.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

ELERGI SUSU : PANDUAN MEMILIH SUSU FORMULA UNTUK ANAK ANDA

Share:

Salam sejahtera buat semua pembaca blog bonda

Saya doakan semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan ceria menghabiskan hari-hari cuti dengan keluarga. Insyallah. hari ini saya menghadiri perkahwinan rakan niaga saya.. tahniah :D seronok meraikan kegembiraan orang lain. 

Baiklah hari ni mood Bonda sangat baik..sebab meraikan hari bahagia kawan dan nasi dan lauknya pun sangat sedap.. 

oklah.. heheh sebenarnya hari ni bonda nak kongsikan beberapa panduan memilih susu formula pada bayi. Tadi masa review FB, ramai ibu bertanyakan tentang pilihan susu apa yang sesuai untuk bayi mereka. 

herm, kena juga share walaupun sebenarnya bayi dibawah 6 bulan tidak digalakkan meminum susu formula. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk penghadaman. Tetapi ada beberapa keadaan bayi terpaksa diberikan susu formula. yelah kan tak semua ibu punyai susu yang cukup, ada juga baby yang kematian ibu, takziah.. ada juga baby yang ada masalah dengan penyusuan.. 

FAKTA MENGENAI ELERGI SUSU:

Oleh kerana ada bayi yang mengalami masalah penghadaman dan tidak boleh menghadam susu dengan baik. Jadi ada beberapa altenatif susu lain yang boleh diberikan pada bayi anda. Menurut kajian, 2.5% bayi di dunia elergi pada susu terutama sekali susu lembu. Terdapat beberapa pilihan selain daripada susu lembu, kita boleh memberikan bayi mencuba susu kambing dan susu tumbuhan termasuk soya, beras dan badam. 

MACAM MANA NAK TAHU BAYI SAYA ELERGI SUSU? 

Nak tahu agak senang, biasanya bayi akan mungkin mengalami masalah-masalah berikut : 
  • Perut kembung 
  • Sebu (berangin dalam perut)
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal pada muka / badan
  • Sembelit
Kekerapan masalah di atas dapat dilihat selepas penyusuan. Ada baiknya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum menukar susu. 

Baiklah berikut adalah beberapa altenatif susu formula lain yang mungkin sesuai diberikan kepada anak anda. 

SUSU KAMBING 

Tolak tepi hamis kambing yea.. 

Sekarang ni teknologi dah tinggi, susu kambing hampir tidak berbau hamis. Pelbagai jenama ada. Susu kambing memang sesuai diberikan pada bayi yang mempunyai masalah toleransi dengan susu lembu.  

Tetapi eloklah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan bayi anda susu kambing. Kerana susu kambing tidak disyorkan diberikan kepada bayi di bawah 12 bulan kerana berkemungkinan akan menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah) dan iritasi usus. Sebab itulah kena merujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan bertukar susu. Bukan boleh sesuka hati bertukar tanpa tahu apa kemungkinan yang mungkin ada pada bayi anda. Kalau tiada masalah apa-apa, boleh lah teruskan dengan susu ini.

walaupun ada kemungkinan bayi mengalami iritasi usus dan anemia. Namun begitu susu kambing masih mempunyai pelbagai kebaikan. 

KEBAIKAN FORMULA SUSU KAMBING:

LEMAK MUDAH HADAM
Kandungan lemak dalam susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. Ini kerana susu kambing mempunyai rantaian asid lemak yang pendek berbanding susu lembu. Oleh itu masa menghadam lemak daripada susu kambing lebih cepat berbanding susu lembu yang mempunyai rantai asid lemak yang panjang.

KURANG LAKTOSA
Ramai bayi yang mengalami masalah toleransi laktosa digalakkan bertukar ke susu soya atau susu kambing. Dalam perbandingan susu, susu kambing mempunyai laktosa yang lebih rendah 4.1% berbanding susu lembu 4.7%. Jadi susu kambing sangat sesuai diberikan kepada bayi yang mempunyai masalah toleransi laksosa.

