.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

MENU KELUARGA - DAGING SALAI ENAK

Share:
Assalamualaikum... 

semoga semua pembaca Blog Bonda Miza, dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah Taala hendaknya..Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat bersama keluarga.. 

Kali ini saya nak kongsi hidangan saya bersama keluarga. Kebetulan dah saya snap beberapa gambar. :D

hari ni saya rasa nak masak yang simple.. Daging Salai yang enak..


baiklah.. mari follow..


STEP 1 : BAHAN-BAHAN MEMASAK DAGING SALAI

senang je nak masak menu ni.. bahan-bahan utama yang kita akan gunakan adalah :

1. Daging salai (tq kak zaharah, hadiahkan sepaket daging salai yang sedap)
2. Bawang besar (2 labu)
3. Cili padi (ikut selera sendiri, kalau nak pedas, masukkan lebih)
4. Sos cili & Sos Tiram.. (1 sudu besar sos tiram, & 2 sudu besar sos cili)
5. Minyak zaitun /biasa (2 sudu)

itu sahaja.. simple dan sangat mudah ..

Jom kita mula memasak.. ! gambar saya ni simple je tau, sebab saya lah juga chef dan sayalah juga jurukamera kat rumah.. hahahah


STEP 2 : SEDIAKAN BAHAN MEMASAK DAGING SALAI

  • Daging salai ini sebenarnya dah siap dimasak dan dihiris nipis, jadi kita hanya perlu ceraikan dia daripada plastik dan terus masuk ke dalam kuali.


  • Hiris bawang dan cili..



STEP 3 : JOM MASAK!

Selepas kuali dan minyak dah panas, silalah

  • Tumis bawang besar hingga wangi.. tapi jangan layu..



  • Kemudian, masukkan daging salai... gaul 


  • agak-agak dalam 2 minit macam tu, masukkan cili padi..


  • kemudian masukkan sos cili dan sos tiram


  • Gaul lagi sehingga betul-betul mesra gituw!



  • Selepas dah rasa macam daging tu dah mesra dengan semua bahan.. maka bolehlah tutup api dan hidangkan.. 
  • resepi ni tak perlu dah nak tambah garam.. perisa daripada sos tiram dan cili dah mencukupi. Dah cukup enak.. :D

STEP 4 : DAH SIAP MASAK, JOM KITA MAKAN DULU\





Hidang dengan nasi panas-panas.. memang lazat teramat.. 

itu sahaja, nak kongsi resipi kali ini.. selamat mencuba yea..



“Be Simply Healthy” 
....Bonda Miza...

No comments