Assalammualaikum
Alhamdulillah..rezeki
saya dan suami dikurniakan zuriat seawal perkahwinan kami. Pengalaman pertama saat-saat
hamil adalah sangat indah. Syukur tak dapat nak gambar dengan kata. Itu kenangan
dan pengalaman saya.
Sebenarnya.. saya ada
ramai kenalan yang masih menanti kehadiran zuriat untuk menyerikan rumah tangga
mereka. Ada yang berkahwin lebih dari 5 tahun.
Saya sangat kagum kerana
mereka kerana tak pernah putus asa menanti kehadiran si kecil pengikat kasih sayang,
walaupun saya tahu terdetik dihati kecil mereka terlalu inginkan anak..
“Ya Allah, bantulah
saudaraku supaya mereka juga dapat merasa keindahan menimang cahaya mata..
sesungguhnya hanyaMu yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengetahui”
So di sini
ada beberapa tip yang ditekankan oleh Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan.. sangat bermanfaat untuk dipraktikan :D
1. Untuk wanita, kahwin cepat, bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis, fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.
2. Lebih 80% akan
hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa
doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.
3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama enam tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan dengan catitan suhu BBT dan ovulation test kit. BBT

6. Hubungan seksual
selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik
dalam jarak 48 jam.
- Baca fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
- Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggang selama 2-4 jam atau terus tidur.
- Jika ada peluang pergi bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat
untuk menjayakan kehamilan.
- Senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
- Buat senaman, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
- Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
8. Kawal berat badan.
Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation.
Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar segar – buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayur. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods. Rujuk garis panduan pemakanan.

10. Makan supplemen
multivitamin, vitamin E dan C, asid folik dan tambahan untuk suami ambillah zink
dan selenium.
Di sini saya cadangkan pengambilan set kesuburan Shaklee.. Vitamin-vitamin ini dapat membantu meningkatkan kesuburan pasangan. Namun begitu, sekiranya terdapat masalah kesihatan adalah lebih baik merujuk kepada pakar sakit puan / tuan terlebih dahulu. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan..
SET KESUBURAN UNTUK SUAMI DAN ISTERI
Vitamin asas yang perlu diambil oleh kedua-dua pasangan :
# Energizing Soy
Protein (ESP)
Ia adalah protein
lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam
pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan
memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang
secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino
penting.
# VitaLea Iron Plus
Mengandungi 28
vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan
Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara
menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan
mengambil multivitamin ini.
# Vitamin C / Sustained Release Vita-C Plus atau 250mg Chewable Tablets
Satu tablet Vita C
membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di
mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di
dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E
dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas
akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.
# B-Complex Plus with Folic Acid
Lengkap dengan
vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid
folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi
mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan
risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.
VITAMIN UNTUK KESUBURAN LELAKI :
@ Vitamin E &
Selenium
Terkenal sebagai
"vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan
peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel
baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai
khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki
& wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

@ Zinc Plus
Bagi kaum lelaki,
zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon
testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone
yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju
ke ovum.
Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

VITAMIN UNTUK KESUBURAN WANITA :
Diamalkan oleh
wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama",
membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau
senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa
bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak
seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa
bantu di dalam masalah PCOS.
* GLA Complex
Diamalkan oleh
wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic
Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti,
yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical
mucus)".
Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

ketenangan jiwa dan emosi serta banyakkan berdoa kepada Allah
ReplyDeletebagus tips ni..semoga pasangan yang merancang hamil dipermudahkan untuk dapat zuriat soleh solehah
ReplyDelete