Assalamualaikum.. seperti biasa, saya mendoakan semua pembaca blog bonda sentiasa sihat, dan ceria selalu..
Baiklah dah ramadhan pun kita.. Hari ni 2 Ramadhan.. Alhamdulillah, dari semalam saya pun agak sibuk menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.. nampaknya lebih ramai yang akan tak menang tangan bulan ini. Mana nak menyediakan juadah berbuka, menyiapkan kerja, dan macam-macam lagi kan.. bertambah-tambah kesibukan ibu-ibu yang bekerjaya seperti kita.
Memandangkan dah kena temanya, so saya nak kongsikan tip membahagikan masa istimewa untuk para ibu yang super busy, mungkin kita boleh cuba :D
Ramai ibu mempunyai masalah untuk membahagikan masa bersama anak, suami, kerja dan hidup. Baiklah, apa kata kali ni kita ubah sikit rutin harian kita.. Hari ni saya kongsikan 3 tip besar..
TIP 1 BAHAGI MASA : KERJA DOMESTIK / HARIAN
TIP 2 BAHAGI MASA : KERJAYA
TIP 3 BAHAGI MASA : BERSAMA KELUARGA
TIP 1 BAHAGI MASA : KENDALIKAN KERJA DOMESTIK / HARIAN
Kebiasannya, ibu yang bekerja memang tak punya banyak masa untuk mengemas dan menyiapkan kerja harian di rumah. Perlu tahu satu perkara, tak semua kerja perlu dilakukan oleh kita. apa kata bahagikan sedikit kerja tersebut kepada pasangan, anak-anak juga dan bersama penghuni rumah yang tinggal bersama.
Di sini kita bolen mencuba tip berikut untuk jadikannya lebih mudah.. Dah tentu kita akan penat jika semua kerja perlu kita selesaikan pada cuti hujung minggu.. mari kita cuba bahagikan kerja ikut hari. Dalam seminggu kan ada 7 hari ye mula-mula memang nampak sukar, tapi lama-kelamaan insyallah tegar biasa.
Sebagai contoh, kita cuti pada weekend, kita mencuci pakaian pada hari Sabtu, melipat pakaian pada hari Ahad, mencuci bilik air pada Selasa dan berselang-selang hari untuk aktiviti harian lain.
Ajarkan anak-anak kita untuk menjadi ringan tulang, membantu, jika kanak-kanak, mungkin beri kerja yang mudah, contohnya ajarkan mereka mengemas tempat tidur dan menyimpan barang permainan. Jika dah besar tu, biasakan mereka membantu kita di rumah.
Anak lelaki boleh diajar untuk mengemas rumah, membuang sampai, menjemur pakaian. Begitu juga anak perempuan, diajarkan memasak, mencuci pakaian, melipat dan juga membantu anda mana yang perlu. Ajarkan seimbang, maaf saya kata, mungkin budaya kita banyak memanjakan anak lelaki, sehinggakan mengemas tempat tidur, melipat baju sendiri dan mencuci pinggan pun dibuat ibu/ isteri, mari kita pikir-pikirkan..
Dengan cara ini tidaklah kita terlalu penat. jika semua di buat pada hari cuti, jadi bilakah masa untuk kita berehat?
Baiklah ini tip kerja di rumah ..
TIP KERJA HARIAN DI RUMAH :
TIP 1. Kemas 1 bilik/ruang mengikut hari.. (atur jadual ikut keselesaan anda), Jika anak-anak sudah besar, minta mereka bekerjasama.. anak lelaki berilah kerja yang lebih besar dan anak perempuan yang lebih ringan
TIP 2. Masak dalam kuantiti banyak, tetapi tidak membazir, supaya kita boleh bekukan, asingkan mengikut bekas.. bantu anda menjimatkan masa dan tenaga..
(dah lah puasa, jenuh ler tiap kali nak makan je nak kena memasak. Nak senang bekukan sedikit masakan tadi dari awal, asingkan dan jangan diusik, so untuk berbuka / bersahur dah tak perlu memasak, hanya perlu panaskan sahaja.
TIP 3. Kemaskan tempat yang berselerak dahulu, jangan biarkan, mana barang yang tidak perlu terus sahaja buang, jangan simpan lagi.. boleh juga kitar semula atau berikan kepada yang memerlukan. lebih baik daripada terus menyemak dirumah.
TIP 2 BAHAGI MASA : KERJAYA
Bagi wanita bujang atau wanita yang masih belum memiliki anak, dilemma kerja tidak terlalu ketara berbanding wanita yang mempunyai anak.
