.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Urutan Bayi.. : Teknik & Kaedah Urutan Terbaik

Share:
Salam.. lama dahulu, saya dah janji nak masukkan entry mengenai urutan bayi.. so hari ni saya takkan hampakan semua.. dah tentu ada yang menunggu ye.. :D



Persediaan awal : KEADAAN BAYI

# Pastikan bayi anda sihat / tidak meragam
# Bayi sudah 2 jam makan / menyusu
# Bayi menunjukkan minat / berjaga (jangan urut ketika bayi sedang tidur) 



Persediaan awal : BARANGAN KEPERLUAN
# Lapik bayi atas tilam (jangan terlalu lembut / tinggi)
# Suhu bilik tidak terlalu sejuk (Pastikan bayi selesa), sediakan kain selimut jika agak sejuk.
# Sediakan musik yang bayi suka / atau anda boleh bernyanyi lagu kegemaran bayi anda :D
# Sediakan minyak bayi / lotion
# Mainan kegemaran bayi anda


okeh.. selalunya urutan ni kita mulakan dengan bahagian muka, kemudian dada, tangan dan lengan, perut dan akhir barulah ke kaki dan belakang bayi


Mengurut bayi ternyata memberi banyak faedah terhadap tumbesaran, perkembangan dan ketenangan bayi itu sendiri.  Jangan tersalah teknik yea.. nanti baby kita sakit pula...

Urutan pertama : MUKA
  • Mulakan dengan mengusap rambut dari arak kiri ke kanan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.
  • Kemudian, dari bahagian tengah dahinya, tekan lembut dan urutkan ke samping kiri dan kanan.
  • Boleh juga mengurut pelipisnya dengan cara membuat lingkaran lembut dikawasan tersebut. Teknik ini boleh digunakan di sekitar pipi di bawah mata. Gunakan kedua-dua ibu jari untuk mengurut alisnya dari bahagian tengah ke tepi dan juga kanan.
 

Boleh juga gunakan teknik ini : 
  • Bedak hidung - gunakan jari telunjuk, colekkan hidung bayi dengan sedikit bedak, urut perlahan-lahan dan lembut :)
  • 'Seterika' dahi - Sapukan dahinya dengan lembut menggunakan tapak tangan 
  • Teknik cincin - Urut disekeliling mata bayi dengan lembut menggunakan hujung jari dengan cara membuat lingkaran membulat. Lakukan teknik yang sama pada bahagian pipi.

 Urutan Kedua : DADA
  • Gunakan telapak tangan, picit perlahan dada bayi dengan membuat urutan dengan gerakan dari bagagian tengah dada ke sampingnya.
  • Boleh juga membuat urutan dengan gerakan se[erti bentuk hati dengan hujung jari diletak pada ulu hatinya.
  • Teknik lain pula, gerakan seperti membentuk gambar hati disekitar bahagian puting bayi.


Urutan ketiga : TANGAN & LENGAN


  • Mulakan urutan dari bahagian atas lengan bayi. Gerakkan ke kanan dan kiri anda seperti memerah susu, memutar dan memicit (tetapi dibuat dengan lembut dan perlahan yaa :D)
  • Telapak tangan bayi, gunakan ibu jari anda. Urut dengan membuat lingkaran-lingkaran kecil. 
  • Bahagian belakang tangan bayi, boleh dipicit / memijatnya dengan lembut.
  • Jari jemari : Picit lembut jari bayi satu persatu dari arah dalam ke hujung jari. Akhiri gerakan itu dengan tarikan lembut disetiap hujung jarinya.
  • Lengan : Picit lembut dengan tapak tangan dan akhiri dengan usapan lembut.


Urutan keempat : PERUT
  • Bahagian perut dilakukan dengan urutan dan usapan lembut dari atas ke bawah menggunakan telapak tangan. 
  • Tukarkan gerakan itu ke kanan dan ke kiri dan sebaliknya.
 



 Urutan Kelima : KAKI


  • Pegang pangkal paha bayi dna mulakan urutan dengan memicit dan memutar ke arah pergelangan kakinya menggunakan kedua-dua tapak tangan anda.
  • Tapak kaki bayi diurut dengan kedua-dua jari dengan menggunakan teknik lingkaran kecil dibahagian tersebut.
  • picit jari jemari kaki bayi dan akhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kakinya.
  • akhir sekali, rapatkan kedua kaki bayi dan usap lembut dari atas ke bawah berulang kali.


Urutan keenam : BELAKANG
  • Mulakan dari atas belakang hingga ke panggal punggung. Gunakan jari-jemari anda dan tekan perlahan-lahan.. 
  • INGATAN : JANGAN SEKALI-KALI MENEKAN / MENGURUT TULANG BELAKANG BAYI ANDA.
  • Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke belakang, punggung hingga ke paha dan kaki.
  

Untuk gambaran yang lebih jelas.. boleh juga masuk ke link ini : Baby Massage (untuk menonton video urutan bayi)

TIP PENTING :
  • Hentikan urutan jika bayi mula menangis (makna bayi mungkin tidak suka / sakit).
  • Bayi juga mungkin sudah jemu atau lapar / mengantuk.
  • Lakukan sesi urutan diatara 10-30 minit sahaja.
  • Pastikan setiap urutan adalah lembut dan tidak menyakitkan bayi anda.
  • Berhati-hati dalam setiap kaedah urutan ya.


Thanks for reading... ianya cukup baik untuk dikongsi dengan ramai orang... moga bermanfaat..



“Creating Healthy Families…” 
....salmiza....


Ebook “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load percuma dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 

Amin

No comments