.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Episod kejayaanku bermula dengan RahmatMU

Share:



Assalamualaikum semua…

Saya teruja sangat nak share macam mana saya boleh terjebak dalam dunia Shaklee ni.. 

Sebenarnya pengalaman saya bekerja dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang sepanjang 8 tahun ini membenarkan saya bergaul dengan para usahawan pelbagai peringkat.

Saya melihat senario usahawan baru Bumiputera Melayu terutamanya usahawan Pulau Pinang sebahagiannya kehilangan arah. Ramai juga yang tidak mempunyai fokus dalam perniagaan masing-masing. Ada yang merangkak, ada juga yang berlari, ada juga yang telah melakukan perniagaan hampir 20 tahun, tetapi masih tiada hala tuju walaupun mendapat pelbagai bantuan .. itu membuatkan saya takut nak berniaga..

Dalam dunia perniagaan, kita hanya akan mempunyai ada 2 pilihan iaitu samada  mahu berjaya atau memilih untuk gagal. Jika tidak berubah dan masih ditahap lama, pasti ketinggalan!!

Kalau kita mempunyai fokus, prinsip dan halatuju yang jelas insyallah pasti kejayaan milik kita :p

Sebelum ini, saya hanyalah pemerhati bisu, hanya memerhati dan membuat kesimpulan.. Sebab saya sangat takut menjadi orang yang gagal... Perasaan takut untuk berniaga memang ada.. 

Sebenarnya saya pernah mengikuti banyak kursus perniagaan sebelum ini.. tapi semuanya tidak berkesan kerana ketika itu saya menanam satu prinsip, iaitu nak berniaga mesti keluarkan modal yang besar, mesti kena ada premis dan perlu gajikan pekerja.. semua tu membantutkan usaha saya untuk membuka kedai dobi… lebih kurang 7 tahun yang lalu.. 

Pada waktu itu saya muda lagi, ‘fresh graduate’, pengalaman pun tak ada.. ilmu masa belajar, teori aje pun, praktikal kurang..  

Masa tu duit pula tak ada.  RM50,000.00 modal awal???, herm.. akhirnya saya pilih untuk terus makan gaji dan impian itu saya pendamkan aje.. 

Setelah beberapa tahun telah berlalu ni… keadaan ekonomi pun dah makin menekan, semua orang perlukan duit tambahan.. Gaji setakat 3k-4k tu,, mana nak cukup !! … bayar bil segala, apa yang nak tinggal kat kita kan..? nak saving pun tak ada..

Dalam mencari-cari apa yang perlu dibuat, terpikir sendiri, apalah salahnya kalau saya join Shaklee, yelah kami sekeluarga pun dah makan sendiri, dah rasa kesannya, memang sangat bagus produk Shaklee ni.. mencuba apalah salahnya 'Untung sabut timbul, untung batu tenggelam' :D

Bila dah join ni, saya nampak peluang yang lebih besar, Wahh!! mudahnya nak jana ekonomi sendiri kalau macam ni.. modal pun tak la sebesar mana, HANYA RM65 je.. kekekek.. :D 

Hati saya berkata :p  “Orang lain boleh buat, takkan la kita tak leh buat” “no hal la.. bukan nak rugi apapun,” “modal ciput je keluar, tak yah staff, tak yah kedai” .. kalau rugi pun RM65 je pun..

Suami pula sokong sangat, so saya nekad dengan keputusan nak berbisnes ini. Saya tahu, saya perlu buat sesuatu yang lebih untuk membantu keluarga saya. Kita dah tak boleh jadi orang biasa-biasa dah…

Berapa lama nak duduk makan gaji..??? naik gaji pun berapa la sangat.. haih.. Duduk di Malaysia, macam-macam ada.. takkan nak biar orang negara luar je kaut untung kat sini..



Sejak hari tu, hati saya hari-hari berbunga cinta dengan Shaklee!!!  :D

Saya syukur sangat pada Allah sebab dipertemukan dengan kumpulan dan mentor yang saya rasakan penuh dengan aura positif.. semua membantu untuk bawa kita naik ke atas, tiada seorang pun yang mahu jatuhkan kita… 
(Siap ada personal & group coaching, tiap-tiap hari beri tips-tips bagaimana nak kembangkan bisnes, siap ada group FB dan Whatsapp lagi, mudah nak berkomunikasi sesama sendiri) kiranya saya memang mendapat guide daripada mentor-mentor yang terbaik dalam group ni.

Tekun mendengar amanat & menyedut ilmu dari mentor - bulan lepas
"Small Group Coaching" - di rumah mentor - beberapa bulan lepas
Semua ahli dalam group ni, saya ibaratkan seperti tangan-tangan yang menyokong, umpama cahaya di lorong :D fuhh!! penuh puitis istimewa buat kawan-kawan sealiranku.. ‘cayalah korang semua!! Tabik lah!!”..

Bertemu dengan kumpulan ini, ibarat terjumpa ‘emas di dalam lombong’ hahahahah.. 

Mentor terhebat saya ada berkata ‘Jangan berniaga hanya dengan niat untuk kaya, tapi niatlah untuk membantu orang lain agar kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat.. :D  ini lah yang saya semat dalam hati… 

Saya pun sekarang rasa lebih tenang dan makin dekat dengan Ilahi.. 

“Suamiku tercinta, pendorong terkuatku.. terima kasih kerana memperkenalkan ‘ayang’ ke dalam dunia Shaklee dan group yang terbaik ni…”

my lovely family
Nak share sikit lagi.. 
Perkongsian ilmu bersama mentor saya baru-baru ni, menyedarkan saya yang sebenarnya sangat mudah untuk berjaya jika kita tahu jalannya.. :D 

Katanya "Belajar daripada mereka yang sudah terbukti berjaya. Kemudian duplicate 100% apa yang mentor atau orang yang berjaya sudah lakukan. Insya Allah kita akan berjaya seperti mereka." 

Bersama usahawan Shaklee yang telah berjaya pelbagai peringkat.. anak-anak pendorong .. hehehe, ramai sungguh anak-anak support parent masing-masing .. 



Untuk berjaya, kita mestilah menguasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I , apa dia M.E.S.T.I ni?
 
M = Mentor,
E = Education / ilmu,
S = Sistem / Strategi yang betul,
T = Tindakan yang betul,
I = Impian yang jelas.

“Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting. Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.” – Petikan dari kata-kata Dr. Azizan :p

Jika anda ingin kaya dan berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya dan berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu "berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.

Sebaliknya binalah kekayaan dan kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang. 
Insyallah itulah yang saya sedang usahakan…

Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. – Dr. Azizan Osman –

Rasulullah S.A.W pun pernah bersabda: "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi)

Saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi jalan ini kepada saya, satu perubahan yang amat bermakna dan mendalam buat diri dan keluarga saya.. 

marilah kita bersama-sama mengejar kejayaan dunia & akhirat.. :D




Semoga Allah merahmati kita semua.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D

Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P

Thanks for reading :D




jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 
amin 

Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





“Creating Healthy Families…” 


....salmiza....

No comments