.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

DIET SIHAT IBU GDM : MENGAWAL KENCING MANIS (GDM) SEMASA HAMIL

Share:
salam sejahtera semua pembaca blog kesayangan bonda. 

Hari ni, godek-godek pc, terjumpalah few rekod semasa hamil dulu. Nak tahu, bonda hamil dengan 2 darinya didiagnos ada GDM, iaitu kencing manis semasa hamil. Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Puncanya? akibat rintangan insulin semasa hamil disebabkan perubahan / gangguan hormon. 

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. 

Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. 

Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya ibu GDM akan pulih selepas melahirkan anak. 

boleh lanjut ke link ini untuk info GDM dari Kementerian kesihatan Malaysia

GDM ini bukanlah bermakna siibu ada kencing manis sebelum hamil, yang tiada kencing manis pun boleh kena semasa hamil. Namun kebanyakkannya selepas bersalin, GDM itu akan hilang dengan sendirinya. Kawalan selepas hamil boleh diteruskan supaya risiko mendapat diabetes dapat dikurangkan. 

Korang nak tahu tak, ibu yang mengidap GDM semasa hamil mempunyai sehingga 20% risiko lebih tinggi mendapat diabetes melitus andai tidak menjaga diet dan mengawal pengambilan gula secara sihat selepas melahirkan.

Bagi ibu yang mempunyai kencing manis (GDM) semasa hamil, apa yang perlu anda pastikan agar dapat mengawal kadar gula dalam badan? 

Bonda sendiri pun dua kali GDM semasa mengandungkan anak kedua dan ketiga 2 tahun lepas. Pengalaman yang boleh dikatakan agak lelah dan pahit. 

Lelah dan pahit sebab perlu lalui macam mana pun sekali, tetapi perlu dilalui sehinggalah melahirkan...

Stress : dispilin diet makan yang ketat!

semua makanan tinggi karbohidrat, manis, berlemak hendaklah dielakkan.
Sakit : wajib cucuk sendiri insulin tiap hari!
tiap hari terpaksa rela cucuk insulin sendiri..
Nak tahu kan kenapa ibu berisiko mendapat kencing manis (diabetes gestasi) semasa hamil?



Punca & Apa itu Diabetes Gestasi (GDM)

Salah satu sumber tenaga bagi badan ialah gula (glukos). Badan kita menggunakan sejenis hormon yang dipanggil insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan menukarkannya kepada bahan bakar untuk digunakan oleh badan.


Jika ibu menghidap diabetes gestasi, ia bermakna badan ibu tidak menghasilkan cukup insulin. Akibatnya, tahap gula dalam darah  boleh menjadi sangat tinggi dan ini boleh menyebabkan masalah kepada bayi anda.

Jadi biasanya doktor akan sarankan mengambil bacaan paras tekanan gula dalam darah selang 2 minggu dan wajib kena lalui minum air gula yang 'sangat sedap' itu.. 

Andai bacaan masih lagi juga tinggi melebihi paras bacaan 5, biasanya ibu disyor untuk dimasukkan ke ward untuk pemantauan. dan jika masih juga tidak mencapai tahap yan dibenarkan, makan ibu terpaksa rela lalui prosedur suntikan insulin. Ia dapat mengurangkan risiko bayi mati akibat gula yang terlalu tinggi dan komplikasi lain akibat gdm.

BAGAIMANA IBU GDM BOLEH MENGAWAL PEMAKANAN? 

Perlu difahamkan, kawalan diet sangat penting untuk ibu GDM, sama sekali displin perlulah diJaga. Ianya agak perit, tapi itulah yang terpaksa dibuat ibu demi kesihatan kandungan dan diri. 

Ibu yang mempunyai GDM digalakkan untuk mengambil makanan rendah GI, rendah gula dan lemak. Apa itu GI? sila ke pautan GI ini ya. 



Apa itu makanan rendah GI dan Mengapakah ia penting?


Indeks glisemik (glycaemic index - GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah anda selepas anda memakannya. Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan bahagian penting dalam diet yang sihat.

Memakan makanan yang rendah GI dapat membantu anda menguruskan kencing manis anda. Ini kerana makanan yang rendah GI mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan. Dengan itu, glukos dibebaskan ke dalam darah anda dengan lebih perlahan.


perbezaan paras tenaga yang dilepaskan oleh makanan yang rendah dan tinggi GI

Beberapa contoh makanan yang rendah GI ialah:
  • pasta yang diperbuat daripada tepung gandum durum;
  • epal, oren, pir, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Beberapa contoh makanan yang tinggi GI:

  • kentang bakar
  • emping jagung
  • nasi putih (nasi perang mempunyai GI rendah)
  • roti
  • mee 
  • ais cream
  • tembikai dan nenas
  • keju
  • makanan segera

Mengambil lebih makanan yang rendah GI mungkin dapat membantu anda mengawal tahap gula dalam darah.


ingin tahu  lebih lanjut mengenai pengalaman bonda hamil dengan GDM, jemput ke pautan di bawah. Bonda turut kongsikan beberapa panduan pemakanan sihat juga. 


Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):


PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN ATAU BERPANTANG SECARA TRADISIONAL

KLIK PADA GAMBAR UNTUK TESTIMONI SET HAMIL, BERSALIN & MENYUSU SHAKLEE SELANJUTNYA
CARA TEMPAHAN SUPLEMEN SHAKLEE MELALUI BONDAMIZA 

Untuk bonda bantu ibu-ibu buat belian dengan keahlian yang mana lebih menjimatkan sehingga 20% dengan mode bayaran tunai ke bank (CIMB / MAYBANK). Manfaat keahlian boleh terus ke link ini ya. 

  ibu-ibu boleh hubungi bonda / whatsapp terus bonda di talian 


SAYA BELUM JADI AHLI SHAKLEE? 
SAYA BERMINAT JADI AHLI SHAKLEE & BUAT BELIAN SUPLEMEN, APA PERLU SAYA BUAT? 
Jangan risau, hubungi saya, untuk kami bantu anda.
BONDAMIZA (012 5852034) 

Atau boleh gunakan ID saya 963856 (SHARIFAH SALMIZA SYED HAMID) sebagai SPONSOR semasa pendaftaran ahli, untuk melayakkan anda nenyertai keluarga besar Shaklee kami di bawah MagNificent Masters, The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!

Moga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca. Bonda doakan semoga pembaca kesayangan bonda sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berkekalan. Insyallah



'Be simply healthy'
Your Trusted Shaklee Leader & Distributor

Master To Be Bonda Miza Nazril
"Founder Of BondaMiza Millionaire In Shaklee"
012 585 2034 
www.bondamiza.com


No comments