Setelah melahirkan anak, tekanan pastinya dirasai oleh setiap ibu, tak kiralah sama ada anda ibu bekerjaya, atau suri rumah. Sikit banyak tekanan pasti dirasai juga.
Jangan risau ya, semua perkara ada penyelesaiannya.. insyallah..
Dalam pekerjaan, kita ada 4 jenis masa mengikut jenis kerja.. 4 jenis itu adalah :
1. Waktu kerja Fleksible
Bagi yang bekerja di sektor awam, mungkin anda mempunyai 3 pilihan waktu kerja, 7.30 pagi - 4.30 petang, 8.00 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang..
Begitu juga di sektor swasta, jadi anda perlu selaraskan masa dengan waktu kerja agar anda tidaklah terkejar-kejar kelak..
Bagi suri rumah sepenuh masa, anda boleh selaraskan masa bermula dari seawal jam 6 pagi hinggalah 7 malam bagi aktiviti menghantar anak ke sekolah, memasak, dan menguruskan rumah tangga. Carilah antara 1 ke 3 jam untuk anda membuat kerja harian dan sedikit kerja-kerja rumah.
2. Kerja Dari Rumah : Bagi ibu yang bekerja dari rumah pula
Anda boleh membuat jadual kerja, jadual menjaga anak. Ye bekerja dari rumah ada kalanya perlu keluar untuk urusan kerja luar atau berjumpa pelanggan anda. jadi ada baiklan rancang lebih awal supaya anak / urusan rumah di ambil alih sementara oleh pasangan atau pengasuh anda.
Walaupun anda bekerja dari rumah, tak semestinya anda perlu buat semua perkara dalam masa sehari. adakan jadual sendiri. Saya tahu, kerja yang tak pernah selesai adalah kerja sebagai ibu di rumah.. kerja memang 24 jam.
3. Perkongsian kerja : bagi yang memiliki perniagaan sendiri
Anda boleh berbincang dengan rakan kongsi / rakan kerja anda untuk membahagikan kerja antara anda dan rakan kongsi. ini bermakna saparuh minggu anda akan dapat mempunyai lebih masa untuk urusan dirumah dan anak. Namun begitu, perkara sebegini hendaklah dibincang dengan sebaiknya agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
4. Bekerja Shif
Bagi ibu yang bekerja shif, sememangnya adakalanya merungsingkan tambah-tambah apabila pasangan anda juga turut perlu bekerja pada waktu yang sama. Jadi bermakna anak perlu ditinggalkan kepada pengasuh / nursery tidak tentu masa.
Jika boleh diatur / ditukar suka sama suka bersama rakan kerja, mungkin akan dapat membantu anda meluangkan masa lebih di rumah, atau salah seorang anda akan sentiasa ada di rumah menemani anak-anak. Jadi tidaklah tunggang langgang rumah dan keluarga anda.

Jadi bagaimana nak kurang kan tekanan kerja dan masa sementara anak masih kecil?Bagi ibu yang baru lepas cuti bersalin, pastinya masih baru dan keliru nak mementukan corak kerja dan masa untuk anak juga untuk kerjaya.. rungsingkan?
Jangan risau ya, semua perkara ada penyelesaiannya.. insyallah..
Dalam pekerjaan, kita ada 4 jenis masa mengikut jenis kerja.. 4 jenis itu adalah :
1. Waktu kerja Fleksible
Bagi yang bekerja di sektor awam, mungkin anda mempunyai 3 pilihan waktu kerja, 7.30 pagi - 4.30 petang, 8.00 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang..
Begitu juga di sektor swasta, jadi anda perlu selaraskan masa dengan waktu kerja agar anda tidaklah terkejar-kejar kelak..
Bagi suri rumah sepenuh masa, anda boleh selaraskan masa bermula dari seawal jam 6 pagi hinggalah 7 malam bagi aktiviti menghantar anak ke sekolah, memasak, dan menguruskan rumah tangga. Carilah antara 1 ke 3 jam untuk anda membuat kerja harian dan sedikit kerja-kerja rumah.
2. Kerja Dari Rumah : Bagi ibu yang bekerja dari rumah pula
Anda boleh membuat jadual kerja, jadual menjaga anak. Ye bekerja dari rumah ada kalanya perlu keluar untuk urusan kerja luar atau berjumpa pelanggan anda. jadi ada baiklan rancang lebih awal supaya anak / urusan rumah di ambil alih sementara oleh pasangan atau pengasuh anda.
Walaupun anda bekerja dari rumah, tak semestinya anda perlu buat semua perkara dalam masa sehari. adakan jadual sendiri. Saya tahu, kerja yang tak pernah selesai adalah kerja sebagai ibu di rumah.. kerja memang 24 jam.
3. Perkongsian kerja : bagi yang memiliki perniagaan sendiri
Anda boleh berbincang dengan rakan kongsi / rakan kerja anda untuk membahagikan kerja antara anda dan rakan kongsi. ini bermakna saparuh minggu anda akan dapat mempunyai lebih masa untuk urusan dirumah dan anak. Namun begitu, perkara sebegini hendaklah dibincang dengan sebaiknya agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
4. Bekerja Shif
Bagi ibu yang bekerja shif, sememangnya adakalanya merungsingkan tambah-tambah apabila pasangan anda juga turut perlu bekerja pada waktu yang sama. Jadi bermakna anak perlu ditinggalkan kepada pengasuh / nursery tidak tentu masa.
Jika boleh diatur / ditukar suka sama suka bersama rakan kerja, mungkin akan dapat membantu anda meluangkan masa lebih di rumah, atau salah seorang anda akan sentiasa ada di rumah menemani anak-anak. Jadi tidaklah tunggang langgang rumah dan keluarga anda.
TIP 3 : MASA BERSAMA KELUARGA
Adakalanya kesibukan kerja menyebabkan kita lupa urusan yang lebih penting iaitu anak-anak dan keluarga. ada kalanya kita perlu kerja sehingga lewat malam, atau sehingga seminggu penuh tanpa hari cuti.
Jika anda mempunyai perniagaan sendiri, sepatutnya anda boleh meluangkan lebih masa kerana tiada siapa yang memberikan arahan untuk anda bekerja lebih masa. Anda patut cuba berikan ruang pada diri sendiri untuk berehat bersama keluarga.
Ya sememangnya wang adalah penting. Tetapi jangan lupa, wang yang dicari adalah untuk keluarga. Tiada kualiti kehidupan sekiranya kita hanya menjadi hamba kerja dan hanya mengejar harta.
Jadi ini adalah tip istimewa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan:
Jangan lupa untuk cuba hadir ke setiap aktiviti bersama anak / tadika/ sekolah. Yang paling penting, sekiranya anak anda sakit, pastikan anda selalu di sisinya. Jangan jadikan alasan tiada cuti atau kerja terlalu banyak di pejabat. Anak adalah amanah dan tanggungjawab anda.
1. TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Pastikan kerja tidak mengambil alih hidup anda
Tetapkan masa kerja, seboleh-bolehnya elakkan dari membawa pulang kerja ke rumah. Pastikan masa hujung minggu diguna sepenuhnya bersama keluarga anda atau jika anda terlalu sibuk, peruntukkan masa seperti tengah malam untuk menyiapkan kerja tersebut.
ingat yea, kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja.. besar perbezaannya tu..
2. TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Pastikan satu hari dalam seminggu adalah hari cuti anda
Jauhkan kerja pada hari itu, jauhkan panggilan telefon tidak penting. Bawalah keluarga berehat, atau boleh sahaja melayan keluarga dirumah. Apa yang penting untuk anda adalah berehat pada hari tersebut. Mungkin layan anak bermain congkak atau bermain badminton. :D atau layan ais krim di taman bersama keluarga, seronok kan?
3. TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Luangkan masa pada waktu pagi / petang bersama
Jika anda bekerja sendiri / bekerja dari rumah, anda cuba peruntukan beberapa jam pada awal pagi / petang bersama anak-anak atau bersenam. Bantu siapkan kerja rumah atau uruskan anak anda pada waktu itu. Jadi selepas tengahari, anda dapat fokus pada kerja anda.
Jika rutin sudah diatur sebaiknya, saya percaya anak-anak akan faham dan biasanya selepas tengahari bagi kanak-kanak adalah waktu tidur. jadi anda punya masa lebih untuk urusan kerja anda pada waktu tersebut.
4. TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Jika punya masa terluang, jemput anak dari sekolah / tadikanya
Pastikan anda anda teruja, jika ibu yang datang mengambil. Suprise gitu! adakalanya anak-anak sangat mengharapkan anda untuk menjemputnya pulang dari sekolah. Walaupun tidak setiap hari, namun sekali sekala pun cukup mengujakan mereka.
