Salam semua, petang tadi balik kerja awal sedikit, habis program bersama anak yatim dan warga pondok.. dalam jam 2.30 petang ke klinik bawa mertua ambil ubat.. lepas tu bawa Rania ke Sekolah Permatang Tok Mahat pula, dah janji nak bawa dia ambil borang daftar sekolah.
Beria-ia sungguh dia nak ke sekolah tu . 2 tahun lagi dia dah nak masuk darjah satu... pejam celik huhuhu.. dah besar dah anak bonda ni...
cita-cita besar anakku ni :D, Amin.. bonda doakan rania berjaya dunia akhirat |
'perfect time to change' :D |
depan pejabat sekolah.. :D.. bapa borek, anak rintik.. sekolah yang sama anak beranak (hubby ku) - kiranya sekolah turun-temurun ni :D |
Budak-budak ni kalau bonda dapat balik kerja awal, memang happy betul ...tengok diaorang happy, terasa lagi kuat nak cepat-cepat jadi surirumah.. (surirumah berpendapatan tinggi :D)
" Ya Allah, kau makbulkan doa dan impianku, moga-moga tak lama lagi, hambamu ini dapat bekerja dari rumah, dapat membesarkan anak-anakku dihadapan mata, semoga apa yang kuperolehi ini dapat membantu keluargaku.."
100% surirumah tangga.. sepenuh masa dapat bersama keluarga.. hari-hari bonda dapat hantar dan ambil kakak ke sekolah, bekalkan nasi untuk kakak, siapkan kerja sekolah sama-sama.. indahnya detik tu... pasti akan tiba..
dah pedih telinga ni hari-hari nak keluar pergi kerja je, dah kena warning dengan Rania : "hari ni bonda balik awai tau, bagitau bos balik cepat-cepat!' 'bonda jangan balik lambat arr, nanti kakak ngan adik tunggu lama, letihla' ..
selepas ke sekolah, singgah pula rumah biznes partner, ambil kit dan flyer Shaklee untuk 'anak-anak' shaklee.. dah maju 'anak-anak' shakleeku sekarang..
haaa tengok apa yang ada kat rumah bisnes partner ni, gelungsur idaman Rania... :D
rania birthday wishlist.. baru je birthday dia 27 oktober yang lepas |
Share sikit apa rania kata, petang tadi :
Rania : "bonda, kakak nak ni laa..papan lungsur.." "satgi bonda beli ya"
Bonda : "sekarang tak bolehlah' nanti bonda dapat bonus, bonda beli.. minggu depan yea sayang"
Rania : "alaaaa, kakak teringin sangat nak naik tu" :(, dah lama kakak nak"
Bonda : "minggu depan bonda bonus, insyallah bonda belikan tau"
bisnes partner saya kata, 'jangan usik duit gaji kalau nak beli eksesori ni, guna je duit bonus' .. kekeke
Anak-anakku, walaupun belum masuk 5 bulan pun berbisnes Shaklee...sekarang bonda dah genggam 4 angka bonus, dah jadi Supervisor.. Ya Allah, terima kasih atas rahmatmu, tak sangka, berniaga ni rupanya mudah kalau kena pada caranya.. :D..
Rania, minggu depan bonus masuk, insyallah, bonda belikan.. :D
Baiklah
anak-anakku (Rania & Ruzain), pasti hari itu akan tiba nanti, Doakan bonda yea.. berkat doa dan dorongan semua , moga-moga kata-kata Rania akan jadi doa buat bonda, pasti jadi
kenyataan, insyallah'..
Thanks for reading :D , doakan semoga cita-cita saya tercapai :)
jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza
dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:
Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&
“Creating Healthy Families…”
No comments