.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

BERPANTANG LEPAS BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN ATAU CAESAREAN

Share:
Bersalin secara pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutama sekali di bahagian yang dibedah.. set bersalin menyusu shaklee

Memandangkan saya bersalin kedua-dua anak adalah melalui pembedahan, jadi suka saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang dengan semua.. :D.. berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean ni tidaklah banyak perbezaan dengan berpantang selepas bersalin secara normal.  set bersalin menyusu shaklee

Selepas tempoh kehamilan 40 minggu dan proses bersalin, tubuh kita memerlukan masa untuk pulih dari sebarang luka dan menstabilkan kembali paras hormon badan. Proses pemulihan bersalin secara pembedahan memakan masa yang lebih panjang  jika dibandingkan dengan orang bersalin normal. Jadi sebelum bersalin, kita dah boleh memilih untuk berpantang secara moden atau tradisional.  set bersalin menyusu shaklee



Yang paling penting, kita perlu dapatkan maklumat awal terlebih dahulu. Jadi kita akan lebih bersedia kelak.. taklah kelam kelibut time nak bersalin nanti.. :p   set bersalin menyusu shaklee


Semasa saya berpantang dahulu, saya mengamalkan kedua-dua kaedah berpantang.. Tradisional & Moden, kan senang :D .. jadi awal-awal lagi saya dah 'survey' jenis set bersalin, jenis diet dan kaedah jagaan selepas bersalin secara pembedahan.. kalau dapat, buatlah 'list' dan letakkan di tempat yang mudah kita nampak.. so tidaklah nanti tertinggal info yang kita perlu ikut lepas bersalin nanti, tambah-tambah lagi, bagi  yang baru bergelar ibu  :D   set bersalin menyusu shaklee

Berpantang selepas bersalin, kita ada 3 pilihan sebenarnya,    set bersalin menyusu shaklee
  • Berpantang secara moden
  • Berpantang secara tradisional
  • Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas. :D
Maklumat awal yang kita perlu tahu : 
 Jika kita memilih untuk berpantang secara tradisional pula, kita akan buat semua ni:
  • Berurut
  • Mandi air rebusan
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Berbengkung / barut
  • Pilis & param
Tempoh berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan masing-masing. Okeh, berbalik kepada penjagaan semasa berpantang setelah bersalin secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah :  set bersalin menyusu shaklee

1. Mandi : 
Mandi tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan kita hanya akan dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat kerana pada waktu awal bersalin, kita tidak mampu untuk bergerak banyak.  

Setelah pulang ke rumah, kita perlulah mandi. Kita perlukan pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering setelah kita mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor tau..

2. Diet Seimbang :  set bersalin menyusu shaklee
Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam. Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit kita dalam dan luar yang dibedah tu. Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka kita sembuh sepenuhnya. Jadi kita sangat perlu untuk ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan penyembuhan luka. Saya amalkan suplemen Shaklee. Memang rasa lebih sihat dan bertenaga. Sampai jiran pun tegur, tak nampak macam bersalin, masa tu baru 5 hari, dah kuat dan sihat . :D

Perlukan serat dan air yang mencukupi tau.. kalau tidak nanti, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan kita banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti.. :( - Kalau boleh nasi yang kita makan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah - saya suka makan sawi dan oren masa berpantang haritu. :D. 

Boleh baca di link ini untuk menu-menu pemakanan yang sesuai semasa berpantang.



Jika kita kekurangan air, kita berpotensi untuk terkena jangkitan kuman, juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki (deep vein) - DVT jadi, minum air mencukupi ye supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan daripada badan. Boleh ke link berikut untuk ketahui lebih lanjut masalah-masalah yang sering terjadi selepas bersalin( semasa berpantang. (wajib baca)   set bersalin menyusu shaklee

Tip : Kalau ketika membuang air kecil terasa seperti pedih atau rasa seperti terbakar, memang sahlah dah terkena jangkitan kuman.. boleh juga minum air barli, tapi masa berpantang ni, takut sejuk pula. Jangan ditangguh yea takut melarat, pergi je jumpa doktor. Kalau nak tahu, ubat yang doktor bagitu memang sangat-sangat tidak sedap.. weeekkkk!!! percayalah sebab saya pun dah kena :D   set bersalin menyusu shaklee

