Cuti-cuti Homestay : Kota Kinabalu, Sabah (episod 1)

Salam semua..Lama juga saya ambil masa untuk update tajuk ni. :D bukan apa, 'sibuk' sekejap sebab menumpukan masa untuk anak-anak Shaklee saya, (mini coaching). Syukur, dah semakin ramai  yang sudah mengenali Shaklee dan semakin besar famili Shaklee saya.

Semakin 'busy' juga saya melayan pelanggan-pelanggan saya ni, 'anak-anak' pun tak kurang hebatnya, hari-hari ligat berShaklee.. hari-hari ada order masuk, alhamdulillah..Rezeki Allah Taala..

Saya pun tidak sangka dah semakin ramai pembaca blog saya dan yang paling seronok bila ada yang 'regularly' follow blog saya ni. Alhamdulillah..

Suka saya nak share, penghujung Oktober yang lalu, saya berpeluang ke Sabah buat kali yang ke-2.. memang best ye.. no wonder ramai pelancong suka ke Sabah..

Walaupun pergi atas urusan kerja, tapi bekerja macam saya memang seronok, tambah-tambah lagi, sekarang ada tugasan baru untuk menjaga pelancongan Homestay dan SDSI (Satu Daerah Satu Industri)... lawatan ni bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan sebagai penanda aras kepada homestay-homestay lain di Pulau Pinang..

So sini ada gambar-gambar perjalanan saya buat menjamu mata :D.. jom cuti-cuti Homestay Sabah, Malaysia :D

Subhanallah, betapa indahnya ciptaan tuhan.. Gunung Kinabalu kat belakang saya tu, best!! cuaca tengah elok, tak berkabus langsung :D, yang penting nyaman & sejukkkkk :D

sebelum bertolak ke Sabah, kita singgah beli jeruk dulu.. buat buah tangan orang kat sana :D.. setengah kilo RM6.00 kekeke - promote juga usahawan Pulau Pinang
kedai jeruk ni banyak, tapi saya beli di bangunan wakaf Setee Aishah, betul-betul terletak di hadapan lebuhraya utara Selatan, Seberang Jaya, Pulau Pinang
aaaa dah sampai di 'airport' Bayan Lepas dah ni.. siap-siap nak ke gate..
orang lain dah mula masuk dalam filght.. kami naik Air Asia je.. jimat.. 'now everyone can fly' ;D
Tengoklah, ramai yang nak ke sana, rombongan kerja kami hanya lah 6 orang sahaja :P
kak Zana tersenyum riang :D.. opismate saya..
penerbangan ni memakan masa hampir 2 jam 45 minit.. banyak zzzzz je, mujur duduk tepi tingkap, boleh juga menjamu mata tengok pemandangan alam 
flight dah bergerak.. "laju, laju, laju!!!!" .. kata-kata rania masa kami sekeluarga pergi holiday ke sabah tahun lepas :D
kenang-kenangan.. bertugas sambil melancong :D
dah terbang dah :D, nampak jambatan ke-2, kat bawah tu....
Jalan jauh perlu makan.. belum apa-apa makanan dah sampai.. baru je 30 minit dalam flight
sedap nasi ni... haritu berebut makan dengan Rania, kali ni boleh makan sorang.. kehkehkeh
Kak Anizana & bos (En. Salleh) dah mulakan upacara santapan...
ok, dah turun flight,"mana beg ni??"
dah sampai Kota Kinabalu..
sampai KK dalam jam 2.00 petang..  so makan lagi, kat restoran nasi padang.. (kalau bajet banyak boleh la singgah di sini yea.. kalau rasanya nak ekonomi sikit, ada restoran lain sekeliling kawasan jeti ni..) saya bagitahu awal-awal... sebab sini makan agak mahal .. saya pun tak sangka tempat ni agak mahal .. huhuhu
lepas makan, masa untuk istirehat.. Kami bermalam di Hotel Gaya, betul-betul hadapan Kompleks Suria Sabah.. , tahun lalu, saya berpeluang datang dengan family, tapi haritu tinggal di Prominade Hotel, tapi kali ni hotel tu dah penuh, tambah pula sebahagian biliknya ditutup sebab ubahsuai.. :D
Namun Hotel Gaya, tak kurang hebatnya, selesa hotel ni.. harga pun tak terlalu mahal.. biliknya cantik.. sekejab je duduk dalam bilik, lepas tu terus keluar ronda.. sini gelap awal, so.. masa pun dah tak banyak.. sekarang dah dekat jam 4.00 petang

tempat pertama ronda-ronda... bos nak cari udang kara untuk anak buahnya.. jom!!

disini ada jual.. betul-betul hadapan stesyen keretapi, tak jauh dari airport

ni hadapan kedai tersebut.. kedai ni berkembang dengan keretapi ni tau

ikan kerapu, ada banyak jenis, tapi yang di sini ada 3 jenis sahaja, kerapu hitam, kuning dan bara.. Sekilo RM64.00

udang kara (lobster) - nak beli? kedai ni jual sekilo RM145.00, huhuhhu..
ronda tempat ke-2, Pasar Ikan Masin.. macam-macam ada.. :D, sempat juga saya beli.. kak zana & bos (en. Rosman) sibuk belek apa tu??? :D
yang ni famous, rumpai laut hijau.. penjual ni kata, rumpai hijau gred paling baik berbanding rumpai lain.. "kolagen ni".. mari-mari sekilo RM10.00, kalau di semenanjung sikit mahal harganya...
udang kering.. saya beli buat buah tangan untuk family... udang kering ada 2 jenis, yang manis (bakar & jemur) harga dari RM20 sekilo, ikut jenis
Gamat.. antara produk termahal di sini , ada yang cecah RM400.00 you!! yang ni pun dekat RM250.00 sepaket
ronda tempat ke-3, pasar malam pula (Pasar Filipina)... banyak jenis makanan yang ada di pasar ni..
tak ingat dah apa nama kuih ni.. siapa tahu?
makanan laut bakar, famost kat sini.. segar-segar belaka .. nyum nyum :D
Jika tak nak yang dibakar, yang fresh pun ada.. seronoknya, kalau ada semua ni kat semenanjung, terliur saya tengok ikan-ikan segar..


belakang pasar ada, pasar kraftangan, di sini ada jual pelbagai barang termasuk mutiara.. dari yang murah hingga yang gred yang elok..


gambaran hadapan pasar
tak mahu dalam pasar, kat luar pun ada.. sini setiap malam ada pasar malam.. lebih murah di sini..
malam, makan di Restoran minang, sebelah Hyatt Hotel.. Makan malam sambil sesi perbincangan dengan Pengarah Tourism Sabah.. tukar-tukar idea & perkongsian maklumat mengenai pelancongan di Sabah & Pulau Pinang
ikan kerapu hybrid... dah habis dah ronda.. so masa untuk balik hotel & rehat.. ok.. selamat malam & zzzzzz


dah pagi.. so masa untuk packing & bergerak ke Kundasang pula... indahnya KK, itu Pulau Gaya
 Sempat posing sebelum bertolak ke Kundasang...
ok setakat itu sahaja episod di Kota Kinabalu.. saya akan sambung entry selepas ni, Kundasang & Ranau Here I come.. ... kalau ada kesempatan, bolehlah ronda ke Pulau Manukan, Gaya dan Memutik... dekat je dari sini.. ikut Jeti Jesellton..

Thanks for reading :D , 

jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

dapatkan hadiah terbaharu daripada saya, Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi yang tak mungkin anda terfikirkan.. “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. 

eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…

Kalau nak tahu, beliau sebelum ini langsung tidak pernah berniaga..


Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak..

Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?

Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 3000 pembaca tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma..


boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
 
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


“Creating Healthy Families…”  
 
....salmiza....


 


MENARIK DIBACA: 


 















 












1 comment:

  1. Salam sejahtera Tuan / Puan, Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)... Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat tuan/puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    Call : +6282214441280

    WhatsApp : +6282214441280

    Website : www.paketpelanconganbandung.com
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung(Dhani tour Bandung)

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...


    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET HEMAT BERUPA TRANPORT DAN HOTEL.
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung. Wassalam, Terima kasih...
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Terima Kasih...

    ReplyDelete

ENTRY POPULAR

KENALI BONDA MIZA

KENALI BONDA MIZA
Salam, Saya Bonda Miza. Agak sibuk melayan 3 anak. Kami sekeluarga bahagia membantu ramai di luar sana menambah nilai kesihatan. Saya menyediakan panduan dan bimbingan kepada ramai wanita dan keluarga mencipta kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan kesihatan yang bermula hanya dari rumah. Saya menjemput sesiapa jua yang ingin membina perniagaan kesihatan bersama-sama saya. Saya yakin dan percaya impian besar mampu merubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. Langkah pertama kejayaan adalah bermula dari diri anda sendiri! Tiada yang mustahil, Selamat datang ke laman BondaMiza!

FOLLOW BONDA

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU