APA ITU PENYAKIT DARAH TINGGI / HIPERTENSI?
Hipertensi atau tekanan darah
tinggi adalah dimana tekanan darah pada dinding arteri (pembuluh darah)
meningkat. Tekanan darah tinggi dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana
gejalanya tidak kelihatan dengan jelas.
Satu-satunya cara untuk mengetahui kita mempunyai tekanan darah tinggi adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Digalakkan seorang dewasa melakukan pemeriksaan setiap setahun sekali.
APAKAH SIMPTOM / GEJALA TEKANAN DARAH TINGGI
- Sakit kepala atau pening
- Jantung berdebar
- Penglihatan kabur
- Keletihan
- Kencing berdarah
BAGAIMANA UNTUK MENGUKUR
TEKANAN DARAH?
Kekuatan darah dalam menekan
dinding arteri ketika dipam oleh jantung ke seluruh tubuh akan menentukan
ukuran tekanan darah.
Tekanan yang terlalu tinggi akan
membeban arteri dan jantung, tekanan yang terlampau tinggi akan menyebabkan
risiko mengalami serangan jantung, stroke atau masalah buah pinggang.
Pengukuran tekanan darah dalam
takaran merkuri per milimeter (mmHG) dan dicatat dalam dua bilangan, iaitu
tekanan sistolik dan diastolik.
Tekanan sistolik adalah tekanan
darah saat jantung berdegup mengepam darah keluar. Sedangkan tekanan diastolik
merupakan tekanan darah saat jantung tidak berkontraksi (fasa rehat). Saat ini
darah yang baru saja dipam keluar jantung (tekanan sistolik), berada di
pembuluh arteri dan tekanan diastolik juga menunjukkan kekuatan dinding arteri
menahan laju aliran darah.
Bacaan tekanan darah 130 per 90
atau 130/90 mmHG, bererti anda memiliki tekanan sistolik 130 mmHg dan tekanan
diastolik 90 mmHg. Angka normal tekanan darah adalah yang berada di bawah
120/80 mmHG.
Anda akan dianggap mengidap
hipertensi atau tekanan darah tinggi jika hasil dari beberapa kali pemeriksaan,
tekanan darah kekal mencapai 140/90 mmHg atau lebih tinggi.
APAKAH FAKTOR RISIKO
MENGIDAP HIPERTENSI / DARAH TINGGI & JANTUNG?
Seiring bertambahnya usia, potensi
risiko mendapat darah tinggi akan meningkat. Berikut adalah faktor risiko
tekanan darah tinggi :
- Kerap mengambil banyak garam & berminyak
- Mempunyai berat badan berlebihan
- Memiliki keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi
- Kurang makan buah dan sayuran
- Jarang bersenam
- Minum terlalu banyak kopi (atau minuman lain yang mengandung kafein)
- Minum minuman keras / arak
- Stress
Jika dibiarkan darah tinggi terlalu
lama tanpa rawatan, ia akan menyebabkan komplikasi teruk sehingga boleh membawa
maut. Pesakit darah tinggi berisiko tinggi mendapat strok dan masalah jantung.
Tekanan darah tinggi juga boleh
menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga jantung terpaksa
bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Keadaan ini akan
menyebabkan jantung semakin hari menjadi semakin lemah.
Satu lagi komplikasi ialah berlakunya
bengkak di saluran darah utama aorta. Salur darah ini membawa darah yang padat
kandungan oksigen dari jantung ke seluruh organ tubuh. Pembengkakan aorta
dipanggil aneurisme.
Aneurisme ini kadangkala boleh
menyebabkan aorta terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak hingga
ke peringkat membawa maut.
ANTARA MASALAH YANG LAIN YANG AKAN TIMBUL AKIBAT DARAH TINGGI
ADALAH:
- Rosaknya pembuluh darah
- Serangan jantung
- Rabun / buta mata (akibat salur darah halus di mata pecah)
- Kegagalan buah pinggang
- Degupan jantung tidak stabil (kerap berdebar / pening/ sesak nafas)
Walaupun mempunyai faktor risiko
diatas, kita masih boleh berusaha untuk lebih sihat dengan mengamalkan
pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.
Mencegah penyakit lebih mudah dan
murah jika dibandingkan dengan rawatan.
Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat, kerana itu,
pencegahan sebaiknya dilakukan seawal mungkin.
Jika hipertensi ini dibiarkan
tanpa sebarang ikhtiar, komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku.
