.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

RESEPI MINUMAN WAJIB CUBA SEMASA PANTANG BERSALIN : PART 1

Share:

Alhamdulillah, apakhabar semua pembaca blog bonda yang disayangi?. Kali ni alhamdulillah, sempat gak siapkan entry resepi makanan dan minuman ketika berpantang sebelum saya cuti bersalin. Kelak dapatlah kita makan yang sedap-sedap dengan gaya sihat gaya orang pantang bersalin. 

Yelahkan masa berpantang, kebanyakkan ibu hanya terhad kepada beberapa jenis minuman dan makanan terpilih. Oleh itu kadang kala timbul rasa bosan sementara nak habis tempoh berpantang nanti. Tak kurang juga yang curi-curi makan makanan yang terlarang.. hehehe.. saya tahu kehkeheh.. 

Jangan buat macam tu na, nanti badan sakit, siapa yang susah? kita juga.. Alrite, dalam tempoh berpantang sebenarnya banyak makanan dan minuman yang kita boleh pelbagaikan hidangan. 

Baiklah, entry kali ini saya fokuskan kepada 2 kategori makanan dan minuman. Kelak nanti kita pecahkan pula kepada pilihan menu. Memandangkan kali ini, kita fokus kepada minuman, maka jom kita cuba resepi minuman wajib cuba ini : ini entry part 1 ya.

RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : AIR SUSU BADAM KURMA

KHASIAT BADAM, KURMA, ESP SHAKLEE DAN SUSU KEPADA IBU PANTANG BERSALIN: 
  • Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu (antara milk booster terbaik).
  • Memberi tenaga
  • Tinggi serat
  • Tinggi kalsium dan asid amino

BAHAN-BAHAN :

  • 1 gelas susu segar (pilih susu rendah lemak ya)
  • 2 biji kurma (paling bagus kurma ajwa kerana serat yang tinggi dan baik untuk bantu ibu lebih kenyang dan bertenaga)
  • 7 biji kismis
  • 5 biji badam 
  • 1 - 2 sudu ESP SHAKLEE

CARA PENYEDIAAN AIR SUSU BADAM KURMA :
  • Kisar semuanya dan minum setiap pagi. 
  • kisar bersama 1 atau 2 sudu makan ESP SHAKLEE (nyum-nyum) terliur dah, heheheh


RESEPI BERPANTANG :
 AIR MINUMAN HERBA 

Peringatan : herba mempunyai khasiat yang sangat baik kepada badan. Namun begitu, sekiranya bayi yang disusui sedang mengalami jaundis / kuning. Ibu hendaklah menghentikan semua pengambilan herba termasuk jamu sehingga bayi kembali sihat sepenuhnya daripada jaundis / kuning. H
erba dan jamu bersifat panas, p

engambilan herba dan jamu di saat bayi sedang mengalami kuning akan menyebabkan kuning bayi bertambah tinggi dan memudaratkan mereka. 


AIR PATI HALIA / AIR HALIA


KHASIAT HALIA KEPADA IBU PANTANG BERSALIN : 

  • Membantu melancarkan proses penghadaman dengan mengurangkan angin dalam perut
  • Membantu badan ibu sentiasa panas




BAHAN-BAHAN :

  • 2.5 liter air
  • Halia besar tapak tangan
  • Gula kabung / boleh guna gula perang
  • 2 biji bunga cengkih 
  • 1 potong kayu manis
  • Sehelai daun pandan
CARA PENYEDIAAN AIR PATI HALIA :
  • Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati.
  • Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.
* Jika tiada masa untuk membuat pati halia, boleh juga gantikan dengan air halia. Caranya, ketuk 1 inci halia, ketuk hingga hancur (atau nak mudah lagi kisar je), masukkan air panas dan sedikit gula perang. Kalau tak nak masuk guna pun ok, ikut selera masing-masing) kemudian minum terus. 





RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : JUS HALIA KURMA



BAHAN-BAHAN
  • 200gm halia
  • 20 biji buah kurma
  • 750ml air masak
CARA PENYEDIAAN JUS HALIA KURMA : 
  • Tumbuk halia hingga lumat
  • Belah kurma dan buangkan bijinya
  • Jerang halia, kurma dan air dalam periuk
  • Renehkan selama 3 jam
  • Bila mendidih, perlahankan api
  • Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam



RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : AIR INAI

KHASIAT INAI KEPADA IBU PANTANG BERSALIN
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan sembelit
  • Mengurangkan sakit-sakit sendi / sengal badan
  • Menlancarkan nifas / haid dan mengurangkan keputihan
BAHAN-BAHAN :
  • Beberapa tangkal daun inai (boleh dikisar / ditumbuk lumat
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN AIR INAI :
  • Daun inai (boleh dikisar / ditumbuk lumat atau terus direbus)
  • Tapis dan minum airnya 


RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : 
AIR PEGAGA

KHASIAT PEGAGA KEPADA IBU PANTANG BERSALIN
  • Sifatnya pegaga adalah antibakteria dan anti bengkak 
  • Pegaga sangat baik bagi untuk luka bersalin lebih cepat sembuh.  
  • Buat ibu yang disahkan ada kencing manis, ambillah air pagaga.. Insyallah boleh turunkan paras gula dalam darah. 
  • Pegaga membantu bantu tingkatkan kesuburan dan bantu melangsingkan selepas bersalin



BAHAN-BAHAN : 

  • 2 ikat pegaga
  • 5 cawan air

CARA PENYEDIAAN AIR PEGAGA :
  • Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.
  • Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam


RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN :
AIR HALBA

KHASIAT HALBA KEPADA IBU PANTANG BERSALIN
  • Halba baik untuk menambahkan susu ibu 
  • Menghangatkan badan
  • halba juga boleh dimakan dibegitu sahaja


BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu kecil halba
  • 1 gelas air panas


CARA PENYEDIAAN AIR HALBA :
  • Cuci dan rendamkan halba tadi bersama air panas
  • Kemudian minum semasa sedang panas / suam



RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : PATI MANJAKANI

KHASIAT MANJAKANI KEPADA IBU PANTANG BERSALIN
  • Manjakani diguna untu merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin, 
  • Penawar masalah keputihan, 
  • Tannin dalam manjakani bantu membaiki tisu rosak selepas bersalin. 
  • Manjakani mengurangkan lelehan mukus, menstabilkan hormon,
  • Melancarkan darah, melawaskan buang air besar dan memberi tenaga badan.
  • Manjakani membantu menguatkan otot faraj dan rahim wanita



BAHAN-BAHAN :
  • 500 ml air
  • 30gm halia muda (di hiris)
  • 20gm kunyit tua (di hiris)
  • 5 biji buah manjakani

CARA PENYEDIAAN REBUSAN PATI MANJAKANI :
  • Satukan semua bahan ke dalam periuk
  • Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  • Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
  • Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam


AIR  MANJAKANI


BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji buah manjakani
  • 500ml air
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit

CARA PENYEDIAAN AIR MANJAKANI :
  • Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15 minit. 
  • Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.


RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : REBUSAN SERAI

KHASIAT SERAI KEPADA IBU PANTANG BERSALIN : 
  • Sifat citrusnya menyegarkan badan. 
  • Serai membantu mengurangkan masalah angin dalam usus dan melancarkan pencernaan
  • Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. 
  • Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi,
  • Serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
BAHAN-BAHAN :
  • 5 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 2 inci halia

CARA PENYEDIAAN AIR SERAI :
  • Ambil serai dan ketuk 
  • Daun pandan dikoyak dan disimpulkan
  • halia dihiris kecil boleh juga diketuk
  • 1 liter air
  • ambil serai, daun pandan dan hirisan halia, rebus dengan 1 liter air. rebus sampai tinggal 3 cawan air.
  • amalkan minuman tersebut sesudu dua setiap pagi

RESEPI BERPANTANG : AIR MINUMAN IBU BERPANTANG BERSALIN : AIR KUNYIT 

KHASIAT KUNYIT  KEPADA IBU PANTANG BERSALIN :
  • Minum air perahan kunyit dikatakan boleh menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
  • Kunyit bersifat panas dan boleh meningkatkan pengaliran darah ke kulit. Jadi untuk menceriakan wajah boleh lah minum air kunyit, maklumlah ibu selepas bersalin biasanya nampak pucat kerana kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  • Kunyit juga boleh menghilangkan bau badan. Jadi, kalau ibu-ibu nak sentiasa berbau wangi masa berpantang.
  • Kunyit juga merupakan salah satu antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan untuk awet muda.

(AIR KUNYIT MEMPUNYAI FUNGSI KUAT MENGECUTKAN RAHIM, JADI HANYA DISARANKAN UNTUK DIMINUM SELAMA 3 HARI SAHAJA SEPANJANG TEMPOH BERPANTANG, ELAKKAN BERLEBIHAN). 



BAHAN-BAHAN : 
  • Sedikit kunyit hidup
  • Perahan air asam jawa
  • Gula perang / putih secukup rasa



CARA PENYEDIAAN AIR KUNYIT:
  • Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih.
  • Masukkan perahan air asam jawa dan gula.
  • Gaul bersama air panas

KESIMPULAN :

Waktu berpantang merupakan waktu yang sangat penting untuk pemulihan semula tubuh badan seorang wanita setelah berpenat lelah mengandung dan melahirkan anak. Ibu banyak kehilangan darah dan tenaga. 

Waktu berpantang ini diharapkan ibu dapat memberikan masa secukupnya untuk untuk diri kembali pulih sepenuhnya. 