Seperkara lagi, jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. Saya pun turut mengambil Jamu lepas Bersalin Mustika Ratu. Saya mula memakan lepas sebulan bersalin, setelah luka saya benar-benar sembuh. Mustika Ratu sememangnya jamu kegemaran saya sejak remaja lagi :D   set bersalin menyusu shaklee

Anda boleh juga amalkan pengambilan suplemen atau Set Lepas Bersalin yang lengkap dan terbaik. Saya amalkan Set Bersalin dan Menyusu Shaklee selepas melahirkan Ruzain tempoh hari. Alhamdulillah, ia sangat-sangat membantu saya lebih sihat. Yang paling best, Saya sangat bertenaga dan luka pembedahan pun cepat sembuh. Kalau nak tahu, Sert Bersalin dan Menyusu Shaklee boleh diambil 2 jam selepas kelahiran. Sebab itulah saya makan Set Shaklee bersama Mustika Ratu. :D..    set bersalin menyusu shaklee

3. Senaman : 
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar.  Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat menggelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja.  

Pengalaman saya : saya pernah mengalami kekebasan kaki & tangan selepas pembedahan bulan April yang lalu.. memang menakutkan apabila kaki dan tangan tiba-tiba kebas dan tidak mempunyai deria sentuhan.. Doktor dan nurse kemudiannya bantu saya untuk gerakkan kaki & tangan) - doktor ada bagitahu, mungkin juga terjadi disebabkan kehilangan banyak darah semasa pembedahan, sebab itu saya menjadi kebas dan lemah.

Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh.    set bersalin menyusu shaklee

4. Menyusu :
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk kita susukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu. 

Kesakitan akibat  pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan.. Tapi kita perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Tambahan pula menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim dan badan kita akan cepat langsing :D

Jika kelihatan seperti kekurangan susu badan, apa kata anda cuma teknik power pumping, atau boleh juga mengamalkan pemakanan yang memperbanyakkan susu badan. 
 set bersalin menyusu shaklee
Pengalaman saya sendiri, saya amalkan pengambilan Alfalfa dan ESP (Set Menyusu Shaklee). Alhamdulillah, seawal seminggu kelahiran, saya dah mula membuat stok susu.


5. Bengkung : 
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung. 
 set bersalin menyusu shaklee
Saya lebih suka memakai bengkung strap, lebih mudah ditanggalkan. tapi saya sekalikan juga dengan bengkung lilit v. Saya beli murah ja dalam RM35 macam tu. Sehelai lagi saya jahit sendiri. Jadi saya dapat 4 pasang bengkung, bolehlah ditukar-tukar. Ya, memang perlu ada bengkung lebih dari satu, supaya boleh dicuci dan mengelakkan jangkitan kuman, kan kita akan berpeluh.  Namun semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing.. 

Jika masih lagi mencari-cari bengkung yang sesuai boleh beli di sini (BARUT BENGKUNG BERSALINMENYUSU.com datang dalam 2 pilihan saiz)

Bengkung lilit V
Bengkung moden / strap
Selain berbengkung, saya juga amalkan berparam.. (campurkan param dengan sedikit kapur dan air limau nipis) .. bancuh dan sapukan pada bahagian perut. Namun ini hanya boleh dilakukan selepas luka pembedahan benar-benar sudah sembuh..  caranya mudah sahaja, lumur kan param yang dah dicampurkan dengan kapur dan limau nipis, kemudian teruslah berbengkung. Berparam sangat baik, sebab bantu kempiskan perut dengan lebih cepat. Cumanya, satu perkara yang sedikit leceh, apabila param tersebut kering, dia akan memecah kan membuatkan serpihan param tersebut berteraburan di merata-rata kawasan .. tambah-tambah lagi di atas katil.. Jenuh pula nak menyapu yea.. kekek
 set bersalin menyusu shaklee

6. Sokongan moral : 
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan kita lemah, kita akan lebih banyak berehat, tambahan lagi, pada awal bersalin, kita tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan kita akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi kita akan tidak stabil dan cepat beremosi/marah. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita. 
 set bersalin menyusu shaklee
Bersemangatlah wahai ibu-ibu sekalian :D Untuk kesihatan yang lebih lagi, boleh dapatkan Set Terbaik Shaklee.  Apa yang saya kongsikan ini semuanya adalah daripada pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan, termasuk adik saya yang turut perlu dibedah apabila mengalami masalah CPD dan kehamilan songsang seperti saya. 

Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):






Mudah-mudahan info yang saya kongsikan di sini memberi seribu manfaat untuk semua ibu.

Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi kaedah berpantang cara tradisional sila ke link di sini.



Jika ingin dapatkan Set Kehamilan, Berpantang dan Penyusuan Shaklee pada harga berbaloi, hubungi saya yea  set bersalin menyusu shaklee


klik pada gambar untuk pautan Set Kehamilan Shaklee


klik pada gambar untuk pautan Set Bersalin/Berpantang Shaklee
klik pada gambar untuk pautan Set Turun Berat Badan Shaklee
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. 'Feel free to share this articel'


Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza Nazril


Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga? hubungi saya..



"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"

ANDA MENCARI BISNES YANG MODAL RENDAH DAN MUDAH? SIAPA BOLEH BUAT BISNES SHAKLEE?

Sesiapa saja bertaraf warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Berminat untuk mulakan perniagaan  Shaklee ? jom contact Miza

 

boleh hubungi bonda miza / whatsapp terus bonda di talian 
 

🌟7 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE BERSAMA TEAM MFMS🌟

Nak tahu kenapa saya dan ramai yang lain pilih buat bisnes Shaklee bersama team MFMS?

✅ 1. Produk Shaklee TERBUKTI SELAMAT & BERKESAN lebih 100 TAHUN.
    
✅ 2. Company Shaklee sangat STABIL & KUKUH sejak tahun 1956.
    
✅ 3. Produk Shaklee ada PERMINTAAN TINGGI di Malaysia, market luas dan mudah dipasarkan.
    
✅ 4. Bisnes Shaklee adalah bisnes NETWORK MARKETING PERTAMA DI DUNIA.
    
✅ 5. Bisnes Shaklee boleh DIWARISKAN kepada anak cucu kita.
    
✅ 6. Dalam Team MFMS dah ada ILMU & MENTOR yang betul dan PROVEN SUCCESS.
    
✅ 7. MODAL RENDAH & PULANGAN TINGGI.

Nak tahu lebih detail?
Jom tonton video bersama Masters Founder Team MFMS:-

http://bit.ly/WhyShakleeMFMS

Dah habis tonton?

Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
 

BondaMiza Nazril
Team MFMS Empire
 




Sila klik link di bawah untuk Miza bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee


https://linktr.ee/bondamiza%20
 




 set bersalin menyusu shaklee

Lain-lain bahan bacaan MENARIK WAJIB BACA

feel free to share dengan semua.

Moga bermanfaat.

Testimoni kembali langsing dengan Vivix Shaklee

6 comments:

  1. terima kasih buat semua pembaca.. boleh juga singgah ke blog saya yang seterusnya di www.bersalinmenyusu.com untuk lebih tip dan info.

    Master to be ~Bonda Miza

    ReplyDelete
  2. lengkap utk ibu bersalin secara czer.
    terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Berapa hari lepas bersalin caesarian ni darah nifas dah kering? Bila kena mula sholat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan encik, soalan nifas dan hukum solat hendaklah merujuk kepada yang arif dalam bidang agama.

      Namun dalam apa yg dipahamkan,
      nifas biasanya ia datang, berhenti dan datang semula dalam tempoh 40 ke 60 hari.

      walaupun ada yg tidak mengalami nifas yang banyak setiap hari, namun ada yg hanya secalit / beberap titik shj. itu masih dikira nifas.

      jika benar-benar telah suci, maka wajib bersolat selepas yakin nifas telah benar2 berhenti.

      moga bermanfaat yea

      sumber rujukan : https://fiqh-am.blogspot.my/2009/06/darah-nifas.html

      Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan?

      Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci. Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan.

      Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci?

      Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas?

      Jawapannya; menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas.

      Delete