HAMIL DENGAN KENCING MANIS / DIABETES / GDM DENGAN INSULIN

Assalamualaikum Semua pembaca blog bonda Miza...



Kali ni bonda nak share pengalaman mengandung terkini pula :D.. macam kandungan lalu, bukan pengalaman mengandung biasa..mengandung dengan diabetes atau kencing manis, kali ni detect lambat sikit, tak macam kandungan lalu, bulan ke 3 dah kena GDM, kali ni dah masuk 8 bulan baru kena GDM. lagi 2 minggu nak bersalin plak tu.. kesudahannya?? GDM ON INSULIN , sob sob :( 

Mengandung tahun 2013, hanya GDM on Diet. 
ini adalah alatan wajib meter bsp yang akan kerap diguna oleh ibu GDM

Sebenarnya saya baru sahaja keluar wad kelmarin, admit kerana untuk bacaan gula ldan insulin. Walaupun sebenarnya dari segi bacaan orang normal, bacaan tu agak normal, tetapi buat ibu hamil bacaannya melebihi paras dibenarkan iaitu 5, 6, 6, 7. 

Alhamdulillah, kali ni hanya kena sekali insulin iaitu pada waktu malam sahaja. Untuk seimbangkan insulin pada sebelah malam ke pagi. 

Kalau nak tahu lanjut tentang GDM On DIET saya semasa hamil anak kedua pada 2013 lalu, boleh baca pada Link ini ya :  HAMIL DENGAN KENCING MANIS / DIABETES / GDM.


Sebelum saya kongsikan pengalaman saya hamil dengan kencing manis (GDM on insulin) kali ini, suka saya nak kongsikan dulu apa itu GDM, Insulin dan komplikasi jika lebihan / kekurangan gula dalam darah. 

APA ITU DIABETES KETIKA MENGANDUNG / HAMIL / GESTITIONAL DIABETES (GDM)


Diabetes ketika hamil / Gestitional Diabetes (GDM) merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

Ketika mengandung, GDM memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, 90% hingga 95% ibu  GDM akan kembali sembuh.

Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (Jaundis / Kuning) berbanding bayi normal.


APA ITU INSULIN? - SI PENGATUR GULA DALAM DARAH

Insulin adalah hormon yang diproduksi oleh sel beta pankreas. Fungsi utama Insulin adalah untuk mengatur tingkat glukosa dalam aliran darah, dengan cara memfasilitasi transportasi glukosa darah ke sebahagian besar  sel-sel yang membentuk tubuh.

Kehadiran insulin merangsang transporter glukosa untuk pindah ke permukaan sel untuk memasukan glukosa ke dalam sel. Insulin merangsang pusat hipotalamus di otak yang bertanggung jawab untuk rasa lapar dan kenyang. Terkadang, ada insulin yang diproduksi ketika kita mulai makan, sebelum glukosa masuk ke dalam aliran darah. Insulin juga menginstruksikan sel-sel lemak untuk mengubah glukosa dan asam lemak dari darah menjadi lemak, yang kemudian sel-sel lemak tersebut disimpan dalam tubuh sebagai tenaga sehinggalah ia digunakan.
 
Insulin adalah hormon anabolik, yang penting untuk pertumbuhan banyak jaringan dan organ dalam tubuh. * Terlalu banyak insulin dapat menyebabkan pertumbuhan berlebihan seperti, misalnya, lemak tubuh dan sel-sel yang melapisi pembuluh darah. Kesimpulannya, insulin membantu mengatur, mengontrol, keseimbangan hormon tertentu lainnya dalam tubuh.
cara insulin bekerja dalam tubuh kita
Salah satu cara insulin mempertahankan kitaran normal tingkat glukosa dalam darah adalah dengan regulasi hati dan otot, mengarahkan organ tersebut untuk memproduksi dan dan menyimpan glikogen, yang kemudian akan diubah menjadi zat tepung oleh tubuh dan digunakan ketika gula darah turun terlalu rendah. 

Jika gula darah jatuh atau terlalu rendah yang mungkin terjadi setelah latihan berat atau puasa- sel-sel alpha pada pankreas akan melepaskan glukagon, hormon lain yang terlibat dalam regulasi kadar gula darah. Glukagon akan memberikan sinyal kepada otot dan hati untuk mengubah glikogen yang tersimpan kembali menjadi glukosa (proses ini disebut glikogenolisis), untuk meningkatkan gula darah. 

