.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Alamak! duit aku kering, nak pinjam duit boleh!??

Share:
Alamak! baru tengah bulan, duit aku dah kering, nak pinjam duit boleh? ... Antara ayat-ayat yang sering diucapkan oleh ramai orang apabila tiba pertengahan bulan..




Flash back : Kisah Zaman Bujang 

Sebenarnya sebelum berkahwin, saya agak mewah, setiap bulan lebihan duit gaji selepas ditolak semua perbelanjaan dan wang saku ibubapa, ada lebih kurang RM1K ++.  Pada waktu itu, saya tiada apa-apa komitmen, rumah sewa je, saya pula lebih suka pergi kerja dengan bas sahaja.. Memang mewah la sangat kan.. :D

Pada masa itu, terlalu mudah dapat duit, kerja lebih masa banyak, selalu travel sana-sini, jadi elaun pun dah banyak, tak terusik duit gaji pun.. tapi yang paling menyesalnya, waktu itu tak nak berjimat cermat, jadi saving pun tak banyak sangat.... yelah, apa yang nak dirisaukan, bulan depan duit gaji masuk semula.. 

Menyesal betul, kalau boleh dipusingkan masa, simpan RM500 pun setiap bulan, setahun saya dah boleh simpan RM6,000!!.. banyak tu!!!

haih.. masa dah tak boleh diputarkan...

Kisah setelah berkahwin :

Sejak berkahwin, perbelanjaan keluarga pun mula bertambah, ditambah lagi dengan belian rumah baru yang ansurannya RM1+++ sebulan, memang agak parah la.. itu belum termasuk belanja dan ansuran lain..

Memang betullah orang kata, "bila dah kahwin ni, duit diguna lebih banyak dari biasa".. a'aa betul lah tu.. makin besar keluarga kita, makin besarlah belanjanya... Perkongsian gaji antara suami dan isteri memang membantu, tapi makin lama, makin tinggi pula belanja rumah.. Gaji pula naik setahun dalam RM100 je..

Dahulu tu kesilapan saya sendiri, sebab masa bujang tak reti menyimpan secara konsisten.. ada la menyimpan sikit-sikit, bukan tak ada.. sekarang bila dah nak guna wang, habislah dikoreknya... macam kata pepatah ni "bila dah terhantuk, baru nak terngadah.. " .. masa ada, lupa, tak beringat.. bila dah tak cukup, jadi begini, baru nak pening kepala..

Yang ni kisah saya, bagaimana pula kisah orang lain..??  hampir sama juga agaknya kot ..


Kisah sekarang : 

Ada banyak altenatif sebenarnya yang boleh kita buat untuk tambah pendapatan keluarga.
Saya dah bosan hidup dengan keadaan tersepit dan menunggu gaji hujung bulan.. asal dapat gaji je, habis untuk belanja.. Saya pula tak suka ulang2 kerja yang sama.. tak mencabar langsung.. lama-lama boleh sebabkan kita jadi kaku dan lemah dengan kerja yang rutin.. rasa macam nak menjerit ja... "I need challenge!!!"

Tahu, dulu masa kecil-kecil impian saya nak jadi orang bisnes, walaupun masa tu, bukan saya tahu pun apa itu bisnes... kekeke, sebabnya, orang bisnes kan kaya.. mindset masa tu la.. kanak-kanak lagi.. tambah pula, lahir dalam keluarga miskin.. harap orang lain tolong je...

Cita-cita saya besar sungguh : teringat lagi cikgu suruh list dalam report card, kamu nak jadi apa? tulis cita-cita kamu dalam buku tu ya.. jadinya, saya tulis macam ni : "nak berniaga", tak mau jadi doktor, sebab takut, nanti kena bedah orang.. 

Masa tingkatan 3, result bagus la juga, dah dapat masuk kelas sains, saya boleh menangis-nangis pada cikgu, minta tukar kelas, baru seminggu dalam kelas sains tau, alasan sebab tak mau jadi doktor, tak mau bedah katak (fobia).. last-last cikgu tukar kelas perdagangan, tu pun lepas beberapa orang cikgu kaunseling saya, betul ke budak ni nak tukar kelas ni.. 

Saya nak tanya, memang kalau masuk kelas sains, kita kena bedah katak ke??  isk isk.. betul ke??

Tahun lepas, saya pergi satu kursus.. kursus Peningkatan Kendiri, anjuran tempat kerja saya (PERDA).. penceramah itu, namanya Dr. Romzi, dia minta kita senaraikan tarikh lahir termasuk tarikh lahir suami.. Dah macam nak menilik pula, tapi ni bukan nak tilik, nak kaji sikap je.. 

Saya ingat lagi, Dr. Romzi tu bagi tahu, saya mencari kekayaan untuk ditinggalkan pada orang lain.. 

oooo, sekarang baru saya faham apa maksud dia.. Cari kekayaan untuk keluarga, sekurang-kurangnya bila kita dah tiada, kita tinggalkan mereka dengan harta, jadi tak lah meminta-minta. 

Nasihat saya, buat pekak je, biar orang kata, kita pakai baju tak bertukar ke apa. asal kita tahu apa yg kita buat , utamakan dahulu keluarga.. saya pula sangat tak kisah, kalau saya tiada barang emas.. sebab saya dah ada 2, yang ummi hadiah, yang suami hadiah.. :d cukup dah tu bagi saya:D.. apa yang dikejarkan sangat dengan kemewahan melampau.. 

satu lagi nasihat saya : jangan pikir nak tukar kereta saja, bila ada duit.. Maaf kalau kenyataan saya melampau.. saya dah jumpa ramai orang yang suka bermewah-mewah dengan kereta.. tahu tak kereta adalah aset yang merugikan, punyai susut nilai.. pakai kereta ala kadar je sebagai keperluan.. atau setelah segala aset lain kita kumpul,duit dah teralu banyak, barulah pilih kereta mewah.. nak tahu sehingga hari ni, saya tak pernah beli kereta.. sebab saya pegang kata-kata walid saya, beli rumah dulu, baru pikir kereta.. bukan saya tak teringin kereta, tapi belum masanya.. suami saya dah ada kereta.. dah cukup :D

Berbalik pada kekurangan wang menjelang tengah bulan ni.. takkan nak duduk diam saja. Kalau dah tahu setiap tengah bulan je duit 'short'.. tiris dah beg tu, pikir, pikir, pikir apa cara nak buat... janganlah bermalas-malasan lagi..


anak saya, Rania selalu kata : "duit tiada, apa mau buat??" - kakak nak pi shopping juga.. pinjam duit kakak sajalah, kakak ada RM5.00..
huhuhuhu.. malu la, anak pula yang offer duit dia, bukan patutnya terbalik ke?? 

ok.. ok.. tip mudah dari saya, Tips daripada pengalaman saya sendiri:

Tip untuk semua : 

Paling utama : buatlah senarai belian apa yang kita perlu setiap bulan, simpan dan rekodkan perbelanjaan kita secara konsisten.. tahu tak ianya, jadi sangat membantu untuk kita jumlahkan perbelanjaan kita setiap bulan.. bukan hanya syarikat saja perlu ada rekod kewangan, diri kita sendiri pun perlu ada rekod tersebut.. cuba dulu, baru tahu apa hasilnya...

Tips seterusnya : 

1. Cari jalan pendapatan sampingan..

#  Buat kajian pasaran : contohnya di kawasan rumah tu, belum ada orang menjual makanan, mengemas rumah, jaga anak...jual vitamin, jual tudung, jual ais krim malaysia???

dulu kecil-kecil saya berniaga sagon dan kacang pedas - bawa pergi sekolah tau... ais krim malaysia jual dari rumah je.. lepas tu berani pula jual pensel, pemadam dan gam.. tahu je masa sekolah dulu benda-benda tu selalu sangat orang pinjam, tak pulangkan, so saya jual di sekolah.. 

# Jangan cari kerja sampingan makan modal besar.. cuba kecil-kecilan dulu.. (test pasaran)

# Paling bagus, jika kerja itu tak perlu mencari orang, sebaliknya boleh mula dari rumah saja...

2. Kenalpasti kelebihan / potensi diri 

# Ada kemahiran tak?- pandai masak, jahit, mengasuh anak, repair motor??, ajar tuisyen - mana tahu kan.. kalau ada duit lebih , sikit, pergi belajar.. short course cukup la. :D

3. Buatlah kaji selidik..

# Sembang-sembang dengan kawan / jiran tetangga.. apa masalah diaorang.. dari situ, barulah kita tahu apa keperluan dia orang.. 

4. Hebahan

# Kalau nak berniaga, jangan malu... kalau malu sampai bila-bila pun tak maju.. 

# Buatlah banner sikit, letak depan rumah, biar orang yang lalu lalang tu tahu apa yang kita buat..

# Kalau advance sikit, buat kad nama.. atau flyer (yang fotostat saja pun dah cukup)- edar ke kawasan yang terpilih... 

5. Usaha & suci hati

# Jangan sombong dan berlagak dengan orang lain, senyum selalu yea.. (sedekah tu :D)

# Jika tak tahu, jangan malu bertanya / jangan sekali buat-buat pandai..

# Buang sikap hasad dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain 

# Sentiasa semai sikap positif, usaha gigih & cekal, jangan hangat-hangat tahi ayam pula.. 


Oklah itu sahaja tip mudah daripada saya, tip sahaja memang mudah, kalau tak ada usaha nak bergerak, benda mudah pun jadi susah ye... 

Apapun, jangan biarkan hidup kita kekeringan wang dipertengahan bulan.. Sekarang saya sangat berbeza daripada saya yang dahulu, sebab sekarang tiap tengah dan hujung bulan alhamdulillah, mulai bertambah rekezi kami, berkat usaha saya dan keluarga dalam bisnes online ini.. 

Saya doakan, kalian pun akan dapat menjana pendapatan tambahan, kalaupun tak banyak, tapi cukup untuk tambahan bagi perbelanjaan keluarga.. insyaAllah.. 

Kalau buntu, boleh hubungi saya.. insyallah saya cuba bantu.. 

Moga kita tidak perlu lagi menyebut "Alamak! duit aku dah kering, nak pinjam duit boleh?..

Jom kita kejar kejayaan dunia dan akhirat.. moga kita terpaksa jadi 'kaya' dan berjaya...


thanks a lot... ianya cukup baik untuk dikongsi dengan ramai orang...



jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."

Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 
amin 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



“Creating Healthy Families…” 
 


....salmiza....




No comments