.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

PANDUAN OPTIMUMKAN FUNGSI MINDA IQ ANAK

Share:
Assalamualaikum semua pembaca blog Bonda, Apa Khabar? bonda doakan pembaca blog bonda dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia dunia akhirat. amin..

Baiklah, hari ni saya nak kongsi beberapa tip untuk optimumkan eksplorasi otak anak-anak kita. 

PANDUAN MENGOPTIMUMKAN FUNGSI OTAK BAYI & KANAK-KANAK

Sebagai ibu bapa, kitalah yang memainkan peranan yang sangat besar dalam merangsang otak anak-anak. Otak yang sihat memerlukan aktiviti fikizal dan diet yang seimbang untuk terus menggalakkan hubungan antara sel-sel. 



Semasa di lahirkan, manusia memiliki berbilion / trilion neuron dan sinaps. Seiring dengan peningkatan usia neuron dan sinaps boleh menurunkan jumlahnya bergantung pada gaya hidup sama ada aktif atau sebaliknya. 



Tak tahu bagaimana? boleh lah cuba idea-idea berikut ya : 

SENAMAN & AKTIVITI FIZIKAL

Senaman dan aktiviti fizikal amat penting dalam kesihatan otak. Aktiviti berbentuk kardiovaskular merangsang penghasilan neuro yang baru. Antara aktiviti yang sihat salah satunya dengan beriadah boleh jadi riadah di rumah dengan bermain atau olahraga. Boleh juga bermain bola, badminton, berbasikal atau berkebun dan jika bosan di rumah, bolehlah bawa anak-anak ke taman permainan. Ada banyak aktiviti yang anda sekeluarga boleh terokai. 


PASTIKAN ANAK KEKAL AKTIF & BINTERAKSI SOSIAL

Salah satu cara untuk memastikan anak aktif adalah dengan mengalakkan mereka bersenam. Bersenam merupakan salah satu cara untuk meningkat daya ingatan anak-anak. Bersenam boleh dibuat dalam pelbagai cara termasuklah permainan fizikal dan olahraga. 

Ia akan merangsang emosi dan minda anak-anak untuk menjadi gembira, bijak menafsir, taktikal dan bertenaga. 



Permainan yang boleh dianjurkan ada banyak,dan hendaklah dipilih berdasarkan tahap usia dan keselamatan hendaklah dititik beratkan. Apa jua bentuk mainan yang kita galakkan anak bermain, pastikan permainan yang mereka main memberi manfaat untuk IQ minda dan diri mereka. Insyallah, jadi biarkan mereka bermain.

Melalui permainan dan pendedahan anak-anak kepada rakan sebayanya akan menjadi mereka lebih mudah berikteraksi, bertutur dengan lebih lancar dan berkeyakinan. 


TINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR


Kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. 

Kemahiran motor merupakan kemahiran (tindakan-tindakan) yang melibatkan pengawalan otot-otot anak. Ia dikategorikan  sebagai KEMAHIRAN MOTOR KASAR iaitu pergerakan besar yang dibuat menggunakan tangan, pergelangan tangan, kaki dan tapak kaki. 

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Kemahiran motor kasar adalah satu kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya contohnya merangkak, berlari dan berjalan. 



Selain itu, KEMAHIRAN MOTOR HALUS pula melibatkan koordinasi pergerakan otot jari jemari, bibir dan lidah dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Pergerakan motor halus merupakan tindakan kecil melibatkan manipulasi memegang objek dengan jari dan ibu jari.



Berikut adalah jadual perkembangan motor mengikut usia anak-anak yang berumur satu hingga 2 tahun. Suka bonda ingatkan jadual ini hanyalah panduan asas dan tidak semestinya tepat bagi setiap anak kerana setiap anak dilahirkan dengan keunikan mereka tersendiri. 


KEMAHIRAN MOTOR KASAR DAN HALUS
SEDIAKAN RUANG KHAS 

Sebaiknya anak-akak disediakan ruang yang sesuai dengan keperluan, keselamatan dan persekitaran untuk mereka bermain, berehat dan belajar.

Tak perlulah ruang yang besar, sekadar atas kemampuan, memadailah ruang yang ada itu selamat dan sesuai untuk anak-anak bermain. 



