.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Susu ibu kaedah terbaik menyimpan dan memastikan susu ibu EBM kekal segar

Share:
Pengalaman menjadi ibu sangat mengujakan. Tambahan pula apabila bayi disusukan dengan susu ibu. 


Pernah tak anda pastikan susu ibu yang disimpan segar? dan tahu tak berapa lama ia dapat bertahan?

Saya kongsikan pengalaman saya dengan anda semua.. jom baca!
 
Saya seperti anda seorang ibu yang bekerja, so, masa memang lebih banyak di pejabat. 
Dengan sukacita -<@ saya nak kongsikan kaedah yang saya guna untuk memastikan susu disimpan dan kekal segar sehingga saya kembali ke rumah selepas waktu kerja.

Ada beberapa altenatif penyimpanan susu perahan untuk ibu bekerja macam kita semua: 


1. Simpan dalam peti sejuk (bagi pejabat yang ada peti sejuk), tapi macam mana bagi tempat yang tiada peti sejuk? 


Sudah 3 hari saya perlu kerja 'outstation' di Ipoh. 

Saya sendiri pun tak sangka hotel berbintang ini tiada peti sejuk... 

"Alamak! nak buat macam mana ni? .......

mana aku nak simpan susu nanti?".......

Semuanya dah mula berlegar dikepala.. nasib baik awal-awal lagi saya dah 'spare' cooler box.. cuma perlu keluar ulang alik ke kedai membeli ais kiub tambahan.. merata juga mencari kedai menjual ais. 
Oleh itu altenatif penyimpanan ke 2, sediakan beg sejuk beku atau 'cooler box'
Beg penyejuk ini diguna saya untuk membawa susu ibu balik ke rumah pada hari kerja biasa, Saiznya lebih kecil dan ringan :D, cukup untuk memuatkan 6 botol susu.
cooler box diguna supaya lebih tahan lama jika perlukan perjalanan jauh dan menyimpan susu ibu dalam kuantiti yang banyak

gunakan icepack untuk memudahkan pengendalian ais. tahan sehingga 6 jam, jika perlu menginap dan perjalanan lebih lama, perlu letakkan ais tambahan


susu ibu disimpan bersama ais dan ice pack

Sebenarnya untuk menyimpan susu ibu, gunakan bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. Gunakan beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan. 

Terdapat pelbagai jenama sekarang dan mudah dibeli di kedai bayi. Terdapat dalam saiz penyimpanan 7oz dan 12oz

Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon. Satu lagi cara ialah menggunakan dua lapis beg. Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.

Botol susu (plastik atau kaca) dan beg plastik khas boleh diguna untuk menyimpan susu ibu (ikut kesesuaian bajet masing-masing)

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.

Saya lebih gemar menggunakan pam susu manual kerana lebih mudah dibawa dan tak perlukan sumber elektrik. disamping harganya yang lebih murah 

Setelah susu diperah, anda boleh menyimpan susu ibu:
  • Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F atau 25 darjah C – selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F atau 4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 

  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. 
  • Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Untuk memberi susu ibu pada bayi, pastikan susu beku tersebut dinyahbekukan dahulu, letakkan susu beku tersebut pada ruangan bawah peti sejuk pada bersuhu 4 darjah C selama semalaman atau sehingga susu mencair, barulah boleh dikeluarkan untuk dipanaskan menggunakan rendaman air suam atau menggunkan alat pemanas susu.
Antara alat pemanas susu yang saya gunakan, panaskan pada suhu 40 darjah C, alat ini boleh digunakan dirumah dan di dalam kereta.
Pastikan bayi meminum susu ibu (susu beku yang dinyahbeku) tersebut dalam tempoh 2 jam dari masa susu dipanaskan. Jika susu masih berbaki selepas 2 jam, buang susu tersebut. 

Susu ibu yang segar (tidak dibekukan) pula boleh bertahan sehingga 4 jam apabila dikeluarkan dari peti sejuk.

INGATAN!
jangan sesekali masak atau panaskan susu badan dengan air panas mendidih. atau mencampurkan susu tersebut dengan air panas.

Saya amat berharap perkongsian pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibubapa dalam memastikan setiap susu disimpan dengan kaedah yang betul.
Untuk info yang lebih lanjut mengenai penyusuan ibu, boleh terus ke link ini : Susu Ibu Manfaat sepanjang hayat

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D 
 
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P 

Sila-silah 'like' page terbaharu saya - BONDA SIHAT di www.facebook.com/bondamiza

PROMOSI MEI 2015

Hubungi saya untuk mendapatkan promosi istimewa ini (MEI 2015), dengan pembelian set OmegaGuard Atau Phytocol-ST, beli 6 percuma 1 botol, anda layak :

Keahlian Shaklee seumur hidup percuma

* Bonus ahli
* Pembelian pada harga jimat (percuma 1)

* Vitalea Dewasa bernilai RM94.00* Konsultansi pemakanan suplemen percuma & berterusan
Bimbingan dan tunjuk ajar (bisnes shaklee)
* Jemputan ke Secret Group BondaMiza dan MFMS The Most Happening Shaklee Team In Malaysia

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Pembelian twin pack pada diskaun 5% pun ada.. memang berbaloi :D

Dapatkan hadiah terbaharu daripada saya, Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip KESIHATAN DAN TIP MESTI KURUS..
http://www.bondamiza.com/2015/01/ebook-percuma-now-everyone-can-kurus.html
SILA KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK MUAT TURUN..

Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 
amin  

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
 
Hubungi saya untuk:
CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


“Creating Healthy Families…” 
 
....salmiza....



feel free to share dengan semua.

Moga bermanfaat.

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza


Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 

3 comments: