Salam Semua :D
Sekejab sahaja dah masuk minggu ketiga di bulan Februari ni, bulan yang paling singkat.. tak banyak yang boleh dibuat jika kita tak punya perancangan yang baik..
Kadang kala, badan kita macam lemau, rasa macam tak larat nak bekerja.. so apa yang sepatutnya kita buat untuk naikkan mood kita sepanjang bulan ni malahan sepanjang masa.. huhuhuhu..
banyak perkara yang belum tercapai kan???
Saya set tahun ni, saya nak jadi MASTER Coodinator di Shaklee..
Biasalah naik turun berniaga..masih banyak tangga untuk saya panjat.. mari saya kongsikan tips, bagaimana kita nak tinggikan kualiti & produktiviti diri kita ke tahap lebih tinggi berkali-kali ganda. Ada beberapa tip yang kita boleh cuba & follow.
kredit Fattullah
Cuba Membaca dan menambah ilmu sekurang-kurangnya 1 Jam Sehari :
Untuk mendapatkan hasil yang hebat, cubalah membaca / menambah ilmu sekurang-kurangnya sejam sehari. Hanya semudah itu. Bayangkan satu minggu sebuah buku, setahun sudah membaca hampir 30 buah buku!! banyak tu.. :D
Petikan : Untuk
menjadi pakar dalam sesuatu bidang, kita perlu membaca sekitar 30-50
buah buku. Ini bermakna kita sudah tingkatkan kemahiran sehingga
menjadi seorang yang pakar.
Mereka yang pakar kebiasannya mempunyai pendapatan melebihi 10 kali ganda berbanding orang biasa. Kalau nak dapatkan gaji RM3000 pun perlukan hampir 15 tahun belajar, cuba bayangkan 10 kali ganda / 100 kali ganda.. dah tentu perlukan ilmu yang lebih banyak kan :D
Ikut Peraturan 80/20 :
Tumpukan perhatian kepada 20% pelanggan yang akan memberikan pulangan sebanyak 80% sekiranya kita terlibat dalam dunia jualan mahupun perniagaan. Jika diperhatikan, secara purata pelanggan yang menyumbangkan keuntungan terbesar kepada perniagaan kita adalah dalam purata 20% daripada jumlah keseluruhan.
Tip : Ini bermakna, kita perlu senarai pendek kepada 20% pelanggan berkualiti! -
Cuba buat list nama & database pelanggan sedia ada dan target pelanggan baru.
Semak
kembali kadar kekerapan pelanggan yang kembali kepada kita setelah kali
pertama berurusan dan jadikan mereka sebagai pelanggan
seumur hidup yang dapat membawa keuntungan yang berlipat-kali ganda!
Sediakan Senarai Semak :
Perancangan awal, ya.. perlu ada perancangan.. jadi buatlah senarai semak. Seorang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bersedia dengan senarai perkara yang perlu mereka lakukan. Jika kita belum lagi amalkan, mula sekarang!!!
Bagi meningkatkan kadar produktiviti kita serta pulangan yang tinggi bagi perniagaan, sekurang-kurangnya kita ada senarai semak. Boleh juga buat dalam bentuk Vision Board.
Amalkan setiap hari. Setiap orang perlu ada MASTER CHECK LIST... Jika kita buat perancangan, tapi kita tak ikut, yang akan rugi adalah diri kita sendiri.. jadi cubalah berdispilin dan ikut perancangan.
Jika
amalan ini kita tidak endahkan, bermakna kita hanya melakukan sesuatu
hanya mengikut perasaan dan ingatlah hanya dengan mengikut perasaan
kesan terhadap produktiviti akan cepat merudum.
Beli satu buku nota kecil & pen yang dapat dibawa ke mana-mana, catatkan apa yang anda rancangkan... bersegeralah dalam tindakan! jangan sambil lewa dan berlengah.. ingat, siapa cepat, dialah yang dapat!!!
Pilih Networking Yang Positif :
Networking satu perkara utama.. networking inilah akan membawa kita ke 2 jalan.. iaitu : jalan kejayaan atau jalan kegagalan.. jadi pilihan jaringan networking yang positif..
Networking di sini adalah merujuk kepada manusia.
Jika kita memilih jaringan networking negatif, ia akan menarik keluar kita daripada aura positif, Networking yang negatif, pasti kita akan kerugian besar jika punyai networking sebegini.
Jadi pilihlan kenalan / networking yang positif terhadap produktiviti. Yang membantu kita serta memberikan pulangan dan manfaat bagi diri kita.
Jika kita banyak bergaul dengan mereka yang hanya
menunggu arahan atau yang banyak membuang masa, kita juga akan
berkelakuan sedemikian. Jika kita memilih kenalan yang sentiasa bersedia
untuk merealisasikan idea-idea baru, kita juga akan jadi begitu terikut-ikut aura yang baik.
Hanya semudah itu! Jadi, pilihlah Networking yang positif supaya anda juga menjadi extra positif!
Kometmen SERATUS PERATUS :
Peluang jangan sekali-kali dilepaskan. Komitmen, ya komitmen.. itulah KUNCI KEJAYAAN!!!
Percayalah
sekiranya perkara yang kecil pun kita melakukannya secara main-main,
perkara yang besar juga kita akan melakukan perkara yang sama. jadi sampai bila-bila pun kita tak akan berjaya...
Berikan 100% usaha dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Bukan lari dari masalah.
Perbaharui Matlamat & Azam Setiap Hari :
Matlamat dan azam, bukan hanya perlu diperbaharui setiap tahun, malah lebih baik dibuat setiap hari. Kita tidak sepatutnya menunggu setiap awal tahun, baru terkapai-kapai memikir matlamat baru :P.. itu cara yang salah sama sekali.
Contohilah mereka yang telah yang berjaya, mereka memperbaharui matlamat mereka hampir setiap hari.
Jika separuh
matlamat yang disasarkan sudah dicapai, mereka akan bersedia untuk
meletakkan matlamat yang baru dan perkara ini berulang hampir setiap
hari.
Okelah, Hari ini sudah memasuki zon penghujung Februari, berapa peratuskah matlamat kita yang sudah berjaya dicapai?
Buat yang masih tidur dengan lenanyaa.. mimpi itu takkan jadi nyata jika kita tidak bangun dan usaha ke arah kejayaan..
Pipih takkan datang melayang.. bulat pula takkan datang bergolek..Selamat berjaya semua..
Moga bermanfaat.. Jom kita tingkatkan Potensi, Kualiti & Produktiviti kita.. :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Thanks for reading :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Thanks for reading :D
jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza
dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya
Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi
motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan
akhirat.
amin
Ingin
mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin
menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:
Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
“Creating Healthy
Families…”
....salmiza....
No comments