Pasti mereka tersenyum riang apabila tengok anda berdiri di depan pagar sekolah menjemputnya. Tapi ingat ya, jangan pada waktu tersebut anda pula sibuk melayan telefon, pastikan tumpuan anda hanya pada anak anda. Jadi dapatlah anda berbual mengenai aktiviti di sekolah atau mungkin apa yang di buatnya pada waktu itu.

5. TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Tetapkan masa kerja tamat
Sama ada bekerja dari rumah atau di tempat kerja, anda mesti letakkan masa tamat untuk anda bekerja. Jika jam akhir adalah pada jam 4.30, maka selepas waktu itu, adalah waktu pulang ke rumah dan bukan menyambung kerja hingga lewat.
Apabila waktu kerja telah tamat, maka berhentilah menyemak email, laporan mahupun apa jua kerja berkaitan. Sediakan diri anda untuk pulang ke rumah dengan gembira. Ingat, waktu ibarat air sungai.. ia mengalir berlalu tanpa kita sedari. Begitu juga dengan anak-anak dan keluarga kita, jadi gunakan masa sebaiknya untuk keluarga.
6. TIP ERAT KASIH SAYANG KELUARGA
Tetapkan rutin harian anak dan luangkan masa bersama keluaraga pada hari cuti.
Menetapkan rutin harian agar lebih mudah dan teratur. Sebagai contoh, mandikan anak-anak pada jam 6.00 petang setelah pulang dari kerja. Pada jam 7.00, makan malam bersama-sama dan jam 10.00 adalah waktu tidur. Dengan ini akan mengeratkan kasih sayang, malah anak-anak dan keluarga akan jelas waktu untuk mereka melakukan aktiviti harian di rumah.
Selepas anak-anak tidur, ini adalah waktu bersama pasangan kita pula, mungkin berbual dan bermesra bersama. sesiapa pun tak mengganggu. Insyallah
Untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hari cuti pula, tidak semestinya tiap kali perlu keluar bercuti atau melancong. Apa yang boleh dibuat adalah lakukan aktiviti bersama, contohnya menonton tv, atau bantu anak-anak menyiapkan kerja rumah, mungkin juga berkebun atau berehat sahaja di rumah. Banyak aktiviti boleh dibuat tanpa keluar sebarang kos :D
seronokkan? ia tak perlu keluar kos pun.. apa yang penting semua happy dan dihargai..
so cubalah tip-tip tadi yea.. kalau sesuai feel free to share dengan kawan-kawan yea..
Moga bermannfaat.

Sebagai ibu bapa, masa bersama anak-anak dan pasangan adalah masa yang paling berharga dan tak mungkin kita boleh berpatah balik.. hargailah keluarga kita dengan penuh kasih sayang seadanya mereka.. |
so cubalah tip-tip tadi yea.. kalau sesuai feel free to share dengan kawan-kawan yea..
Moga bermannfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire In Shaklee"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
MENARIK DIBACA:
- Vivix Rawatan SLE, Diabetes, Strok, Buah Pinggang Dan Kanser
- Vivix Untuk Rawatan Pelbagai Kanser Dan Pencegahannya
- Manfaat Utama Vivix Shaklee
- Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Melawan Penyakit?
- Vivix Untuk Perokok Berhenti Merokok
- Vivix Shaklee Untuk Pesakit SLE
- Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang
- Kesan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee
- Vivix Untuk Kesihatan Warga Emas / Ibubapa Tersayang
- Vivix Bantu Mencegah Nyanyuk
- Kajian Telomere Vivix Shaklee Kepada DNAManusia
- Video Khasiat & Testimoni Vivix Shaklee
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (luka segera sembuh, bertenaga & meriahkan susu badan)
- Manfaat Susu Ibu
- 22 Koleksi testimoni Set Bersalin Menyusu terbaik Shaklee
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Pentingnya Pengambilan Omega Semasa Hamil
- Vitalea Iron Formula Tingkatkan HB Darah
- Pengambilan Vitamin C
- Garlic Complex Melawan Jangkitan Semasa Hamil
- Khasiat ESP Untuk Penyusuan Ibu
- Atasi Bengkak Susu
- Tip Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Program Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
- Kembali Langsing Menawan Selepas Bersalin
- Vivix Shaklee, Rawatan Diabetes, Darah Tinggi, Kanser, SLE & Anti Penuaan Terbaik
tips yang bagus ini bonda. salam ukhwah
ReplyDeleteterima kasih puan Miza di atas perkongsian maklumat ini.
ReplyDeletepenting sangat untuk pengurusan ibu yang bekerjaya.