Janganlah terlalu moden atau terlalu rigit dengan pengambilan makanan berkhasiat. Jangan pula hanya berlaukkan ikan masin dan nasi putih, bersulam air separuh gelas. 

Pastikan ibu mengambil air minima 2 liter sehari. Ambil secara sedikit tetapi kerap. Tiada istilah 'rahim menjadi kembang' kerana mengambil air. air sangat penting dalam proses penyembuhan dan penyusuan. pastikan makanan yang diambil memenuhi semua khasiat yang seimbang. boleh rujuk di sini untuk senarai semak pemakanan semasa berpantang. 

Pantang larang nenek moyang, apa yang baik kita ikut, tetapi pantang larang yang tidak sesuai eloklah dihindarkan. Sekarang zaman moden, dan ramai juga semakin tidak ambil kisah dengan tatacara berpantang yang betul termasuklah amalan berbengkung, bertangas, bertungku, berurut dan penjagaan diri yang sempurna semasa pantang bersalin . Satu je ingatan bonda, apa yang kita buat hari ini tidak akan memberi kesan pada masa yang singkat, kesannya akan diperolehi pada usia kita melonjak awal 40an dan seterusnya. 

Ramai ibu mula merungut sakit badan, sengal-sengal dan macam-macam lagi. tidak kurang juga yang mengalami masalah tulang reput pada awal usia. jangan lupa amalan pengambilan suplemen semasa hamil dan selepas bersalin sehingga akhir hayat ya. Teruskan pengambilan multivitamin, kalsium dan vitamin c supaya badan segera sembuh, kembali bertenaga dan berseri..

siapa yang tak suka, badannya kembali solid molid persis anak dara kan? heheh.. kalau berpantang dengan betul, insyallah bukan setakat sekilo 2 yang kurang, malah sehingga 20 kilo pun boleh. yang penting displin ye.

Semoga segala ilmu yang dikongsi hari ni memberi manfaat buat semua ibu diluar sana. apa yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu daripada saya jua. 

Baiklah esok kita akan sambung pada entry seterusnya ya :D




Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati. 



Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini


Whatsapp : 012-5852034 untuk pertanyaan / tempahan anda. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

'Be Simply Healthy'
Bonda Miza

Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):

Moga bermanfaat. 

Master 2B BondaMiza
-Be simply healthy-

  * Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni addalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.


INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN DAN SET BERSALIN BERPANTANG MENYUSU SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?

INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI KESIHATAN PERCUMA
(Bonda Miza Nazril di talian 012 585 2034)


PROMOSI SEMASA SHAKLEE SET BERSALIN :

SET BERSALIN (POST NATAL SHAKLEE)



http://setbersalinmenyusu.blogspot.com/2016/10/22-koleksi-terbaik-testimoni-set.html

KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN


 

 

ANDA MENCARI BISNES YANG MODAL RENDAH DAN MUDAH? SIAPA BOLEH BUAT BISNES SHAKLEE?

Sesiapa saja bertaraf warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Berminat untuk mulakan perniagaan  Shaklee ? jom contact Miza

 

boleh hubungi bonda miza / whatsapp terus bonda di talian 
 

🌟7 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE BERSAMA TEAM MFMS🌟

Nak tahu kenapa saya dan ramai yang lain pilih buat bisnes Shaklee bersama team MFMS?

✅ 1. Produk Shaklee TERBUKTI SELAMAT & BERKESAN lebih 100 TAHUN.
    
✅ 2. Company Shaklee sangat STABIL & KUKUH sejak tahun 1956.
    
✅ 3. Produk Shaklee ada PERMINTAAN TINGGI di Malaysia, market luas dan mudah dipasarkan.
    
✅ 4. Bisnes Shaklee adalah bisnes NETWORK MARKETING PERTAMA DI DUNIA.
    
✅ 5. Bisnes Shaklee boleh DIWARISKAN kepada anak cucu kita.
    
✅ 6. Dalam Team MFMS dah ada ILMU & MENTOR yang betul dan PROVEN SUCCESS.
    
✅ 7. MODAL RENDAH & PULANGAN TINGGI.

Nak tahu lebih detail?
Jom tonton video bersama Masters Founder Team MFMS:-

http://bit.ly/WhyShakleeMFMS

Dah habis tonton?

Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :
 
 Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
 
Sila klik sini untuk terus mendaftar ke System Shaklee
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=963856
 
 Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
 

 
 BondaMiza Nazril
Team MFMS Empire
 




Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee


Ingin Tempah VIVIX anda pada harga jimat? 

Lekas hubungi Bonda Miza untuk info lanjut dan tempahan Vivix anda dengan segera ya.



 
Whatsapp : 012-5852034 untuk pertanyaan / tempahan anda. 


MENARIK DIBACA: 

No comments