Antara TIP untuk MENGELAKKAN BAYI TERSEDAK SUSU
Rania Arissa Sayangku.. |
menangis juga saya ketakutan, tapi saya tidak terlalu panik, saya tepuk dan pastikan dia sedikit menunduk supaya susu tersebut keluar dan tidak menyebab dia tertelan kembali..
pucat lesi muka dia, tapi selepas seketika dia menangis dengan kuat.. YA Allah, dia dah boleh bernafas kembali.. pengalaman yang sangat ngeri buat seorang ibu sebenarnya.. nasib juga saya ada membaca & teringat ketika itu, bagaimana nak menangani kanak-kanak tercekik.. saya cuba langkah yang sama..
Bermula saat itu, saya akan betul-betul pastikan baby saya minum tak berlebihan, menepuk hingga sendawa, dan tidak sekal-kali tinggalkan dia bersendiri walaupun sekejap.
Jika nak mandi pun saya akan tarik katilnya sampai ke muka pintu bilik mandi.. Ya Allah, saya sangat fobia dengan kes tersedak susu ni..
Nasihat saya, jangan sesekali biarkan botol susu terus berada dimulut bayi tanpa pengawasan. (ingatlah jangan ambil mudah yea.. melapik bantal dan sebagainya pada bayi , dengan harapan bayi minum sendiri sebab nak mudahkan kerja sebenarnya boleh mengakibatkan anda akan menyesal tak sudah jika sesuatu terjadi. (Bukan sahaja bayi boleh tersedak, malah boleh mati kelemasan akibat tertutup bantal/ kain lampin/ apa jua benda yang memudaratkannya.)
kreatif ke begini??? janganlah JADI IBUBAPA / PENGASUH YANG PEMALAS.. BAYI INI dalam BAHAYA!!! |
Ya Allah minta dijauhkan...
Okeh, di sini saya nak kongsikan tip-tip mengelakkan bayi tersedak
Kalau kita amalkan dan beringat selalu insyallah, bayi kita akan berada dalam pengawasan terbaik.
1. Cuba tinggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi. Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga. Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut.
2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.
3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya.
5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Hal ini kerana tangisan merupakan tanda terakhir bayi lapar. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup. Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu. Habiskan penyusuan di satu payu dara terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun kelihatan tidur (bayi separa sedar). Ketika ini, ibu boleh alihkan bayi ke payudara sebelah lagi sehingga dia betul-betul terlena. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
6. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko muntah. Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.
7. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
8. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein. Jika itu penyebabnya, elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Untuk pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.
9. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang
mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukkan
bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah
kecil). Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah
payu dara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding
lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus
bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih
daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.
10. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul
boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan
sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan
menguatkan ototnya.
Saya doakan yang terbaik untuk anak-anak anda semua.. AMIN
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Dapatkan juga Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya
Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi
motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan
akhirat. amin
feel free to share dengan semua.
Moga bermanfaat.
Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
SENARAI PANTANG LARANG MAKANAN IBU BERPANTANG
SENARAI SEMAK MAKANAN KEPERLUAN IBU BERPANTANG
Assalamualaikum...
Sebenarnya bonda tengah buat housekeeping dalam pc. tiba-tiba terjumpa check list ini.. dah lama simpan.. masih ada rupanya.
ini adalah check list masa saya bersiap sedia untuk menghadapi fasa berpantang pada 2009 dan 2013. Saya kumpulkan semua info dan mudah untuk dirujuk nanti semasa dalam berpantang..
Oleh kerana saya dah jumpa senarai semak ini, ada baiknya saya kongsikan dengan semua bakal ibu. Pastinya senarai semak saya ini dapat membantu mummy sekalian kan ? :D
Herm... apabila tengok balik senarai semak berpantang, teringat pula semasa berpantangkan Rania dan Ruzain.. indahnya pengalaman menyambut bayi comel..
okeh! ini adalah senarai keperlua makanan dan lain-lain yang boleh diambil dan tidak semasa dalam berpantang.
