Salam..
Letih ke?? hari ni saya seawal jam 5.00 pagi dah terjaga.. dan sekarang sudah hampir jam 12.30 malam, masih belum lagi masuk tidur.. tambah pula baru saja jam 11 tadi saya balik kerja.. herm.. mengantuk la juga..kadang-kadang sampai satu tahap kita rasa seperti sangat-sangat letih.. hairankan??, sedangkan kerja bukanlah teruk sangat.. Kalau ada yang sorongkan bantal, sure terus sahaja rasa nak tidur.. :D
Sebenarnya apakah punca yang sebabkan kita kehilangan tenaga dan cepat sangat letih dan lesu.. ok, saya ambil beberapa tip yang saya baca dari majalah I-Sihat baru-baru ini..
Kalau ikutkan kajian ni, ada 6 sebab kenapa kita menjadi sangat letih dan hilang tenaga..Enam (6) Penyebab utama adalah :
1. TIDAK BERSENAM
Okeh, penyelesaiannya : cubalah lakukan regangan sekerap mungkin. ambil masa kita untuk bergerak sekejab dan berjalan sekitar meja atau ruang rumah. Kerap berehat akan memastikan tubuh kita dalam keadaan 'jaga'.
Banyak tenaga diperlukan untuk pastikan badan kita dalam postur yang baik. Cuba elakkan duduk membongkok ke depan atau bersandar di kerusi. Tahu tak ianya akan menyebabkan tulang belakang kita menjadi tidak sejajar. Lebih teruk lagi, kesimbangan tulang belakang terjejas, otot kita akan terpaksa bekerja keras untuk membetulkan postur badan kita.
Jadi apakah penyelesaiannya : mudah saja, :D pastikan badan kita sentiasa lurus walaupun ketika kita sedang bergerak, duduk atau berdiri. Pastikan kepala kita juga berada dalam keadaan lurus sejajar dengan badan, bukannya terkehadapan atau terkebelakang. Make sure, telinga kita berada betul-betul berada di atas bahu. :P
Ramai orang yang nak cepat kurus amalkan diet pantas.. benar diet pantas akan menyebabkan tenaga kita bertambah sebab kita akan kehilangan berat badan, Tetapi keadaan itu sebenarnya membuatkan kita akan menjadi cepat letih dan lapar.. ianya sangat tidka baik untuk kesihatan.
Pengambilan kalori yang rendah (kononnya diet lah sangat tu) tertutamanya yang mengambil kurang daripada 850 kalori sehari akan sebabkan kita menjadi sangat letih.. Tahu tak jika diamalkan diet begini untuk jangka masa panjang, kita akan mengundang kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Tip penyelesaiannya : :D cubalah turunkan berat badan secara sihat. Cuba dapatkan pakar pemakanan atau bantuan jurulatih yang bertauliah. Elakkkan mengambil makanan / minuman manis, makanan ringan dan kurangkan saiz makanan.
Cuba sasarkan penurunan berat badan tidak lebih daripada 595 gram seminggu. Penurunan berat badan secara drastik boleh menyebabkan paras insulin dalam darah menjunam mendadak.. ia boleh menyebabkan pengsan atau penyakit yang lebih buruk terjadi. cuba sayangi diri sendiri :D
Sarapan yang manis dan sapuan /jem yang terlalu manis akan memberikan kita tenaga yang sangat tinggi kernana kadar penyerapan gula yang sangat pantas dalam badan. Kenaikan yang pantas mengudang kepada penurunan kadar gula yang cepat juga selepas beberapa jam. Kesannya, kita bukan sahaja cepat letih malah cepat rasa lapar.
Tip : cubalah ambil sarapan yang membebaskan tenaga secara stabil dan bukannya karbohidrat ringkas. Contoh menu sihat sarapan adalah bubur nasi (masak sendiri) dengan madu dan susu. boleh juga mengambil bijirin lengkap dengan buah dan telur dan gandum penuh.
Dapatkan sarapan yang tinggi serat , rendah kandungan gula dan garam.
Jika kita sering berasa bimbang dan stress, tahu tak tiap kali kita stress, tekanan darah kita akan meningkat.. otot turut menjadi tegang. sebab itulah kita akan cepat letih dan sakit.
Tips : hadkanlah masa untuk memikirkan masalah. Cuba berfikiran positif dengan mencari penyelesaian terbaik. Insyallah, stress kita akan menghilang. Cuba amalkan ayat-ayat Quran / doa penenang jiwa ya.. Jangan lah stress sangat, takut nanti boleh kena Strok.. minta dijauhkan..
Jika terlalu lama duduk pun akan letih, terlalu banyak bersenam pun akan sebabkan kita menjadi cepat letih dan hilang tenaga. Jika nak dapatkan bentuk badan idaman pun, pastikanlah kita punya masa rehat yang cukup untuk memulihkan badan kita.
Tip & penyelesaiannya : gilirkan masa senaman dan berehat. selang selikan sehari berehat dan sehari bersenam. Jika rasa seperti tidak berdaya, apa kata ambillah masa untuk pulihkan diri dengan berehat dan membelai tubuh dengan mandian air suam dan tidur yang secukupnya.
KESIMPULAN :
KESIMPULAN :
Okeh tip yang terakhir.. Pastikan diri kita sentiasa punyai masa rehat yang mencukupi. Apa kata luangkan masa dengan sedikit 'refresh dan reward'.. rehat dan manjakan diri seketika untuk hilangkan kepenatan, letih lesu dan kehilangan tenaga itu tadi...Pergilah bercuti atau spa .. itu cadangan saya.
Penting untuk kita amalkan pemakanan sihat dan mengambil suplemen. Suplemen seperti B Complexs, multivitamin (Vitalea) juga Vivix Shaklee turut sangat bermanfaat diambil secara berterusan bagi memastikan badan kita menerima nutrisi yang mencukupi.
Malah pengambilan vitamin / suplemen secara berterusan sangatlah digalakkan kerana ia dapat memastikan kecergasan dan kesihatan kita sehingga hari tua.. Insyaallah...
Moga bermanfaat ...
Malah pengambilan vitamin / suplemen secara berterusan sangatlah digalakkan kerana ia dapat memastikan kecergasan dan kesihatan kita sehingga hari tua.. Insyaallah...
Moga bermanfaat ...
Feel Free To share.
Moga Bermanfaat. Insyallah
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
Ingin
mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin
menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi
saya untuk:
FREE CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire in Shaklee"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
MENARIK DIBACA:
- Vivix Rawatan SLE, Diabetes, Strok, Buah Pinggang Dan Kanser
- Vivix Untuk Rawatan Pelbagai Kanser Dan Pencegahannya
- Manfaat Utama Vivix Shaklee
- Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Melawan Penyakit?
- Vivix Untuk Perokok Berhenti Merokok
- Vivix Shaklee Untuk Pesakit SLE
- Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang
- Kesan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee
- Vivix Untuk Kesihatan Warga Emas / Ibubapa Tersayang
- Vivix Bantu Mencegah Nyanyuk
- Kajian Telomere Vivix Shaklee Kepada DNAManusia
- Video Khasiat & Testimoni Vivix Shaklee
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (luka segera sembuh, bertenaga & meriahkan susu badan)
- Manfaat Susu Ibu
- 22 Koleksi testimoni Set Bersalin Menyusu terbaik Shaklee
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Pentingnya Pengambilan Omega Semasa Hamil
- Vitalea Iron Formula Tingkatkan HB Darah
- Pengambilan Vitamin C
- Garlic Complex Melawan Jangkitan Semasa Hamil
- Khasiat ESP Untuk Penyusuan Ibu
- Atasi Bengkak Susu
- Tip Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Program Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
- Kembali Langsing Menawan Selepas Bersalin
- Vivix Shaklee, Rawatan Diabetes, Darah Tinggi, Kanser, SLE & Anti Penuaan Terbaik
ReplyDeleteArtikel yang menarik. Badan juga boleh kerap berasa lesu disebabkan oleh faktor hormon. Ramai yang terlepas pandang mengenai faktor ini. Ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal merupakan antara punca badan lesu. Tidak dinafikan pengambilan vitamin dapat membantu untuk merawat masalah keletihan.