Ketika persediaan glukosa dan glikogen dalam tubuh telah habis, hati, dan pada tingkat yang lebih rendah ginjal dan usus kecil, dapat mengubah beberapa protein tubuh yang tersimpan pada- massa otot dan organ-organ penting lainnya – menjadi glukosa.

APAKAH TANDA-TANDA IBU SEDANG MENGALAMI MASALAH KEKURANGAN GULA (HYPOGLYCEMIA)  ATAU LEBIHAN GULA (HYPERGLYCEMIA) DALAM BADAN?

Sebagai Pengidap GDM semasa mengandung, kita wajib tahu tanda-tanda badan kita sedang mengalami masalah gula rendah atau terlalu tinggi. Malah suami, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat wajib juga mengetahui tanda-tanda hypo dan hyperglycemia pada tubuh kita. Ia akan mudahkan rawatan awal ketika kecemasan. ia tidak boleh diambil mudah, kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan risiko yang lebih besar termasuk kematian ibu dan bayi dalam kandungan.

TANDA-TANDA HYPOGLYCEMIA (KEKURANGAN GULA DALAM DARAH) :
  • Tangan / badan menggeletar
  • Cemas
  • Berpeluh tidak terkawal
  • Terasa lapar / sakit perut
  • Berdebar-debar
  • Terkeliru / fikiran bercelaru / sukar memberikan perhatian
  • Penglihatan kabur
  • Pening 
  • Pucat
  • Mulut terketar
  • Tidak sedarkan diri / pengsan
NOTA PENTING RAWATAN AWAL HYPOGLYSEMIA : 


Sekiranya dapati badan mengeletar / terasa sangat lapar / atau mulai pening, bancuh sesudu gula putih dengan segelas air dan terus minum) ulangi langkah ini untuk kali ke 2 dan 3, jika masih tidak berubah. Sekiranya selepas kali ketiga masih keadaan sama, segerah ke hospital terdekat. anda mungkin dalam bahaya.

Sentiasa pastikan membawa gula-gula / manisan didalam beg / berdekatan semasa tidur untuk rawatan awal sekiranya terjadi Hypoglycemia.



TANDA-TANDA HYPERGLYCEMIA (LEBIHAN GULA DALAM DARAH) :
  • Kerap dahaga / haus
  • keletihan / lemah badan
  • Sukar bernafas
  • Mata kabur 
  • Terasa lapar walaupun setelah makan
  • Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam
  • Sakit perut
  • Susut berat badan 
  • Tidak sedarkan diri
  • Koma

BAGAIMANA MEMGAWAL BACAAN PARAS GULA DALAM DARAH SETELAH MENDAPAT GDM?



Biasanya setiap ibu perlu melalui saringan bacaan gula sebelum dapat mengesan bacaam sebenar gula dalam darah. sekarang semua ibu wajib menjalani Ujian MGTT di klinik kesihatan. biasanya Ujian MGTT dibuat pada usia kandungan 3 ke 7 bulan bergantung kepada faktor risiko ibu. Sekiranya ibu pernah mengalami masalah GDM sebelum ini, Ujian MGTT akan dibuat lebih awal. Jumlah MGTT juga bergantung kepada faktor risiko masing-masing. Ada ibu terpaksa melalui sebanyak sekali, ada juga sehingga 3 kali ujian untuk sepanjang kehamilan. Saya kongsikan skala baharu bacaan paras gula untuk ibu hamil yang terkini yea.

SKALA LAMA BACAAN GULA UJIAN MGTT
Interpretasi hasil ujian:  Venous plasma glucose (mmol/l)

 
                  PUASA   BACAAN SELEPAS 2 JAM (MINUM AIR GULA)
           Normal                 < 6.1              < 7.8
           GDM                               > 7.8 






SKALA TERBAHARU BACAAN GULA UJIAN MGTT :  
Interpretasi hasil ujian:   Venous plasma glucose (mmol/l)



                                         PUASA           BACAAN SELEPAS 2 JAM (MINUM AIR GULA)

Normal                        < 5.0                 < 7.8
GDM                            > 5.0                 > 7.8










DI BAWAH ADALAH BACAAN HASIL UJIAN MGTT DAN BSP SAYA : 
UJIAN MGTT 1: JUN 2016

UJIAN MGTT 2 : SEPTEMBER 2016


KESIMPULAN BACAAN 2 KALI MGTT 2016

Selepas review oleh doktor, saya perlu dapatkan insulin untuk sebelah malam bagi menyeimbangkan bacaan gula pada waktu malam ke pagi. Permulaan dos 6 dan ditingkatkan sebanyak 8 setiap malam. Alhamdulillah, sy hanya perlukan insulin tak sampai 2 minggu.


