“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”.
Saya pun mula-mula risau, tambah-tambah lagi ada juga rakan-rakan dan saudara saya juga turut hadapi masalah yang sama apabila baby kami mulai masuk usia 9 bulan dan ke atas... teknik ini sangat sesuai diguna untuk ibu-ibu baru pada awal-awal kelahiran. Ada juga ibu-ibu yang mengeluh susunya sedikit, jadi apa kata kita cuba teknik power pumping ini.
Herm.. "Berhadapan situasi ini membuatkan kita terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi terutama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangisan bayi yang disangka tidak cukup susu"
"Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?"
Mendengarnya seakan-akan mudah, namun tidak ramai terutama ibu berkerjaya yang baru melahirkan anak pertama mampu melakukannya dengan jaya. Ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran yang terpaksa dilalui serta kekangan masa yang begitu menghimpit sehingga lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.
Saya petik sikit artikel akhbar, bagus untuk kita baca :
Menurut perunding penyusuan yang juga Pengarah Urusan Lunatots Sdn Bhd, Siti Nur Suraya Mohamed Ali, amat penting wanita yang baru kali pertama mengandung membuat persiapan mengenai ilmu penyusuan dengan menghadiri kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan sama ada badan swasta atau hospital kerajaan. Ini bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai masalah penyusuan agar mereka tidak panik selepas melahirkan anak pertama.
Dalam pada itu, mula berbual dengan rakan sekerja atau saudara-mara yang menyusukan anak secara eksklusif enam bulan pertama dan terus menyusu sehingga usia bayi dua tahun walaupun bekerja.
“Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar cerita kejayaan penyusuan susu ibu wanita lain akan lebih tertarik dan bersikap positif untuk menyusukan bayi berbanding ibu yang tidak pernah langsung mendengar mengenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah,” ujarnya.
Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting.
Jika kelahiran secara pembedahan, mereka perlu dibantu dalam usaha meletakkan bayi pada posisi sesuai untuk penyusuan. Ternyata, lebih awal proses penyusuan susu ibu berlangsung, lebih tinggi kadar kejayaan dan kelangsungan penyusuan susu ibu berlaku.
“Namun begitu, terdapat beberapa keadaan susu ibu sukar dirangsang, antaranya dipengaruhi cara kelahiran bayi. Bayi yang kurang sedar menghadapi kesukaran merangsang susu ibu pada awal kelahiran. Ibu perlu bertenang dan terus cuba menyusukan dan pada masa sama, boleh mula memerah susu bagi merangsang pengeluaran susu ibu,” katanya.
Ibu yang bertenang dan memahami apa yang berlaku akan lebih relaks dan ini merangsang susu ibu dengan baik berbanding ibu yang panik. Pada masa ini sokongan kaum keluarga dan pihak hospital juga amat diperlukan oleh ibu. Ibu boleh mula mengurut lembut payudara dan mandi air panas untuk merangsang pengeluaran susu.
Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.
“Ibu yang melahirkan anak secara normal pula (bukan ditempatkan di NICU), penyusuan secara terus amat penting dan ibu tidak digalakkan mengepam untuk melihat jumlah susu dihasilkan. Tujuan mengepam di hospital hanyalah untuk merangsang pengeluaran susu ibu dan satu hingga dua titik susu awal (kolustrum) sudah mencukupi untuk satu hingga dua jam bayi pada tiga hari pertama,” katanya.
Jelas Suraya, istimewanya susu ibu kerana ia anugerah Allah yang sentiasa berubah kandungannya mengikut keperluan. Susu ibu tidak mempunyai piawaian yang sama seperti susu formula di mana kandungannya boleh ditetapkan manusia.
“Susu bagi bayi yang baru lahir iaitu kolustrum berbeza bentuk, warna dan khasiatnya dengan susu matang. Ia pekat dan berwarna kekuningan dan keluar ketika bayi dilahirkan sehingga tujuh hari pertama dan penuh dengan antibodi sebagai perlindungan pertama usus dan sistem tubuh badan bayi. Campur tangan makanan lain seperti air suam dan susu formula boleh mengganggu proses perlindungan bayi,” katanya.
Sebenarnya bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).
Untuk kesan berpanjangan, semua ibu digalakkan mengambil makanan sihat yang boleh membanyakkan susu ibu seperti halba, lobak putih, sawi dan minuman bermalt serta banyakkan minum air kosong dua atau tiga liter sehari.
Okeh dah baca petikan di atas?? panjang lebar sungguh penerangannya :
Sahabat sekalian, power pumping adalah antara teknik yang sangat dicadangkan bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Masa untuk power pumping sekitar pukul 2 pagi ke atas sehingga sebelum subuh (sebab masa tu pengeluaran hormon prolaktin adalah tinggi) - susu banyak pada waktu itu :D
Kenapa perlu Power Pumping?
1. Untuk stimulasi susu terutama bagi ibu yang menghadapi masalah susu sedikit walaupun kerap mengosongkan payu dara setiap 2-3 jam + air minum yang secukupnya iaitu >3L sehari(dicadangkan berterusan untuk 5- 7hari)
2. Pengeluaran susu yang merundum disebabkan datang period atau stress atau sebab2 yang tidak di ketahui
3. Untuk maintain pengaliran susu yang banyak
4. Membetulkan semula jadual pengepaman susu yang tidak teratur atau ter skip akibat kesibukan di tempat kerja
** Untuk no 3. dan 4. bagi yang benar2 sibuk, maintain seminggu sekali pun dah ok
Terdapat beberapa cara melakukan power pumping ini:
Bagi saya dan ibu lain menggunakan pump manual (untuk single pump) atau kaedah marmet C:
-pam payu dara kanan selama 15 minit
-kemudian pam pula payu dara kiri selama 15minit yang berikutkan
-buat secara bergilir- gilir sehingga cukup 1jam bagi setiap 1 sesi
Bagi ibu yang menggunakan electrical breast pump (untuk double pump ye):
anda boleh gunakan teknik 20 minit ini:
anda boleh gunakan teknik 20 minit ini:
atau menggunakan teknik 20->10 minit ini:
Dan bagi yang menggunakan pam manual, tiada masa rehat ye. Lepas side kanan-->kiri-->kanan semula selama 2 jam.
**
Jangan menaruh harapan yang tinggi selepas 2-3 kali buat teknik power pumping, anda mungkin perlu meneruskannya selama lebih 1 minggu untuk menampakkan hasil kerana semua orang kan beza..
**
Jadi, tiada masalah sebenarnya jika ketika membuat power pumping ini, hanya beberapa titis susu sahaja yang keluar (atau mungkin 'angin' sahaja, kerana perlu dingat: tujuan Power Pumping ini adalah untuk stimulasi otak dan stimulasi payu dara untuk menghasilkan susu.
Tip daripada saya :
1. Berdoalah pada Allah moga dipermudahkan penyusuan
2. Hati mesti tenang (jangan panik dan risau)
3. Jagalah kesihatan dan tidur yang secukupnya
4. Makanlah suplemen dan makanan yang membantu memperbanyakkan susu.
5. Minum paling kurang 3 liter sehari (kekurangan air juga mempengaruhi penghasilan susu badan). Elakkan minuman berkafein seperti kopi, neskafe atau kopi campuran 3/4/5/6/7 dalam satu.
6. Dapatkan sokongan kumpulan penyusuan dan ahli keluarga.
7. Jangan terus ambil jalan mudah dengan memberi campuran susu formula kepada bayi (kerana, bayi mungkin akan keliru puting dan mula menolak untuk menyusu badan secara terus)
Tip daripada saya :
1. Berdoalah pada Allah moga dipermudahkan penyusuan
2. Hati mesti tenang (jangan panik dan risau)
3. Jagalah kesihatan dan tidur yang secukupnya
4. Makanlah suplemen dan makanan yang membantu memperbanyakkan susu.
5. Minum paling kurang 3 liter sehari (kekurangan air juga mempengaruhi penghasilan susu badan). Elakkan minuman berkafein seperti kopi, neskafe atau kopi campuran 3/4/5/6/7 dalam satu.
6. Dapatkan sokongan kumpulan penyusuan dan ahli keluarga.
7. Jangan terus ambil jalan mudah dengan memberi campuran susu formula kepada bayi (kerana, bayi mungkin akan keliru puting dan mula menolak untuk menyusu badan secara terus)
Okeh.. saya doakan yang terbaik untuk anda dan anak-anak anda semua.. Jangan lupa, marilah kita mulakan power pumping... :D
Jika nak, boleh cuba ambil suplemen milk booster Shaklee, atau Set Asas yang memang sangat bagus tau.. :D saya dan rakan-rakan telah ambil hari-hari.. Alhamdulillah, memang membantu..
Jika nak, boleh cuba ambil suplemen milk booster Shaklee, atau Set Asas yang memang sangat bagus tau.. :D saya dan rakan-rakan telah ambil hari-hari.. Alhamdulillah, memang membantu..
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan?
(call/sms/whatsapp/telegram/line)
PERCUMA saya hadiahkan Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”
Buku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA
Sila download dari link ini 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
MENARIK DIBACA:
- Vivix Rawatan SLE, Diabetes, Strok, Buah Pinggang Dan Kanser
- Vivix Untuk Rawatan Pelbagai Kanser Dan Pencegahannya
- Manfaat Utama Vivix Shaklee
- Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Melawan Penyakit?
- Vivix Untuk Perokok Berhenti Merokok
- Vivix Shaklee Untuk Pesakit SLE
- Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang
- Kesan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee
- Vivix Untuk Kesihatan Warga Emas / Ibubapa Tersayang
- Vivix Bantu Mencegah Nyanyuk
- Kajian Telomere Vivix Shaklee Kepada DNAManusia
- Video Khasiat & Testimoni Vivix Shaklee
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (luka segera sembuh, bertenaga & meriahkan susu badan)
- Manfaat Susu Ibu
- 22 Koleksi testimoni Set Bersalin Menyusu terbaik Shaklee
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Pentingnya Pengambilan Omega Semasa Hamil
- Vitalea Iron Formula Tingkatkan HB Darah
- Pengambilan Vitamin C
- Garlic Complex Melawan Jangkitan Semasa Hamil
- Khasiat ESP Untuk Penyusuan Ibu
- Atasi Bengkak Susu
- Tip Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Program Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
- Kembali Langsing Menawan Selepas Bersalin
- Vivix Shaklee, Rawatan Diabetes, Darah Tinggi, Kanser, SLE & Anti Penuaan Terbaik
Tq untuk info yg baik..
ReplyDelete