KURANG PROTIEN ALERGI

Protien apabila bergabung dengan asid dalam perut akan membentuk menjadi curd. Susu Kambing menhasilkan protien yang membuatkan curd menjadi lebih lembut dan lebih cepat diserap tubuh. 

Susu kambing amat sesuai diberikan kepada bayi yang mempunyai masalah gastroephageal reflux (GER).

Susu kambing juga mempunyai kurang protien elergi sepertimana dalam susu lembu. Protien  ini dikenali alpha-SI kasein. Namun begitu ada juga bayi yang elergi dengan susu kambing dan kedua-duanya.

SUSU SOYA


Sesetengah bayi yang elergi kepada susu kambing dan lembu dicadangkan oleh doktor untuk menukar kepada susu soya. Susu soya sebenarnya sesuai diberikan kepada kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. 

Namun ada kes-kes tertentu seperti bayi yang mempunyai masalah dengan susu lembu dan kambing seperti anak saudara saya mempunyai masalah ini dan susu soya antara susu minumannya sehinggalah berusia 4 tahun. Walaupun dah berusia 4 tahun ketika itu, susu lembu atau kambing langsung tidak boleh diminumnya kerana dia akan kebung dan muntah (masalah toleransi laktosa). 

Untuk memastikan mendapat susu soya yang baik, dicadangkan supaya susu soya yang diberikan kepada mereka ada soya jenis NonGMO dan mestilah susu soya penuh. Jangan berikan mereka susu soya rendah lemak atau tiada lemak. 

KENAPA MESTI MEMILIH SUSU SOYA YANG ADA LEMAK? 

Kanak-kanak memerlukan lemak untuk perkembangan otak. Oleh itu, susu yang sesuai mestilah yang asli dan bukan rendah lemak. Kalau rendah gula itu sangat bagus :D

Pastikan juga susu soya ini diperkayakan dengan beberapa vitamin termasuklah vitamin D, A dan kalsium.

FAKTA MENGENAI SUSU SOYA :

Susu soya membekalkan hanya lebih kurang 200-300mg kalsium. Soya mempunyai phytates yang mengurangkan penyerapan kalsium. Oleh itu, hanya 75% kalsium yang akan diserap ke tubuh.  

Buat kanak-kanak 2 tahun ke atas, pastikan kita sebagai ibu bapa memastikan mereka makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti keju, brokoli, bayam dan yogurt untuk mencukupkan keperluan kalsium harian. Mereka juga perlu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 kerana soya tidak mengandungi vitamin tersebut. Vitamin B12 hanya terdapat dalam susu haiwan.
Vitamin B12 penting untuk menjaga sistem saraf dan melancarkan penghasilan DNA tubuh. Vitamin B12 juga membantu pembentukan sel darah merah dalam tubuh. Manfaat lain dari vitamin B12 termasuk peranannya dalam menjaga dan meningkatkan tenaga dalam tubuh.
SUSU BADAM
Susu badam hanya sesuai sebagai makanan tambahan sahaja dan tidak sesuai dijadikan susu utama kepada bayi mahupun kanak-kanak.
Susu badam mempunyai banyak kekurangan nutrien termasuk tidak mempunyai kalsium dan protien yang mencukupi untuk keperluan tumbesaran bayi dan kanak-kanak. 
Mengambilnya tidak menjadi masalah, asalkan ia bukan dijadikan susu utama buat bayi dan kanak-kanak.


SUSU BERAS

Susu Beras hanya sesuai dijadikan susu tambahan kepada kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas yang telah mula makan pelbagai makanan.
Susu beras sangat tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana susu beras hanya mempunyai kandungan lemak, kalsium dan protien yang rendah. Ianya sangat tidak sesuai sebagai susu utama harian untuk tumbesaran bayi mahupun kanak-kanak.  
Susu beras pula sangat tinggi karbohidrat berbanding susu lembu dan ianya juga tidak mempunyai sebarang zat besi mahupun mineral selain kalsium. 

KESIMPULANNYA ; 

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. 

Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie pula berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Nota Bonda : Susu yang terbaik di dunia ini adalah susu ibu. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi. Bayi akan menjadi lebih tenang dan insyallah lebih sihat. 

jemput baca manfaat susu ibu di sini 


Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 



No comments