Assalamualaikum...
Apakah strategi dan idea pemasaran yang paling berkesan?
Alhamdulillah...banyak strategi yang telah saya pelajari masa belajar dahulu termasuk dari semasa ke semasa, juga daripada perkongsian dengan rakan-rakan seperjuangan.. termasuk pergaulan dengan ramai kenalan usahawan..
Namun begitu, saya masih mencari mungkin ada strategi yang lebih baik yang belum pernah terlintas difikiran.. :D .. untuk diuji dan dicuba.. mari kita belajar bersama-sama :D
Saya nak kongsikan sikit cerita Kilang Ajinomoto :
Jumlah
jualan Ajinomoto, dahulu sangat berbeza dengan sekarang, kenapa?...
kisah ini dikongsi daripada Datuk Pengerusi PERDA semasa ucapan
pengenalannya dahulu.
"Dahulu
Kilang Ajinomoto mendapat pulangan yang agak lambat.. sememangnya
menghairankan.. jadi satu mesyuarat antara para pegawai atasan dibuat
untuk kenalpasti punca masalah.. semua pegawai tak dapat kenalpasti
masalah, macam-macam idea lah yang keluar daripada mereka tu..semuanya tak leh pakai... jadi si pengarah ni, sambil memikirkan macam mana nak
tingkatkan sales, dia pun terserempak dengan seorang pekerjanya yang
hanya si tukang cuci.. sambil bersembang-sembang, si tukang cuci ni,
bercakap tentang lubang botol ajinomoto itu yang agak kecil, sering tersumbat, jadi
susah nak diguna.. sebabkan itulah, ajinomoto lambat habis.. .. hahaha.. simple betul & slumber ja si tukang cuci tu bagitau, itu saja sebenarnya masalahnya..
so, moralnya : kalau ada jalan pendek yang terbaik, gunakanlah, kalau nak selesaikan masalah, pertimbangkan dengan baik dan himpunkan pendapat. Kekurangan atau kelebihan kita, dapat diukur oleh orang lain.. atau dengan kata mudahnya, pengguna produk @ servis tersebut itu sendiri.. yang paling baik, kita hendaklah selalu berlapang dada menerima teguran dan pandangan orang lain... kadang kala kita tak selalunya betul...
Strategi Dr. Azizan Osman :
7 rahsia pemasaran prinsip Dr. Azizan Osman untuk membangunkan bisnes-bisnes dari
peringkat awal, sehingga ia berjaya mencapai kepada paras yang
menguntungkan.
Rahsia Pemasaran #1 :
Setiap bisnes yang menguntungkan mempunyai strategi pemasaran yang dirancang dengan baik.
Setiap bisnes yang menguntungkan mempunyai strategi pemasaran yang dirancang dengan baik.
Rahsia Pemasaran #2 :
Kempen pemasaran perlu wujud dalam setiap perniagaan yang dijalankan.
Kempen pemasaran perlu wujud dalam setiap perniagaan yang dijalankan.
Rahsia Pemasaran #3 :
Sentiasa cuba pelbagai strategi pemasaran. Apa yang paling penting adalah strategi pemasaran yang digunakan dapat memberikan kesan yang positif.
Sentiasa cuba pelbagai strategi pemasaran. Apa yang paling penting adalah strategi pemasaran yang digunakan dapat memberikan kesan yang positif.
Rahsia Pemasaran #4 :
Kunci pemasaran adalah reminder. Manusia sering lupa. Maka tugas kita dalam pemasaran adalah memberikan peringatan terhadap mereka tentang produk kita (atau dikenali sebagai recall).
Kunci pemasaran adalah reminder. Manusia sering lupa. Maka tugas kita dalam pemasaran adalah memberikan peringatan terhadap mereka tentang produk kita (atau dikenali sebagai recall).
Rahsia Pemasaran #5 :
Maklumat pelanggan sangat penting. Ia dipanggil database. Sekecil-kecil bisnes kita, maklumat pelanggan adalah emas dalam perniagaan.
Maklumat pelanggan sangat penting. Ia dipanggil database. Sekecil-kecil bisnes kita, maklumat pelanggan adalah emas dalam perniagaan.
Rahsia Pemasaran #6 :
Aktifkan kempen dan strategi pemasaran mengikut bajet sedia ada. Gunakan apa yang ada dalam tangan. Lain bajet, lain kaedahnya.
Aktifkan kempen dan strategi pemasaran mengikut bajet sedia ada. Gunakan apa yang ada dalam tangan. Lain bajet, lain kaedahnya.
Rahsia Pemasaran #7 :
Sistem SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) mampu meledakkan keuntungan bisnes dan memantapkan jenama kita. Gunakan sistem SMS yang boleh menggunakan fungsi ‘nama pemilik telefon’.
Sistem SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) mampu meledakkan keuntungan bisnes dan memantapkan jenama kita. Gunakan sistem SMS yang boleh menggunakan fungsi ‘nama pemilik telefon’.
Strategi LUAR BIASA :
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba :
15# Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain :
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan
maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah
maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi
yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma.
Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti
FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang
bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
14# Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa :

Ini
adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan
tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan
pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju
“cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan
anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher
berbuka puasa kepada pelanggan anda.
Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!
13# Berikan kad diskaun atau voucher percuma :

Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia
kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta,
berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan
mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda
menghargai mereka.
12# Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa :
12# Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa :
Ingat,
tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada
pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling
“power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan
anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak
perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3
kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika
anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai
bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
11# Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah :
11# Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah :
Cara
yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan
dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut
untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog,
laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang
kempen anda.
10# Tambah maklumat baru di laman web anda :
10# Tambah maklumat baru di laman web anda :
Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking
laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu
lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti
terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat
melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
9# Blog :
9# Blog :
Sekiranya
anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata
gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi
kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan
mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging
yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau
WordPress kerana ianya adalah percuma.
8# Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda :
8# Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda :
Adakah
anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti
“Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak
tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk
menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda
atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada
anda bila diperlukan nanti.
Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
7# Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda :

Letakkan
nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua
kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya,
Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis
seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk
menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda
dilihat seperti syarikat “besar punya”.
6# Rakamkan video anda di YouTube :
6# Rakamkan video anda di YouTube :
Steve
Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap
kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan
yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.
5# Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga :
5# Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga :
Sekiranya
ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional
di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk
mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka
panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta
meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
4# Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian :
4# Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian :
Sekiranya
anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon
sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang
mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu
mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka
mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan
bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu
menambah nilai perniagaan anda.
3# Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain :
3# Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain :
Hadiah
pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah
lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam
yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo,
atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka
mandi “bersama-sama” anda setiap hari?
2# Minta dan gunakan testimonial pelanggan :
2# Minta dan gunakan testimonial pelanggan :
Manusia
lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat
pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
1# Berikan jaminan wang dikembalikan :
1# Berikan jaminan wang dikembalikan :
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda,
berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak
berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan
menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda
dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya
ianya bagus untuk mereka.
Nanti saya akan kongsikan lagi beberapa tips yang berguna untuk tingkatkan sales.. insyaAllah...
Hari ni saya dibantu semua, suatu masa nanti saya akan bantu yang lain.. InsyaAllah.... bak kata pepatah inggeris "You scratch my back and I'll scratch yours"
Hari ni saya dibantu semua, suatu masa nanti saya akan bantu yang lain.. InsyaAllah.... bak kata pepatah inggeris "You scratch my back and I'll scratch yours"
thanks a lot... ianya cukup baik untuk dikongsi dengan ramai orang...
moga bermanfaat..
Hubungi
saya untuk:
FREE CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
“Creating Healthy
Families…”
....salmiza....
Dapatkan hadiah terbaharu daripada saya.. Ebook edisi tambahan.. Sarat dengan ilmu-ilmu perniagaan dan tip-tip kejayaan yang anda pasti tak terpikirkan...
eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…
Kalau nak tahu, beliau sebelum ini langsung tidak pernah berniaga.. Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak..
Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 3000 pembaca tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma..
boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…
Kalau nak tahu, beliau sebelum ini langsung tidak pernah berniaga.. Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak..
Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 3000 pembaca tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma..
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi
motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan
akhirat.
Amin
MENARIK DIBACA:
- Vivix Rawatan SLE, Diabetes, Strok, Buah Pinggang Dan Kanser
- Vivix Untuk Rawatan Pelbagai Kanser Dan Pencegahannya
- Manfaat Utama Vivix Shaklee
- Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Melawan Penyakit?
- Vivix Untuk Perokok Berhenti Merokok
- Vivix Shaklee Untuk Pesakit SLE
- Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang
- Kesan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee
- Vivix Untuk Kesihatan Warga Emas / Ibubapa Tersayang
- Vivix Bantu Mencegah Nyanyuk
- Kajian Telomere Vivix Shaklee Kepada DNAManusia
- Video Khasiat & Testimoni Vivix Shaklee
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (luka segera sembuh, bertenaga & meriahkan susu badan)
- Manfaat Susu Ibu
- 22 Koleksi testimoni Set Bersalin Menyusu terbaik Shaklee
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Pentingnya Pengambilan Omega Semasa Hamil
- Vitalea Iron Formula Tingkatkan HB Darah
- Pengambilan Vitamin C
- Garlic Complex Melawan Jangkitan Semasa Hamil
- Khasiat ESP Untuk Penyusuan Ibu
- Atasi Bengkak Susu
- Tip Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Program Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
- Kembali Langsing Menawan Selepas Bersalin
- Vivix Shaklee, Rawatan Diabetes, Darah Tinggi, Kanser, SLE & Anti Penuaan Terbaik
Really helpful. terima kasih =)
ReplyDeletehttp://akademiprofesionalstarain.blogspot.my/
ReplyDelete