Selain mengamalkan gaya hidup
sihat berikut:
- Makan makanan sihat (kurang garam, lemak & gula)
- Pengambilan suplemen termasuk multivitamin & Omega 3
- Kurangkan pengambilan garam dan kafein
- Berhenti merokok
- Bersenam
- Menurunkan berat badan
- Tidak mengambil minuman keras
VIVIX
SHAKLEE IKHTIAR UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Makluman awal, Vivix adalah suplemen dan tidak berfungsi sebagai ubat. Vivix Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni adalah hasil positif peribadi pengguna Vivix itu sendiri dan kesannya mungkin berbeza setiap individu.
Pengambilan vivix adalah sebagai langkah mengurangkan potensi risiko dan menjaga kesihatan sedia ada. Sebarang pengambilan ubatan atas arahan doktor/pakar hendaklah diteruskan sehingga doktor / pakar mengesahkan untuk berbuat sebaliknya.
VIVIX IKHTIAR TERBAIK KEPADA FUNGSI JANTUNG
Vivix Shaklee mempunyai
resveratrol tinggi yang membantu dalam
mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Resveratrol
dapat menurunkan trigliserida, LDL dan lemak berlebihan di dalam darah serta
meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL.
Resveratrol didalam Vivix juga
berperanan sebagai “pembersih pembuluh darah”, Membantu menurunkan kepekatan
darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah.
Resveratrol yang terkandung di
dalam Vivix juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada
pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah
normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh, serta dapat memperbaiki pengerasan
pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan
saluran darah jantung.
Ramai
juga yang sudah mengambil untuk mendapat kesihatan dan perlindungan daripada masalah kesihatan
yang kronik.
Manusia hanya merancang,
Allah jua yang menentukan. Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Bonda Miza Nazril
TESTIMONI VIVIX
INGIN MENCUBA ATAU HADIAHKAN VIVIX
KEPADA YANG TERSAYANG?Pengambilan vivix secara konsisten seperti disyorkan setiap hari dapat membantu :
- Melancarkan perjalanan darah dan tekanan darah yang lebih baik
- Menstabilkan paras gula yang lebih sihat
- Merendahkan kolestrol
- Menjaga kesihatan mata
- Menjaga kesihatan minda
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik
- Mempercepat memulihan & mempertahankan sel sihat
- Melambatkan penuaan & menganjalkan kulit
INGIN MENCUBA ATAU HADIAHKAN VIVIX SHAKLEE KEPADA YANG TERSAYANG?
Pengambilan vivix secara konsisten seperti disyorkan (5ml) setiap hari dapat membantu :
- Melancarkan perjalanan darah dan tekanan darah yang lebih baik
- Menstabilkan paras gula yang lebih sihat
- Merendahkan kolestrol
- Menjaga kesihatan mata
- Menjaga kesihatan minda
- Mempercepat memulihan & mempertahankan sel sihat
- Melambatkan penuaan & menganjalkan kulit
INGIN LEBIH JIMAT, dengan pembelian melalui bondamiza, anda akan layak
- PERCUMA KEAHLIAN Shaklee bernilai RM35.00
- PENJIMATAN pada harga ahli
- PERCUMA PENGHANTARAN POS ke seluruh Malaysia
- EXTRA BONUS TUNAI 5 - 21% (dibayar terus ke akaun anda pada bulan berikutnya oleh Shaklee Sdn Bhd) - bagi belian 2 botol ke atas berdasarkan tangga bonus belian anda pada bulan yang sama.
- PENJIMATAN SEHINGGA RM390.++ KESELURUHAN dengan belian PEK KEMBAR VIVIX
Ingin Tempah VIVIX anda pada harga jimat?
Lekas hubungi Bonda Miza untuk info lanjut dan tempahan Vivix anda dengan segera ya.
INGIN MENCUBA ATAU HADIAHKAN VIVIX KEPADA YANG TERSAYANG?
Whatsapp : 012-5852034 (bondamiza)
#BondaMiza & MFMS The Most Happening SHAKLEE Team In Malaysia
MENARIK DIBACA:
- Manfaat Utama Vivix Shaklee
- Kesan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee
- Kajian Telomere Vivix Shaklee Kepada DNA Manusia
- Video Khasiat & Testimoni Vivix Shaklee
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (luka segera sembuh, bertenaga & meriahkan susu badan)
- Manfaat Susu Ibu
- 22 Koleksi testimoni Set Bersalin Menyusu terbaik Shaklee
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Pentingnya Pengambilan Omega Semasa Hamil
- Vitalea Iron Formula Tingkatkan HB Darah
- Pengambilan Vitamin C
- Garlic Complex Melawan Jangkitan Semasa Hamil
- Khasiat ESP Untuk Penyusuan Ibu
- Atasi Bengkak Susu
- Tip Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Program Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
- Kembali Langsing Menawan Selepas Bersalin
No comments