TATACARA PENGGUNAAN PEN INSULIN 



ini adalah pen insulian saya, dibekalkan insulin berpenutup hijau (khas untuk malam) - insuman Basal
abaikan gambar ubat ni yea, gambar ni bukan ubat saya.. hehehehe (just nak tunjukkan kotak insulin tu saja)
Baiklah, begini tatacara penggunaan pen insulin bagi yang tak pernah menggunakannya. Saya yang baru 4 kali cucuk ni, mula-mula gementar juga. Nak cucuk diri sendiri, siapa yang tak gabra. 


rujuk langkah-langkah di bawah ya

LANGKAH 1 : 

Buka penutup pen, lihat cecair insulin, ratakan insulin dengan 10 kali goncangan ringan ke atas & bawah, gelekkan ditelapak tangan juga 10 kali



LANGKAH 2 : 

Pasangkan jarum, buang penutup dalam (seperti langkah a & c), simpan penutup besar (b)


LANGKAH 3 :


Buang angin , laraskan ke bacaan dos 2 dan tekan agar keluar angin dari jarum / botol insulin



LANGKAH 4 : 

Laraskan jumlah dos insulin yang diarahkan oleh doktor (contoh 6 dos, laraskan pusingan dos hingga ke nombor 6). langkahnya sama seperti langkah 3 (gambar A)





LANGKAH 5 : 
Cucuk pada tempat yang sesuai mengikut keselesaan (sama ada di bahagiann lengan, perut atau peha
pastikan bahagian yang dicucuk adalah dibahagian berlemak, agar insulin mudah diserap masuk.
Cucuk pada tempat berbeza setiap kali suntikan bagi mengelakkan lebam teruk dan kulit menjadi keras. 

Suntikan dalam kiraan 10, dan cabut pen suntikan setelah 10 saat selepas suntikan

LANGKAH 6 : 
Buka jarum dan simpan. Kemudian tutup semula pen. 

Jarum yang diguna hendaklah disimpan di tempat bersih, jarum tersebut hanya boleh diguna sebanyak 3 kali sahaja. Dan hendaklah dibuang selepas itu. 

Insulin yang telah diguna hendaklah disimpan di tempat bersih pada suhu bilik. Ia boleh digunakan selama sebulan lamanya. 

Untuk bekalan insulin yang belum dibuka, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk ruangan dingin sejuk. 

CADANGAN DIET IBU GDM :



  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.
KOMPLIKASI GDM / DIABETES / KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG :
  • Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.

  • Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.

  • Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).

  • Jika bayi mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi amungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid.

  • Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.

  • Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Bayi  juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

  • Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi. 
Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi  besar,  kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.

Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.

Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. SAMBUNGAN GDM ON DIET, BOLEH KE LINK INI. 

Biasanya ibu GDM ni kena bersalin pada due date baby, tak boleh lebih hari, .sebab nak mengelakkan baby besar dalam kandungan... so kalau tak juga bersalin minggu ke 40, kena la induce atau dipaksa bersalin... jika cser, ia akan dilakukan tepat-tepat pada minggu ke 38. 


Thanks for reading :D


Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D 
 
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.



'Be Simply Healthy'
Bonda Miza


INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN DAN SET BERSALIN BERPANTANG MENYUSU SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?

INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?

SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI KESIHATAN PERCUMA

(Bonda Miza Nazril di talian 012 585 2034)



Lain-lain bahan bacaan MENARIK berkaitan:

PROMOSI SEMASA SHAKLEE SET BERSALIN :
SET BERSALIN (POST NATAL SHAKLEE)

BARUT BENGKUNG ZIG ZAG 2 TALI DAN BENGKUNG ZIP BERSALINMENYUSU.COM  
(2 SAIZ PILIHAN READY MADE)


KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN

























0 comments:

Post a Comment

ENTRY POPULAR

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU

FOLLOW BONDA

JEMPUT LIKE PAGE BONDA