Salam sejahtera pembaca blog bonda. Walaupun dah 13
hari dalam pantang, akhirnya ada juga sikit masa dapat diluang untuk
menulis.
Baiklah, berapa ramai pembaca disini yang pernah
bertangas? herm, kalau nak tahu, bertangas ni bukan sahaja baik untuk wanita
yang dah bersalin malahan ia sangatlah baik untuk semua wanita. (BUJANG pun
sesuai sebenarnya)
KENAPA BERTANGAS SANGAT BAIK
KEPADA WANITA ?
Antara manfaat bertangas adalah :
- Mengecutkan rahim dengan lebih cepat
- Mengurangkan masalah kegatalan
- Mengurangkan masalah keputihan
- Mencegah rahim daripada jatuh (tombong)
- Mencegah masalah buasir
- Memastikan kebersihan faraj daripada bau yang tidak menyenangkan atau jangkitan kuman
- Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan pada miss V
- Membersihkan kekotoran dalaman faraj (daripada haid/ wiladah / nifas/ mani)
- Memastikan kesuburan wanita terpelihara
JENIS-JENIS TANGAS
Bertangas ada ni 2 jenis, (tangas kering dan tangas basah). Bahan untuk
kedua-dua jenis tangas yang kita guna sama, tetapi kaedah pemanasan tangas
sahaja yang berbeza.
Bezanya kaedah tangas basah menggunakan air panas dan tangas kering akan batu sungai dipanaskan sama seperti tungku batu / besi.
Saya lebih gemarkan tangas kering kerana ia akan
keluarkan asap yang sangat berherba dan wangi. Tangas kering juga merupakan
pilihan kebanyakkan wanita yang tak suka keadaaan basah melekit.
Baiklah inilah antara jenis bekas / alatan bertangas yang sering diguna. Ada banyak jenis, boleh pilih ikut bajet masing-masing. boleg juga reka sendiri alatan ini.
NO.2 : TANGAS KERING, NO. 3 : TANGAS BASAH |
Kalau suka jenis wap / steam panas, boleh pilih
tangas basah ok. Apapun terpulang pada diri masing-masing, macam saya,
melekit tu agak mengelikan. hehehe
KISAH BERTANGAS ORANG
DI BARAT :
Bertangas sangat baik kepada semua wanita tak kira
yang dah pernah melahirkan mahupun yang masih bujang trang tang tang.. haaa nak
tahu kenapa? jeng jeng jeng!
Bertangas ini bukan setakat orang asia je tau yang buat. Orang barat, Orang Mayan pun ada, diaorang panggil dengan nama "Vaginal Steam".
Herba orang barat bertangas berbeza, tapi yang mudah untuk diperolehi di kawasan mereka lah kan. Kalau kita nak cuba herba mereka pun boleh. semuanya baik untuk kesihatan. Insyallah |
BILAKAH WAKTU YANG
SESUAI UNTUK BERTANGAS?
Bagi wanita yang melahirkan, bertangas elok dibuat
setelah habis tempoh berpantang pada hari ke 44 atau ke 45 hari. Namun begitu
ia juga boleh dibuat pada bila-bila masa yang rasa nak bertangas. Buat
wanita bujang pun begitu juga. Takda sekatan masa untuk lebih sihat.
APAKAH HERBA YANG
SERING DIGUNAKAN UNTUK BERTANGAS?
Herba bertangas ni sangat mudah, bahan-bahannya pun mudah diperolehi.
- Asam gelugor (ambil airnya)
- Garam
- Daun sireh
- Daun inai
- Halia
- Manjakani
Untuk bertangas basah, rebus semua bahan bersama.
Manakala untuk bertangas kering, bahan-bahan tadi hendaklah di tumbuk hingga lumat.
1. panaskan batu, 2. tumbuk lumat bahan bertangas, 3. masukan sireh, letakkan batu panas & masukkan bahan tumbuk ke atas batu panas. |
Kelak nanti diletakkan di atas batu panas untuk
mengeluarkan wap. Tempoh masa per sesi yang disyorkan adalah selama 15 ke 30
minit sahaja. Ulangi tangas 2 hingga 3 kali pada hari berikutnya.
SELAMAT BERTANGAS!
Hubungi
bonda miza di talian 012 585 2034 untuk konsultasi percuma
Thanks
for reading :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna
untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
'Be Simply Healthy'
Bonda Miza
INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN DAN SET BERSALIN BERPANTANG MENYUSU SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI KESIHATAN PERCUMA
(Bonda Miza Nazril di talian 012 585 2034)
MENARIK DIBACA:
- Servis Penjagaan ibu dalam berpantang (confinement care)
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (Luka Segera Sembuh, Bertenaga & Meriahkan Susu Badan)
- Manfaat & Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- 22 Koleksi Testimoni Set Bersalin Menyusu Terbaik Shaklee
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Hamil Dengan Kencing Manis (GDM)
- Hamil Dengan Kencing Manis (Insulin)
- Herba-Herba Berkhasiat Buat Wanita Berpantang
- Kepentingan Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Minuman Wajib Cuba Semasa Pantang Bersalin
- Bertangas meningkatkan Kesuburan
- Atasi Kentut Vagina
- Atasi Bengkak Susu
- 11 Petua Banyakkan Susu Badan
- Kaedah Power Pumping – Mengalakkan Penghasilan Susu
- Ketahui Jenis Suntikan Pencair DarahSelepas Bersalin
- Fibriod & Cyst, Rawatan DanPencegahan Dengan Vivix
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Bahaya Meroyan
- Bahaya Jangkitan GBS Semasa Hamil
- Waspada Sawan Mengandung (Pre Eclampsia)
- Manfaat Susu Ibu
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Khasiat Esp Untuk Penyusuan Ibu
- Jangkitan Kulat Pada Lidah Bayi
- Tambah Berat Kanak-kanak & Dewasa
PROMOSI SEMASA SHAKLEE SET BERSALIN :
SET BERSALIN (POST NATAL SHAKLEE)
BARUT BENGKUNG ZIG ZAG 2 TALI DAN BENGKUNG ZIP BERSALINMENYUSU.COM
(2 SAIZ PILIHAN READY MADE)
KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN
No comments