INFO WAJIB TAHU : VITAMIN B COMPLEX

Assalamualaikum... apakhabar?

Semoga semua pembaca Blog Bonda dirahmati Allah Taala hendaknya.. Baiklah, sharing hari ini adalah mengenai khasiat Vitamin B.


VITAMIN B COMPLEX

Vitamin B complex terdiri daripada 8 komponen Vitamin B. Vitamin B merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsinya dengan baik. 

Berbeza dengan mineral yang tidak mudah rosak, vitamin adalah sangat mudah rosak dan berubah bentuk jika terkena panas atau asid. 

Struktur vitamin akan berubah ketika masuk ke dalam tubuh. Tubuh tidak menyerap vitamin dalam bentuk awal, melainkan diserap dalam bentuk provitamin (vitamin yang belum aktif). 


Vitamin memiliki sifat mudah larut dalam air dan lemak, namun tidak dengan mineral.

Fungsi vitamin dalam tubuh berbeza bergantung kepada jenisnya. Vitamin B sangat terkenal dengan sifatnya yang membantu meningkatkan tenaga dalaman manusia. 


 

Berikut adalah fungsi Vitamin B serta akibat jika badan kita kekurangan vitamin tersebut.


 
VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B1 (Thiamin)
 
FungsI: Membantu proses oksida tubuh untuk memperoleh tenaga dan mencegah penyakit beri-beri
 
Sumber: Kacang hijau, daging, kulit beras, sayuran dan roti
 
Kekurangan vitamin B1 menyebabkan kulit kering dan bersisik serta daya tahan tubuh berkurang

 

VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B2 (Riboflavin)

Fungsi: Pernafasan dalam sel (respirasi selular), menjaga jaringan saraf, dan mempercepat pemindahan rangsang sinaran ke saraf mata.
 
Sumber: hati, telur, susu dan ragi
 
Kekurangan vitamin B2 dapat mengakibatkan turunnya daya tahan tubuh, kulit kering bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah.

 

VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B3 (Niasin)

Fungsi: Membantu pembebasan tenaga daripada makanan dan sintesis asid lemak.
 
Sumber: hati, telur, jamur dan kacang tanah.
 
Kekurangan vitamin B3 mengakibatkan terganggunya sistem pencernaan, otot mudah tegang dan kejang, insomnia, gangguan mental, badan panas, mudah muntah dan mual-mual.


 

VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B5 (Asid Pantotenat)

Fungsi: Membantu metabolisme karbohidrat, protein dan lemak dalam tubuh
 
Sumber:daging, susu, sayur hijau, ginjal, hati dan kacang hijau
 
Kekurangan vitamin B5 mengakibatkan otot mudah menjadi kejang, gangguan emosi/ stress  / kemurungan dan kesukaran untuk tidur.


 

VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B6 (Pridoksin)
 
Fungsi: Membantu mencerna protein dan respirasi selular
 
Sumber: telur, daging, kentang dan kubis
 
Kekurangan vitamin B6 menyebabkan pelagra (kulit pecah-pecah), kekejangan otot dan insomnia (kesukaran tidur)

 

VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B7 (Biotin)

Fungsi: Metabolisme badan, pertumbuhan rambut dan kuku, menurunkan berat badan dan menjaga kadar gula dalam darah.
 
Sumber:: roti gandum, telur ayam, susu, keju, ikan salmon dan kacang-kacangan

 
Kekurangan vitamin B7 dapat menimbulkan penyakit Dermatitis, Hyperesthesia dan Paresthesia, Keratokonjungtivitis, Anorexia, Anemia dan terganggunya fungsi jantung.

 

VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B9 (Asid Folat/Folik) 

Fungsi: Pembentukan sel darah merah, perbaikan DNA, Perkembangan bayi, pembentukan jaringan tubuh, mengoptimalkan fungsi otak, pertumbuhan rambut.
 
Sumber: Daun selada, bayam, asparagus, biji bunga matahari, kacang-kacangan, hati dan kuning telur.
 
Kekurangan vitamin B9 dapat menyebabkan terganggunya fungsi otak, pertumbuhan tulang belakang, cirit birit


VITAMIN B COMPLEX : VITAMIN B12 (Kobalamin)

Fungsi: Pembentukan sel darah merah, pembetukan sel.

 
Sumber: Daging, telur, susu, hati dan ragi (makanan hasil fermentasi)

 
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan anemia (kurang darah) dan mudah lelah / keletihan



RUMUSAN : 

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? 

Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. 

Oleh yang demikian, pengambilan vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.

Dengan pengambilan tablet Vitamin B Complex Shaklee, anda hanya perlu mengambil sebiji tablet sehari untuk mendapatkan keperluan Vitamin B Complex yang seimbang. 

Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji iaitu untuk kegunaan selama 4 bulan. Sangat berbaloi.. 


Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?
hubungi saya..






0 comments:

Post a Comment

ENTRY POPULAR

KENALI BONDA MIZA

KENALI BONDA MIZA
Salam, Saya Bonda Miza. Agak sibuk melayan 3 anak. Kami sekeluarga bahagia membantu ramai di luar sana menambah nilai kesihatan. Saya menyediakan panduan dan bimbingan kepada ramai wanita dan keluarga mencipta kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan kesihatan yang bermula hanya dari rumah. Saya menjemput sesiapa jua yang ingin membina perniagaan kesihatan bersama-sama saya. Saya yakin dan percaya impian besar mampu merubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. Langkah pertama kejayaan adalah bermula dari diri anda sendiri! Tiada yang mustahil, Selamat datang ke laman BondaMiza!

FOLLOW BONDA

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU