Kenali Punca-punca Penyebab Caesarean (Part 1)

Sebelum doktor mencadangkan seseorang ibu itu perlu menjalani pembedahan atau caesarean. Kebiasanya doktor akan memberi tahu punca atau penyebab kenapa perlunya caesarean. Doktor juga mungkin akan mencadangkan beberapa altenatif yang boleh dilakukan sebelum keputusan terakhir pembedahan atau caesarean dilakukan.


Sama ada caesarean dilakukan secara elektif atau kecemasan, terdapat indikasi yang perlu diketahui ibu sebelum sesuatu pembedahan itu diputuskan oleh doktor yang mengendalikan proses pelahiran. 


Saya pernah menjalani caesarean sebanyak 2 kali pada tahun 2009 dan 2013. Pengalaman caesarean mendorong saya untuk berkongsi dengan anda, ibu-ibu semua mengenai punca mengapa caesarean perlu dilakukan. Baiklah, Terdapat 2 faktor penyebab Caesarean iaitu : 
  • FAKTOR BAYI
  • FAKTOR IBU
Menurut Doktor Pakar, terdapat LAPAN (8) FAKTOR yang berpunca daripada bayi iaitu : 

FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 1 BAYI LEMAS

Lemas merupakan indikasi yang kerap terjadi. Untuk mengetahui bayi lemas atau sebaliknya adalah melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi.


 


Teringat saya dulu, saat-saat melalui pemeriksaan CTG.. sampai terlena di bilik tersebut kerana hampir 2 jam saya perlu menggunakan alatan tersebut. Satu lagi, Alatan seperti hp semua tak boleh digunakan apalagi dicaj, kerana akan menganggu mesin tersebut.

Selain menentukan kadar denyutan jantung bayi, alat ini turut membantu mengenalpasti warna air ketuban dalam kandungan. Warna air ketuban : 
  • Jernih - tiada apa-apa masalah
  • Kuning kehijauan (cair, pekat, sangat pekat) - Najis bayi (mekonium) telah dikeluarkan (dengan kata mudah bayi telah membuang air besar)
  • Merah : Uri telah lekang

FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 2 : CEPHALOPELVIC DISPROPORTION (CPD)


Diagnosis 'true CPD' berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali atau pernah mengalami kemalangan.


Bagi diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal, namun kepala atau saiz bayi besar untuk melaluinya.

saya didiagnos dengan CPD semasa kelahiran anak kedua. Alhamdullillah saya dapat tahu lebih, awal semasa kandungan saya mencecah 36 minggu. Risiko pendarahan mungkin berlaku semasa ibu cuba bersalin secara normal atau bayi mungkin lemas, jika tidak tahu lebih awal mengenai risiko CPD. (bagi yang pernah melakukan ceasarean sebelum ini, risiko rahim pecah mungkin boleh terjadi)

FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 3 BERSAIZ BESAR


Biasanya bayi bersaiz besar iaitu dengan berat melebihi 4 kilogram perlu dilahirkan secara pembedahan. Bayi yang terlalu besar tidak dapat dikeluarkan melalui kelahiran normal.

Biasanya ibu yang mengidap diabetes dan obesiti berisiko melahirkan anak bersaiz besar.



FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 4 : KEDUDUKAN BAYI


Berhadapan dengan masalah kedudukan yang tidak normal iaitu melintang atau songsang, Ceasarean merupakan pilihan paling biasa yang diambil oleh semua doktor bagi memastikan bayi dilahirkan dengan selamat. 

Ada juga keadaan di mana, doktor mencadangkan altenatif untuk memusingkan bayi. Tetapi sebelum prosedur tersebut dibuat, biasanya doktor akan mengimbas kedudukan bayi terlebih dahulu bagi memastikan keadaan uri, tali pusat dan bayi itu sendiri dalam keadaan yang sesuai untuk melakukan prosedur tersebut.
Prosedur untuk memusingkan bayi songsang yang dilakukan oleh pakar dari luar perut ibu. Namun jika, prosedur tersebut gagal, ibu perlu melakukan ceasarean.  

FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 5 : PEMBESARAN TERBANTUT (INTRA UTERINE GROWTH RETANDATION - IUGR)

IUGR adalah dimana keadaan pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan.

Sebagai langkah keselamatan, pembedahan caesarean perlu dilakukan bagi mengelakkan komplikasi dalam rahim ibu.


Perbezaan saiz bayi yang mengalami IUGR dengan bayi bersaiz normal.

FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 6 : CACAT


Ceasarean hanya khusus dilakukan kepada ibu yang mengandungkan bayi yang mengalami masalah hydrocephalus. Iaitu, bayi yang mengalami tumbesaran kepala yang melebihi saiz normal.

Maaflah tak dapat saya tunjukkan gambar baby yang sebenar dengan masalah ini.. Sayu hati melihatnya. 

FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 7 : KEMBAR


Bagi yang mengandungkan kembar dua, biasanya doktor masih membenarkan ibu melahirkan anak secara normal (bergantung kepada kedudukan bayi)

Namun jika ibu mengandungkan anak kembar tiga atau lebih daripada itu, Hanya caesarean sahaja dibenarkan untuk proses kelahiran bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi-bayinya.


FAKTOR PENYEBAB CAESAREAN 7 : TALI PUSAT BERMASALAH

Bayi yang menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan tali pusat, tidak kira sama ada tali pusatnya terkeluar, terbelit dan sebagainya, Pembedahan caesarean akan dilakukan bagi mengelakkan komplikasi kepada bayi. Tak terbayangkan kalaulah bayi terjerut talit pusat.. Moga Allah permudahkan.





Baiklah, selesai sudah lapan faktor penyebab dan punca caesarean yang berpunca daripada bayi itu sendiri. Untuk Faktor penyebab ceasarean yang berpunca daripada faktor ibu disambung dalam part.2  sila baca dipautan di sini.

Jika maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'share' dan 'like' entry ini dengan semua. 

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca. 

'Be Simply Healthy'

Bonda Miza

Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 


feel free to share dengan semua.

Moga bermanfaat.

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza


MENARIK DIBACA: 


PERCUMA saya hadiahkan Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja” Buku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…  . Sila download  dari link ini 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."














0 comments:

Post a Comment

ENTRY POPULAR

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU

FOLLOW BONDA

JEMPUT LIKE PAGE BONDA