Perlu diingatkan yea, setiap orang tidak sama.
KEPERLUAN MAKANAN SEMASA BERPANTANG
Ini adalah senarai lengkap untuk panduan ibu berpantang tak kira selama 44 hari, 60 mahupun 100 hari. Ada juga yang berpantang lebih sampai setahun 2. semua terpulang kepada pilihan masing-masing.
BOLEH
|
TIDAK BOLEH
| |
AYAM & DAGING
|
Ayam biasa
Burung Puyuh
Burung Merpati
Ayam Hitam
Ayam Didik
Ayam Selasih
Ayam Kampung
Daging Batang Pinang
(daging kurang lemak) Daging kambing (ambil kuantiti sedikit sahaja) |
kurangkan bahagian berlemak.
|
IKAN
Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
Ikan bilis tinggi kalsium Salmon tinggi omega dan DHA |
Haruan
Yu
Selar
Gelama
Jenahak
Merah
Tenggiri
Kurau
Bawal Putih
Senangin
Bilis
Salmon
|
Ikan Kering
Ikan Masin
Keli
Bawal Hitam
Terubuk
Duri
Pari
Sembilang
Parang
Kembung
Tamban
Cencaru
Tongkol
Makanan Laut
(udang/ketam/kerang) |
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu
Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman |
Halia
Serai
Lengkuas
Pegaga
Mengkudu
Ulam Raja
Lempuyang
Jantung Pisang
Daun / Ubi Cekur
Bunga Kantan
Kunyit Hidup
Daun Lemuni Hitam
Daun Kaduk
Daun Sekentut
Daun Kesum
Daun Cemumar
Daun Pudina
Daun Kari
Daun Bebuas
Daun Ruku
| |
SAYUR-SAYURAN /
Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu
Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh. saya suka makan peria :D |
Ubi Kentang
Peria
Sawi
Lobak Merah
Lobak Putih
Brokoli Bayam Kuaci Labu /kuaci bunga matahari (bukan isi labu yea) |
Ubi Kayu
Kangkung
Petola
Terung
Timun
Tomato
Kubis
Saderi
Terung
Sayur Keladi
Pucuk Ubi
Pucuk Paku
Daun Keti (Bunga Putih)
Kacang Panjang
Kacang Botol
Labu
Rebung
Jeruk Maman
Petai
Jering
cili padi / hidup (dilarang makan mentah) |
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. pisang dan kebanyakkan buah sejuk berbisa untuk ibu semasa berpantang. Ada juga boleh menyebabkan kembung dan sebu. |
Buah Anggur
Kurma
Oren sunkis / novel
Epal Merah
Strawberi
Peach
Prune
Kismis
Longan Cina
Blueberry
Walnut
|
Nenas
Limau
Buah Lai
Tembikai Susu
Tembikai Merah
Tembikai kuning
Tembikai Cina
Kiwi
Epal Hijau
Buah Pear
Pisang
Jambu
Belimbing
Durian Belanda
Mangga
Betik
Ciku
Langsat
Nangka
Cempedak
Pisang Masak Hijau
Pisang Nangka
Pisang Embun
Pisang Udang
Ubi Kayu
Ubi Keladi
Sengkuang
Manggis
Macang
Kuinin
Binjai
|
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan |
Biskut
Roti
Nestum
Quaker Oat
Cornflakes
Masakan Panggang
Masakan Rebus
Masakan Kukus
Masakan Bakar
Masakan Salai
Asam Jawa
Asam Keping
Telur rebus
|
Tempe
Burger
Nugget
Sosej
Bihun
Mee
Kuey Teow
Laksa
Ubi
Makanan Laut
Masakan Berminyak
Boleh Tetapi sedikit/Jarang-Jarang
|
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.
Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.
Air madu memanaskan badan.
Air Kopi untuk memberi tenaga, tetapi seeloknya ambil sehari secawan sahaja. Lebihan boleh menyebabkan HB darah ibu rendah. |
Air Suam
Air Pati Kunyit
Jus Pegaga
Air Halia
Air Kopi
Air Manjakani
Jus Halia Kurma
Air Madu
Air Coklat (milo/holick) bancuh suam/panas |
Air Ais
Air Sejuk
Air Teh
Air Bergas
Air Tebu
Air Cincau
Air Kelapa Muda
Air Jus Buah-Buahan Yang Dilarang
|
SENARAI BARANG MASAKAN UNTUK DI BELI
BERPANTANG 44 HARI = 6 MINGGU 2 HARI
BAHAN KERING
BELI UNTUK SEBULAN TERUS
BAHAN
|
KUANTITI
|
LADA HITAM
|
1 PAKET
|
LADA PUTIH
|
1 PAKET
|
KAYU MANIS
|
1 PAKET
|
CENGKIH
|
1 PAKET
|
BIJI KETUMBAR
|
1 PAKET
|
BIJI SAWI
|
1 PAKET
|
BUAH PELAGA
|
1 PAKET
|
BIJI HALBA
|
1 PAKET
|
ASAM KEPING
|
1 PAKET
|
ASAM JAWA
|
2 PAKET BESAR
|
KICAP MANIS
|
1 BOTOL BESAR
|
SUP BUNJUT
|
5 PAKET
|
SUUN
|
3 PAKET
|
GULA KABUNG
|
5 KETUL
|
MINYAK BIJAN
|
1 BOTOL KECIL
|
MINYAK ZAITON
|
1 BOTOL KECIL
|
JINTAN MANIS
|
SUDAH ADA
|
JINTAN PUTIH
|
SUDAH ADA
|
BAHAN MASAKAN BASAH
BELI UNTUK SEMINGGU / 2 MINGGU SEKALI
BAHAN
|
KUANTITI
|
AYAM KAMPUNG
|
2 EKOR / 4 EKOR
|
DAGING BATANG PINANG
|
1 KG
|
IKAN SELAR KUNING
|
1 KG
|
IKAN TENGGIRI
|
1 KG
|
IKAN SELAR
|
1 KG
|
IKAN BAWAL PUTIH
|
1 KG
|
IKAN SENANGIN
|
1 KG
|
IKAN JENAHAK
|
1 KG
|
IKAN MERAH
|
1 KG
|
IKAN KURAU
|
1 KG
|
IKAN HARUAN
|
1 KG
|
NOTA: Bahan di atas harus di asing-asingkan bagi mengelakkan dari dinyahbekukan berulang kali. Contoh: 6 ketul ayam di simpan dalam 1 bungkusan/ 4 potong ikan dalam 1 bungkusan dan seterusnya.
BELI UNTUK SEBULAN TERUS
BAHAN
|
KUANTITI
|
HALIA MUDA
|
1 KG
|
HALIA TUA
|
2 KG
|
KUNYIT HIDUP (ibu kunyit)
|
1 KG
|
LENGKUAS
|
2 KG
|
SERAI
|
15 batang
|
SERAI WANGI
|
15 batang
|
BELI SEMINGGU SEKALI
BAHAN
|
KUANTITI
|
DAUN LIMAU PURUT
|
BELAKANG RUMAH
|
DAUN PUDINA
|
BELAKANG RUMAH
|
DAUN PANDAN
|
BELAKANG RUMAH
|
DAUN PISANG
|
I IKAT
|
SAYURAN DAN ULAM
BELI SEMINGGU SEKALI
BAHAN
|
KUANTITI
|
ULAM PEGAGA
|
BELAKANG RUMAH
|
SAYUR SAWI
|
1 IKAT
|
LOBAK PUTIH
|
3 BATANG
|
LOBAK MERAH
|
2 BATANG
|
UBI KENTANG
|
5 KETUL
|
SAYUR BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG
UBI KENTANG
|
PERIA
|
LOBAK PUTIH
|
SAWI / BAYAM
|
LOBAK MERAH
| BROKOLI |
ULAM BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG
PUCUK PEGAGA
|
DAUN CEKUR
|
DAUN KESUM
|
PUCUK MENGKUDU
|
DAUN TURI
|
DAUN PUDINA
|
PUCUK ULAM RAJA
|
DAUN LEMUNI HITAM
|
DAUN BEBUAS
|
LEMPUYANG
|
DAUN KADUK
|
DAUN RUKU
|
JANTUNG PISANG
|
DAUN SEKENTUT
|
DAUN CEMUMAR
|
Mudah-mudahan info yang saya kongsikan di sini memberi seribu manfaat untuk semua ibu.
Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada GAMBAR di bawahuntuk bacaan selanjutnya):
Kepentingan Suplemen Semasa hamil (Set mengandung Shaklee) |
Testimoni para ibu Shaklee |
Suplemen Shaklee selepas melahirkan (Set Bersalin & Menyusu Shaklee) |
Persiapan Berpantang Moden & Tradisional |
Koleksi resepi minuman berpantang |
Petua Berpantang Ibu Ceasarean |
KESIMPULAN :
Mudah-mudahan info yang saya kongsikan disini memberi jutaan manfaat untuk semua ibu.
Setiap apa jua makanan yang kita ambil pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, adalah amat penting untuk berpantang dengan sebaik-baiknya. Ingat yea, Kesihatan amat berharga. Mencegah daripada mengubati.
Setiap apa jua makanan yang kita ambil pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, adalah amat penting untuk berpantang dengan sebaik-baiknya. Ingat yea, Kesihatan amat berharga. Mencegah daripada mengubati.
Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi info keibuan, kaedah dan tip-tip seterusnya, jemput scroll di bawah :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
~Be Simply Healthy
KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN
SAYA BELUM JADI AHLI SHAKLEE?
SAYA BERMINAT JADI AHLI SHAKLEE & BUAT BELIAN SUPLEMEN, APA PERLU SAYA BUAT?
SAYA BERMINAT JADI AHLI SHAKLEE & BUAT BELIAN SUPLEMEN, APA PERLU SAYA BUAT?
Atau boleh gunakan ID saya 963856 (SHARIFAH SALMIZA SYED HAMID) sebagai SPONSOR semasa pendaftaran ahli, untuk melayakkan anda nenyertai keluarga besar Shaklee kami di bawah BONDA MIZA & MFMS MILLIONAIRES IN SHAKLEE EMPIRE, The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!
Moga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca. Bonda doakan semoga pembaca kesayangan bonda sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berkekalan. Insyallah
'Be simply healthy'
Your Trusted Shaklee Leader & Distributor
Your Trusted Shaklee Leader & Distributor
Master To Be Bonda Miza Nazril
"Founder Of BondaMiza Millionaire In Shaklee"
012 585 2034
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
LAIN-LAIN BACAAN MENARIK:
- Servis Penjagaan ibu dalam berpantang (confinement care)
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (Luka Segera Sembuh, Bertenaga & Meriahkan Susu Badan)
- Manfaat & Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- 22 Koleksi Testimoni Set Bersalin Menyusu Terbaik Shaklee
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Hamil Dengan Kencing Manis (GDM)
- Hamil Dengan Kencing Manis (Insulin)
- Herba-Herba Berkhasiat Buat Wanita Berpantang
- Kepentingan Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Minuman Wajib Cuba Semasa Pantang Bersalin
- Bertangas meningkatkan Kesuburan
- Atasi Kentut Vagina
- Atasi Bengkak Susu
- 11 Petua Banyakkan Susu Badan
- Kaedah Power Pumping – Mengalakkan Penghasilan Susu
- Ketahui Jenis Suntikan Pencair DarahSelepas Bersalin
- Fibriod & Cyst, Rawatan DanPencegahan Dengan Vivix
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Bahaya Meroyan
- Bahaya Jangkitan GBS Semasa Hamil
- Waspada Sawan Mengandung (Pre Eclampsia)
- Manfaat Susu Ibu
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Khasiat Esp Untuk Penyusuan Ibu
- Jangkitan Kulat Pada Lidah Bayi
- Tambah Berat Kanak-kanak & Dewasa
makasih atas sarannya dan saya berterima kasih atas artikel yang telah ditulis
ReplyDelete