.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Wanita Paling Stress Di Dunia

Share:
1# APA ITU STRESS?

Stress dan murung bukanlah sesuatu yang sihat. Sebenarnya ketika stress badan kita akan memberi signal kepada otak dan sebahagian perubahan emosi mengganggu perjalanan sistem badan termasuklah gaya pemikiran, penampilan dan kesihatan. 


Stress yang melampau boleh mendorong kepada perubahan psikologi dan fizikal yang menjurus kepada sakit mental,4 perubahan emosi yang ketara dan juga tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. 


2# SEJAK BILA STRESS / TEKANAN INI WUJUD ?

Stress dah wujud sejak zaman batu lagi :D.. 
heheh jangan marah.. takkan gurau pun tak boleh kan? jangan tension ya :)


3# FAKTA TEKANAN / STRESS  DI MALAYSIA DAN DUNIA : 

Tertekan dan kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati, kemurungan juga merupakan penyakit keempat paling serius di Malaysia. 

Mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki. Pada kebiasaanya wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 2:1.

Di negara kita Malaysia, kejadian bunuh diri seringkali berlaku dengan purata 7 kejadian bunuh diri setiap hari, mencapai jumlah keseluruhan melebihi 2,000 kematian setahun. Kadar prevalen bunuh diri dianggarkan antara 8 hingga 13 bagi setiap 100,000 penduduk setahun. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang dimasukkan ke hospital kerana cuba membunuh diri menunjukkan empat dari lima orang mengalami kemurungan dan tertekan.


Perasaan kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat tertekan. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. 

4# PUNCA - PUNCA TEKANAN / STRESS 

Banyak punca yang menyebabkan tekanan dan stress kepada seseorang. Kalau nak tahu bayi pun ada stress yea, cuma dia tak tahu nak bagitau ja.

Empat faktor penyebab stress dan tekanan. Yang ni kena baca betul-betul, serius tau. 

  • Punca 1 : TEKANAN SURVIVAL
Tekanan survival adalah tekanan apabila diri dalam keadaan terancam dan takut. 
Contohnya : Terancam apabila berhadapan dengan haiwan liar.. atau melarikan diri dari along ke? jangan hutang dengan Along ok..

  • Punca 2 : PERSONALITI (TEKANAN DALAMAN)
Ini lebih kepada mahukan kesempurnaan, bercita citi tinggi melangit. bila tak tercapai apa dihajat dah mula dia stress.. 


  • Punca 3 : PEKERJAAN & PERSEKITARAN
Yang ini adalah stress kebanyakkan orang. Faktor pekerjaan yang tidak kondusif, kerja yang banyak, bos yang cerewet, tekanan dari rakan sekerja, prosedur pekerjaan yang pelbagai ragam semua menyumbang kepada tekanan yang tinggi. 

Adakalanya masalah tempat kerja di bawa balik ke rumah, menyebabkan stress menjadi lebih tinggi.

Saya nak nasihatkan satu perkara, jangan lah selalu bawa balik kerja di opis ke rumah. Kerja takkan habis sampai mati wahai sahabat.. Jadikan Rumah tangga kita sebagai syurga. Amatlah rugi bagi sesiapa yang bertuankan kerja, sedangkan keluarga dan anak-anak adalah penenang jiwa. 

  • Punca 4 : MASALAH-MASALAH LAIN
Faktor-faktor utama lain termasuklah faktor kewangan, masalah rumah tangga, masalah kesihatan. Itu belum ditambah dengan masalah ketidakstabilan kerja, masalah anak-anak, kematian, perceraian, pelajaran dan pelbagai 1001 masalah lain. 
5# JENIS-JENIS TEKANAN / STRESS 

Mengikut pembacaan dan carian saya, Kajian stress atau tekanan ada 3 jenis semuanya.

  • Tekanan yang baik dan sihat
  • Tekanan yang berlebihan
  • Tekanan yang memudaratkan
  • Diri kita diibaratkan buah oren yang bulat.. Stress melampau merosakkan diri kita
    Apa moralnya cerita oren ini? pikir sendiri lah yea :D


6# TANDA-TANDA ANDA DALAM TEKANAN / STRESS  : 

Kita boleh kesan dengan mudahnya, cuma kita kurang jelas, tekanan itu jatuh di kategori yang mana satu. Okeh saya nak bagi tip mengesan stress atau tekanan.

Cuba nilai balik diri kita, ahli keluarga mahupun kawan-kawan kita, kalau boleh lihat tanda-tanda yang mungkin ada. herm, ada 3 jenis perubahan yang menjurus kepada stress dan tekanan. Berikut adalah tanda-tanda yang memungkinkan stress atau tekanan pada diri seseorang : 

a. Tanda-Tanda Stress : PERUBAHAN FIZIKAL
  • Sakit
  • Terlalu kurus atau gemuk
  • Hilang keceriaan diri
  • Lesu dan letih
  • Terlalu atau tidak langsung berhias
  • Agresif
  • Suka mengelamun
  • Sering lupa
  • Mengasingkan diri
b. Tanda-Tanda Stress : PERUBAHAN SIKAP
  • Mudah marah
  • Mudah bosan
  • Tidak mampu menguruskan diri atau kerja atau kedua-duanya
  • Suka mengalihkan kemarahan 
  • Sentiasa berpandangan negatif
  • Hilang pertimbangan atau separa sedar
c. Tanda-Tanda Stress : PERUBAHAN EMOSI
  • Terlalu cemburu
  • Penyedih dan sensitif
  • Terlalu gembira atau terlalu periang
  • Ego dan mementingkan diri
  • Kemurungan
  • Kerisauan dan kebimbangan


7# FASA-FASA TEKANAN / STRESS DAN KESANNYA PADA ORGAN DAN KESIHATAN  :

Lihat sendiri kesan kepada emosi dan sistem organ badan apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan. (saya dah cari info dalam bahasa Melayu, tapi tak de la pulak yea) 


8# KESAN TEKANAN / STRESS PADA DIRI SESEORANG : 



Stress sebagaimana yang awal tadi saya terangkan boleh menjadi stress yang baik dan juga stress yang memudaratkan. Stress yang baik biasanya menjadikan diri kita lebih segar, bersemangat dan sihat. Manakala stress yang memudaratkan pula menjadikan diri kita jumud, lemah dan berpenyakit. 

Kesan Stress : POSITIF 

  • Sumber motivasi diri
  • Perubahan positif
  • Kecemerlangan diri
  • Kuat berusaha
  • Persaingan diri
  • Optimis
  • Keyakinan diri
Kesan Stress : NEGATIF
  • Prestasi menurun
  • Resah gelisah
  • Hilang kesabaran diri
  • Rasa bersalah
  • Rendah diri
  • Pesimis dan sensitif
  • Hilang pertimbangan diri


9# BAGAIMANA DAN APAKAH TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN?

Perubahan semuanya bermula daripada diri sendiri, melainkan jika diri berada pada tahap kritikal memang sangat-sangat memerlukan bantuan juga sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan. 

Pemulihan :  AWAL / SYOR
Antara tindakan awal yang boleh mengurang tekanan dan stress adalah : 

  • Latih diri dengan situasi baru dan ubah rutin hidup (kalau dahulu malas, cuba menjadi lebih rajin, cipta hobi baru contohnya) 

  • Bertenang, sabar, kawal, abaikan cakap-cakap negatif orang 
  • Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
  • Redha dan menerima situasi (contohnya jika kewangan tidak mencukupi, belajarlah berjimat cermat)
  • Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan, ibubapa, suami isteri)
  • Rehat, bercuti atau pindah 
  • Bersenam (sebagai mengisi masa lapang, juga bantu tingkatkan kesihatan :D)
  • Sedar tahap keupayaan diri (Bersaing dengan sihat. Jika diri tidak setanding orang lain, bersyukurlah dengan kemampuan diri. Insan dilahirkan didunia, punya kelebihan tersendiri)
  • Seimbangkan aktiviti kehidupan (Jika sebelum ini asyik balik lewat dari kerja, apa kata cuba pulang tepat pada waktu) - orang yang tidak cekap sahaja, yang sentiasa berada di pejabat sehingga lewat malam)
  • Membuat perancangan yang teratur (Jadualkan lebih awal setiap perjalanan kerja atau aktiviti seharian) jadi tidaklah tertekan nanti.
  • Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang (Syor saya kepada pelajar utamanya, atau mungkin juga sebagai pekerja, cuba perbaiki diri dengan membaca atau boleh juga berkongsi idea sesama rakan taulan) - Jika tidak tahu banyakkan bertanya, bersosial membantu menghilangkan stress juga:D


Pemulihan : ROHANI (KEAGAMAAN) : 

  • Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
  • Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah (Jadilah seorang muslim atau penganut agama yang baik. Cuba baiki diri dari semasa ke semasa.
  • Perbanyakkan solat Hajat dan Taubat (Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
  • Perbanyakkan berdoa  -  Doa mengelakkan lapan perkara:
        * Rasa sedih
        * Dukacita
        * Malas
        * Lemah
        * Penakut
        * Bakhil
        * Bebanan hutang
        * Gangguan Manusia
  • Berzikir - Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati akan tenang . Bila dekat denganNya, insyallah ia melindungi diri daripada kemudaratan.
  • Membaca Al Quran - Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit

10# CARA SAYA TANGANI STRESS :


Saya mungkin kelihatan seperti kurang stress. Sebenarnya wanita mempunyai tahap stress yang tinggi berbanding lelaki. Tambah-tambah bagi wanita yang sudah berkahwin. Yes! sebab itulah wanita dikatakan kuat membebel.. heheh itu pun salah satu cara kurangkan tekanan. Luahkan apa yang terbuku di hati. :D

Saya pastikan diri saya sentiasa punyai masa rehat yang mencukupi, paling tidak pun seminggu sehari. Apa kata luangkan masa dengan sedikit 'refresh dan reward' diri sendiri seperti berehat dan manjakan diri seketika untuk hilangkan kepenatan... Jika tidak kemana-mana sekali pun, pastikan diri rehat sejenak mungkin dengan tidur, luang masa dengan  pasangan dan anak-anak atau menonton cerita komedi.. 


Actually, bila kita banyak ketawa sesekali memang sangat baik. Membantu mengurangkan tekanan dalam badan. Kalau ada banyak cuti tu, pergilah bercuti atau spa .. itu cadangan saya. Tak payah percutian mahal. cari yang patut padan sahaja. Nak berkebun belakang rumah pun boleh.. agak-agak rasa stress je, tanam pokok atau cabut rumput. heheh kot nanti hilang semua rumput kat tanah..


Yang kedua penting amalkan pemakanan sihat. Suplemen yang saya amalkan seperti B Compleks, Vitalea (multivitamin) dan ESP dari Shaklee sangat bermanfaat diambil secara berterusan. B complex buat saya bertenaga dan kalau nak tahu b complex bantu mengurangkan rasa stress dan kerana kandungan vitamin b memberi signal kepada otak untuk menjadi tenang. (Jangan salah faham yea, B complex bukan dadah. Ianya semulajadi dan salah satu fungsinya, membantu mengurangkan stress)

Penting untuk kita pastikan badan kita menerima nutrisi dan rehat yang mencukupi. Malah pengambilan vitamin / suplemen secara berterusan sangatlah digalakkan kerana ia dapat memastikan kecergasan dan kesihatan kita sehingga hari tua.. Insyaallah...


PESANAN SAYA : 

Atasi tekanan dengan bertenang dan berfikiran positif. Apabila kita berjaya mengawal tekanan dengan baik, insyallah kehidupan kita menjadi lebih sihat mental dan fizikal.

Ya, kita semua makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas dari dugaan dan ujian. Setiap ujian Allah ada hikmahnya, jadi hadapilah semuanya dengan redha dan tabah. 
Jangan sesekali mengambil jalan mudah untuk selesaikan masalah dan tekanan anda. Kawal jiwa dan isi rohani kita dengan makanan (ibadah) secukupnya. 

Moga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain. 

Feel free to 'like' & 'share'. Sila-silah berkunjung ke FB  dan FB page saya .. jangan lupa add friend yea.. 

'Be simply healthy'
    Bonda Miza

Antara sumber rujukan : http://studentsrepo.um.edu.my/949/3/BAB2.pdf



Jemput baca artikel seterusnya : 

Punca dan Tip untuk mengurangkan letih dan lesu di sini 

4 comments: