Nota Khas TERMA & SYARAT: Pekej Penjagaan Berpantang Pelanggan :
A) Tempahan awal (1-3 bulan sebelum tarikh jangka bersalin) amatlah digalakkan.
B) Setiap sesi dibuat secara lawatan harian / berselang / berkala bergantung kepada jenis pekej yang diambil dan persetujuan / permintaan pelanggan dan CL. (tertakluk kepada kekosongan slot)
C) TEMPOH SERVIS : Masa servis bergantung kepada pekej yang dipilih.
Kebiasaannya antara 1 hingga 4 jam. Pengiraan selepas tempoh masa servis
kebiasaan akan dikira (OT) caj lebih masa berkadaran RM15/ jam.
Servis CL terlatih hanya meliputi pengurusan ibu berpantang sahaja.
CL TIDAK MEMBERIKAN khidmat pembantu rumah (menyapu, mengemas, mencuci rumah/ mengemop / melipat & mencuci pakaian atau pinggan mangkuk, menjaga anak-anak/ orang tua & menyediakan makanan untuk seisi keluarga)

D) KOS PENGANGKUTAN / MOBILE & TOL : Setiap pakej, kos perjalanan adalah RM10 - 15.00 sehari (termasuk kos tol/ jambatan - jika ada). Setiap pekej telah termasuk kos perjalanan.
Sekiranya berlaku pertukaran lokasi berpantang asal semasa tempahan, maka pelanggan perlu membayar tambahan kos perjalanan tersebut. (sekiranya ada). Contohnya, Perjanjian awal akan berpantang di Pulau Pinang, dan pada saat akhir ditukar berpantang di lokasi lain : contohnya Sungai Petani. Maka kos perjalanan CL ke Sungai Petani tadi akan dikira dan perlu dibayar oleh pelanggan (pergi/balik).
Pertukaran lokasi adalah tertakluk kepada kesediaan CL bertugas / kekosongan slot dan lokasi perjalanan.
E) BAHAN KEPERLUAN IBU & BAYI : Rempah-ratus dan herba untuk param/ pilis/ bertungku/ mandi herba / mandi bunga / lulur / tangas / urutan akan disediakan oleh CL berdasarkan pekej yang dipilih.
BAHAN YANG TIDAK DISEDIAKAN ADALAH BENGKUNG IBU, JAMU, SUPLEMEN & BAHAN-BAHAN KEPERLUAN BAYI (mandian, minyak, bedong/ barut, tungku bayi) hendaklah disediakan sendiri oleh pelanggan.
BAHAN YANG TIDAK DISEDIAKAN ADALAH BENGKUNG IBU, JAMU, SUPLEMEN & BAHAN-BAHAN KEPERLUAN BAYI (mandian, minyak, bedong/ barut, tungku bayi) hendaklah disediakan sendiri oleh pelanggan.
F) PENGURUSAN BAYI : servis yang diberikan adalah memandikan, tuam / urutan bayi / memakaikan barut & baju. Harap maklum , Barang keperluan bayi (Sabun, minyak, tungku bayi, barut, besen dan lain-lain) hendaklah disediakan oleh pelanggan. CL TIDAK menyediakan khidmat penjagaan bayi dan penyusuan bayi.
G) MASAKAN BERPANTANG : bahan mentah (ikan/ayam/sayur/rempah ratus) untuk memasak hendaklah disediakan/dibeli oleh pelanggan.
Bahan masakan akan dimasak (di rumah pelanggan) berdasarkan bahan mentah yang disediakan sahaja. Masakan adalah untuk keperluan seorang ibu, untuk 2 kali makan (tengahari & malam).
Pelanggan hendaklah memastikan bahan (periuk/ belanga/ sudip/pisau/ dapur / gas dan lain-lain) disediakan dan boleh digunakan untuk memasak. Sekiranya ibu mempunyai masalah untuk menyediakan bahan di atas, sila maklumkan dan perbincangan lanjut dengan pihak BersalinPlus.

H) PENGESAHAN TEMPAHAN : tempahan hanya dikira sah setelah bayaran deposit sebanyak 30% dibuat.
I) PEMBAYARAN PENUH : (termasuk kos mobile tambahan – jika ada) hendaklah dijelaskan pada hari pertama (bagi pekej sehari hingga 7 hari) dan dalam tempoh LIMA HARI PERTAMA bagi pekej 10 hari dan ke atas. Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pihak BersalinPlus berhak untuk memberhentikan servis buat sementara / menamatkan servis sekiranya tiada bayaran dibuat oleh pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan.
J) Pihak kami juga BERHAK UNTUK mengantikan servis yang sama harga sekiranya berlaku kekurangan / kesilapan PEKEJ atau ketiadaan servis berkenaan pada tarikh dijanjikan. Sekiranya hari servis jatuh pada hari cuti Umum, maka servis tersebut akan digantikan pada hari kehadapan untuk melengkapkan pekej tersebut.
K) PEMBATALAN TEMPAHAN : SILA AMBIL MAKLUM, DEPOSIT YANG TELAH DIBAYAR ADALAH DIKIRA HANGUS DAN TIDAK AKAN DIPULANGKAN sekiranya pelanggan membatalkan tempahan. Deposit 10% hanya akan dipulangkan semula hanya sekiranya pelanggan tidak dapat menerus servis disebabkan oleh sakit tenat selepas bersalin (dengan pengesahan doktor sahaja) atau kematian pelanggan itu sendiri.
L) Semua data pelanggan yang berdaftar adalah dijamin kerahsiaannya. ianya hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran dan promosi daripada BondaMiza dan BersalinPlus sahaja.
"Dengan pembayaran deposit, maka pelanggan dianggap bersetuju dengan pekej dan menerima semua syarat di atas tanpa ragu."
istimewa buat ibu-ibu di luar sana, hubungi bonda miza di talian :
untuk tempahan anda
No comments