.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

PROGRAM AMAL : MADRASAH IRSHAD AL-ASHRAF AL-WATANIAH

Share:
Assalamualaikum pembaca blog bonda sihat semua, 

Jumaat lalu, saya berpeluang bersama dengan ahli-ahli PUSPANITA PERDA (kami semua ni ahli-ahli biro kebajikan) dalam program Amal bersama anak-anak yatim dan warga pondok di Madrasah Irshad Al-Wataniah, Sungai Bakap, Pulau Pinang. Madrasah ini menempatkan hampir 300 penghuni, semuanya nak belajar agama.. dari yang usia muda sampailah yang dah veteran.. ada juga yang dah stay di sini hampir 20 tahun.. Hebat!!!.. bersemangat mereka semua ni.. :D

Sekali sekala turun padang memang menginsafkan... bagus juga program-program macam ni.. Hujung minggu ni ada lagi satu program di Bukit Mertajam pula.. lebih kurang macam ni la juga.. Kali ini kami ahli-ahli dapat membantu seramai 49 anak-anak yatim dan warga pondok.. alhamdulillah, walaupun tak banyak. 

Petikan sedikit kelebihan sedekah :)
 
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : 
"Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan ke atas dua pihak ( yang berselisih faham ) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah"

Madsarah ini dalam pembinaan surau baru, jadi dapatlah penghuninya belajar dan beribadat dengan lebih selesa. Jumlah sebenar pembinaan surau ini adalah sebanyak RM700,000.00. Bank Muamalat dah menyumbangkan sebanyak RM500,000.00. Jadi kos pembinaan masih berbaki RM200,000.00.

surau dalam pembinaan.. Madrasah ini masih perlukan dana tambahan..
Sesiapa yang berniat untuk menyumbangkan derma untuk pembinaan surau dan kebajikan anak-anak yatim, bolehlah menghubungi Madrasah ini seperti berikut:

WAKAF PEMBINAAN SURAU
SMAR MADRASAH IRSHAD AL-ASHRAF AL-WATANIAH
SUNGAI BAKAP,SPS, PULAU PINANG.
TEL/FAX; 04-5826389

(Ruj:JAIPP/UKH/HQ/3.5/JLD.1(01/2013)(NO.SIRI:01809)
Akaun no.0801-0001566-71-9 : Bank Muamalat

https://www.facebook.com/IrsyadieyDiHatiku 

ok, ni ceritera hari tu untuk tatapan semua : (let pictures speak thousand words)


Pengerusi PUSPANITA PERDA dah datang bersalam-salaman dengan penghuni Madrasah ni

banner program persatuan kami :D
ada gaya macam ustazah nak bagi kuliah dak ? kekekek.. kawan-kawan saya kata macam "disinarai cahaya keimanan gitu".. kakakaka

sebahagian dari penerima-penerima bantuan


saya sebagai pengacara program.. ada gaya dak? santai je ni :D.. rasa macam nak bagi ceramah pulak .. kekeke :p

haaa ni baru nampak semua..

Pengerusi beri ucapan aluan :D, Pengerusi PUSPANITA PERDA bernama Puan Hajjah Shaharom Binti Saad (isteri kepada Pengurus Besar PERDA), yang di tengah pula YBhg. Datin Rohaya Binti Yaacop, Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang, yang sebelah hujung sekali tu, Puan Hajjah Noraishah Binti Che Dan, Timbalan Pengerusi PUSPANITA PERDA (Timbalan Pengurus Besar PERDA)

ok.. giliran ustaz pula, pengetua madrasah ini, Tuan Haji Abdul Aizi Bin Haji Yusoff namanya..
penyerahan bantuan untuk anak yatim

untuk warga pondok pula.. makcik ni kurang upaya..(penglihatan)
Walaupun tiada pancaindera penglihatan, namun ianya bukan penghalang untuk makcik ini menambah imu akhiratnya, :D..

Sumbangan kepada pihak madrasah pula untuk pembinaan surau dan kebajikan anak-anak yatim
inilah rupa pondok asal penginapan penghuninya
yang ni rumah yang dah 'upgrade' oleh penghuninya.. kemudian lepas diaorang keluar, diwakafkan kepada penghuni lain
Sedikit taklimat ringkas oleh ustazah Madrasah ini

sempat juga mak buyong ni posing.. hehehe.. jangan marah :P
sempat juga berposing dengan kenalan-kenalan baru, ahli-ahli PUSPANITA Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan.  tak sangka diaorang pun antara pelanggan-pelanggan Shaklee :D




 Nak kongsi sikit : terjumpa masa cari-cari gambar kat google, jangan jadi macam ini ya : 



Akhir sekali, seruan saya, bersedekahlah walaupun sedikit, yang pasti Allah akan memberkati setiap ringgit dan perkara yang kita lakukan.. amin.. amin :D

"the more you give, the more you will get back"  percayalah :D

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D 



Thanks for reading :D 


jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."

Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


“Creating Healthy Families…”  
....salmiza....


No comments