFMS dah ada ILMU & MENTOR yang betul dan PROVEN SUCCESS.
    
✅ 7. MODAL RENDAH & PULANGAN TINGGI.

Nak tahu lebih detail?
Jom tonton video bersama Masters Founder Team MFMS:-

http://bit.ly/WhyShakleeMFMS

Dah habis tonton?

Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=963856
 
 Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
 

 
 BondaMiza Nazril
Team MFMS Empire
 




Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee

 


SAYA BELUM JADI AHLI SHAKLEE? 
SAYA BERMINAT JADI AHLI SHAKLEE & BUAT BELIAN SUPLEMEN, APA PERLU SAYA BUAT? 
Jangan risau, hubungi saya, untuk kami bantu anda.
BONDAMIZA (012 5852034) 

Atau boleh gunakan ID saya 963856 (SHARIFAH SALMIZA SYED HAMID) sebagai SPONSOR semasa pendaftaran ahli, untuk melayakkan anda nenyertai keluarga besar Shaklee kami di bawah BONDA MIZA & MFMS MILLIONAIRES IN SHAKLEE EMPIRE, The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!

Moga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca. Bonda doakan semoga pembaca kesayangan bonda sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berkekalan. Insyallah



'Be simply healthy'
Your Trusted Shaklee Leader & Distributor

Master To Be Bonda Miza Nazril
"Founder Of BondaMiza Millionaire In Shaklee"
012 585 2034 
www.bondamiza.com


7 comments:

  1. Terima kasih puan ummu khayla atas komen puan :D

    ReplyDelete
  2. Bertungku dan pakai bengkung tu memang wajib buat.. Tapi yang tampal pilis tu Zarith tak buat, sebab nanti bila dah kering habis kotor katil =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pakai seminggu awal je pilis dahi tu. Selalu habuk masuk mata. Heheh. Tapi jangan lupa makan suplemen dan jamu untuk pastika badan cepat sihat dan luka sembub cepat.

      Delete
  3. tq for info yang sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama puan sara. Terima kasih kerana sudi singgah :)

      Delete
  4. Perkongsian yang menarik ..even umur saya baru mencecah 20thun tapi saya berminat untuk belajar cara penjgaan ibu dalam pantang . Terima kasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu cik /puan Ellyn Eliana teruskan belajar ya. :)

      Delete