Jika ibu bapa ada kemampuan, bolehlah sediakan ruang atau bilik khas yang lebih selesa, eksklusif dan besar dengan pengisian permainan yang sesuai dengan usia anak-anak anda bermain. 



PERBANYAKKAN MATERIAL PEMBELAJARAN & PERMAINAN

TIP UTAMA : Pilihlah mainan yang tepat dan sesuai dengan perkembangan usia anak anda. Elakkan mainan komponen dan berbahaya kecil bagi anak berusia 3 tahun ke bawah. memastikan mainan selamat adalah prioriti utama untuk anak anda.

Bermain adalah komponen penting dalam perkembangan minda dan motor anak-anak. Ia membantu mengembangkan dan menguasai fungsi badannya termasukan pertuturan dan kosa kata. Rangsangan seperti melatih anak menggunakan otot, seperti bermain kejar-kejar, menyusun blok, susun puzzle dan bermain masak-masak.


Perbanyakkan permaianan berjenis blok dan suai susun. Mainan seperti pemainan blok dan puzzle dapat meningkatkan kemampuan pemikiran anak dan memungkinan anak memahami cara penyelesaikan sesuatu masalah dan jalan keluar. 



PERBANYAKKAN AKTIVITI MENEROKA  



Bawalah anak-anak beriadah, contohnya memancing, menangkap ikan, bermain pasir di pantai. Aktiviti ini akan membentuk anak-anak bersifat sabar, bijak bertanya, berkomunikasi dengan lebih baik dan kreatif. 




RANGSANGAN DERIA 

Anak dengan permainan seperti kejar mengejar atau bermain sorok-sorok. Tambahkan keseronokkan dengan menwujudkan imaginasi pengembaraan anak-anak seperti bermain olok-olok menjadi haiwan atau naga yang menghembus api. 



Permainan ini boleh juga dibuat di dalam rumah dengan membahagikan bilik. Satu bahagian bilik adalah bermusim salji dan bilik lain mungkin adalah lautan. Berpura-pura sejuk jika masuk ke ruangan salji dan berenang jika di lautan dan sebagainya. Permainan sebegini bukan sahaja menyeronokkan untuk seisi keluarga malah membantu mengeratkan hubungan.  Banyakkan aktiviti melompat dan berlari. 


Menaiki buaian dan menunggang basikal membantu mengembangkan koordinasi dan imbangan duduk dengan lebih baik. Boleh gunakan basikal 2 atau 3 roda mengikut usia anak anda. Anda boleh temani anak dengan berjalan bersama atau berjoging. Pastikan keselamatan anak-anak diutamakan.



MENGASAH BAKAT SENI ANAK-ANAK 

Anak-anak dilahirkan unik dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Ada anak yang lebih kreatif dan ada anak yang berjiwa halus.  Kebanyakkan ibubapa tidak pasti mana satu kegemaran anak-anak.



Tip kenalpasti bakat seni anak : Ibu bapa boleh membuat pemerhatian dengan beri mereka peluang melukis, mewarna, menyanyi, hafazan quran, menari dan sebagainya.  Anak-anak bonda pun sama, si kakak lebih cenderung untuk menulis dan menceritakan kisah-kisah melalui penulisan cerpen. Si adik lebih suka untuk mencipta dan meneroka rekaan benda baharu  Ibubapa bolehlah mewujudkan hobi untuk anak-anak masing-masing. 



Beri peluang kepada anak-anak untuk memilih dan mengekspresikan minat mereka. Usahlah hadkan pilihan mereka. Kelak nanti lihatlah hasilnya. Tugas ibu bapa memberikan bimbingan yang betul. 

Selain menwujudkan hobi dan kegemaran, kemahiran menguasai banyak bahasa turut membantu meningkatkan iq anak-anak. Otak anak-anak sentiasa berkembang dan mudah untuk menyerap ilmu. Kemahiran menguasai lebih dari satu bahasa membantu meningkatkan keyakinan diri anak-anak dan memberi ruang interaksi sosial anak-anak. 



BIMBING ANAK AGAR TERTARIK DENGAN BUKU



Kebolehan berbahasa sangat bergantung kepada reseptif anak. Cuba tarik perhatian anak anda dengan buku yang bewarna warni dan ceritakan isi buku tersebut dengan suara yang jelas. Sekarang terdapat pelbagai buku dipasaran termasuklah buku yang boleh menafsir pelbagai bahasa.  

MAHIRKAN ANAK DALAM KEMAHIRAN KEHIDUPAN HARIAN 



Melibatkan anak-anak dalam kemahiran kehidupan harian dan membuat kerja-kerja rumah yang mudah. Sebagi contoh, memberi peluang anak untuk makan sendiri apabila berusia 15 bulan dan ke atas. Ibu bapa juga boleh libatkan anak-anak dalam membantu penyediaan makanan. Jika makanan tertumpah, ajarinya cara untuk membersihkan. \

Cara ini bukan sahaja dapat pertingkatkan skil motor anak-anak, malah menjadikan anak lebih cepat berdikari dan bijak. 

SENTUHAN & KASIH SAYANG KELUARGA

Semuanya berbalik kepada kasih sayang dan perhatian ibubapa / keluarga. Tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar sangat penting. Anak-anak melalui fasa emas pertumbuhan mereka sehinggalah bermula usia bayi sehinggalah meningkat remaja.  



Kasih sayang menyumbang kepada perkembangan minda yang mantap dan sahsiah yang baik. 

PEMAKANAN DAN REHAT SECUKUPNYA


Pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi merupakan salah satu faktor perkembangan minda dan iq yang optimum dikalangan bayi dan kanak-kanak. Di negara kita, 9/10 kanak-kanak membesar dengan kurang nutrisi penting seperti vitamin A, D Kalsium dan zat besi. Perhatikan anak-anak jika mereka
  • Kurang selera makan 
  • Tidak mendapat khasiat seimbang
  • kanak-kanak yang mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. 
  • Anak yang kurang minum susu
  • Anak yang tidak suka makan sayur dan buah-buahan (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)

Untuk memastikan anak mendapat khasiat secukupnya, berikan anak-anak menu diet rendah karbo, air yang mencukupi dan serat yang tinggi. Elakkan memberi anak-anak makanan ringan dan gula berlebihan.  Sebaiknya disyorkan anak-anak diberikan nutirisi lengkap termasuklah multivitamin dan pengambilan omega-3 untuk minda dan badan yang lebih sihat. 

Kesimpulannya, Ibubapa prihatin, anak cemerlang. Melihat anak-anak membesar dengan sihat dan berjaya adalah matlamat semua ibubapa. Jadikan anak-anak pelaburan yang berharga di dunia dan di akhirat. insyaAllah

Anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua? Sila-silalah kongsi entry ini yea

BondaMiza 
Be Simply Healthy~

 

ANDA MENCARI BISNES YANG MODAL RENDAH DAN MUDAH? SIAPA BOLEH BUAT BISNES SHAKLEE?

Sesiapa saja bertaraf warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Berminat untuk mulakan perniagaan  Shaklee ? jom contact Miza

 

boleh hubungi bonda miza / whatsapp terus bonda di talian 
 

🌟7 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE BERSAMA TEAM MFMS🌟

Nak tahu kenapa saya dan ramai yang lain pilih buat bisnes Shaklee bersama team MFMS?

✅ 1. Produk Shaklee TERBUKTI SELAMAT & BERKESAN lebih 100 TAHUN.
    
✅ 2. Company Shaklee sangat STABIL & KUKUH sejak tahun 1956.
    
✅ 3. Produk Shaklee ada PERMINTAAN TINGGI di Malaysia, market luas dan mudah dipasarkan.
    
✅ 4. Bisnes Shaklee adalah bisnes NETWORK MARKETING PERTAMA DI DUNIA.
    
✅ 5. Bisnes Shaklee boleh DIWARISKAN kepada anak cucu kita.
    
✅ 6. Dalam Team MFMS dah ada ILMU & MENTOR yang betul dan PROVEN SUCCESS.
    
✅ 7. MODAL RENDAH & PULANGAN TINGGI.

Nak tahu lebih detail?
Jom tonton video bersama Masters Founder Team MFMS:-

http://bit.ly/WhyShakleeMFMS

Dah habis tonton?

Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=963856
 
 Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
 

 
 BondaMiza Nazril
Team MFMS Empire
 




Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :

Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee



MENARIK DIBACA: 

No comments