Salam sejahtera semua pembaca blog bersalinmenyusu.com, didoakan moga sihat-sihat sejahtera hendaknya.
Baiklah, tajuk hari ni tajuk yang 'best', tambah-tambah lagi buat pasangan yang teringin mendapatkan cahaya mata. dah..saya
pula yang 'excited' lebih. huhuhu.. Sebenarnya untuk menjadi ibubapa
ini memerlukan persediaan daripada beberapa sudut termasuklah fizikal,
mental dan kewangan. Nampak macam tak da apa-apa je kan? sebenarnya ada
banyak perkara nak kena lihat sebelum mengandung. Jadi saya berharap anda dan pasangan telah sepakat bersetuju untuk menimang cahaya mata. Pengalaman ini memang sangat istimewa :D jadi selamat mengharungi fasa yang penuh nostalgia suka dan duka.
Baiklah,
bagi memudahkan proses kehamilan terutama sekali buat ibu bapa baru
boleh 'follow' beberapa panduan persediaan kehamilan yang akan saya
kongsi ini. Moga bermanfaat buat semua.
PERSEDIAAN HAMIL 1 : MULAKAN PENGAMBILAN ASIK FOLIK, KALSIUM & MULTIVITAMIN.
Ada orang pandang remeh pengambilan suplemen dan vitamin. Buat yang bakal hamil, Asid Folik, Kalsium dan Multivitamin adalah suplemen WAJIB.
Kenapa saya kata suplemen wajib dan sangat-sangat penting kerana :
Suplemen wajib : Asid Folik & B Complex
Asid folik dan B Complex sangat
penting diambil pada sebulan sebelum hamil sehingga 12 minggu pertama
kehamilan. Pada munggu-minggu awal kehamilan, saraf dan otak janin mula
terbentuk dan berkembang. Oleh itu asid folik sangat penting / WAJIB
diambil setiap hari bermula sebulan sebelum merancang kehamilan
sehinggalah trimester pertama hamil.
Asid folik
bukan sahaja melindungi janin yang terbentuk daripada sebarang gangguan
tiub saraf malah melindunginya daripada kecacatan tiup neural seperti
spina bifida. Kecacatan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bayi
yang dilahirkan.
Keperluan asid folik pada ketika sebelum hamil adalah lebih kurang 400 mikrogram (mcg) sehari. Namun begitu keperluan asid folik boleh meningkat kepada 1000mcg sehari ketika hamil. Jadi jangan
lupa untuk mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum mencuba untuk
hamil dan teruskan semasa trimester pertama mengandung. Pengambilan asid
folik dapat mengurangkan hampir 70% risiko melahirkan bayi dengan
kerosakkan tiub saraf.
8 jenis kerosakan tiup saraf yang mungkin berlaku pada bayi jika kekurangan asid folik dan vitamin. |
Suplemen wajib : Kalsium, Vitamin D & Magnesium
Kalsium, vitamin D dan magnesium sangat penting diamalkan oleh kita tak kira hamil atau tidak. Keperluan Kalsium, vitamin D dan magnesium adalah lebih tinggi pada ketika hamil. Ia sangat-sangat penting ketika kerana komposisi tulang bayi akan mula terbentuk dan berkembang memerlukan hampir separuh keperluan kalsium ibu. Jika pengambilan Kalsium, vitamin D dan magnesium dipandang enteng, maka kelak jisim tulang ibu akan mula kurang kepadatan kerana bayi dalam kandungan mula menyerap khasiat daripada ibu.
Bagi mengurangkan risiko tulang rapuh (osteporasis) dan gigi mereput kepada ibu, adalah disarankan ibu mengambil kalsium minima 1000mg sehari bagi memastikan ibu tidak menghadapi masalah tulang reput kelak. (lebih kurang 2 gelas susu sehari). Kalsium akan membantu mengurangkan masalah kekejangan ketika hamil dan membantu mengurangkan masalah sakit belakang.
Kalsium, vitamin D dan magnesium sangat penting diamalkan oleh kita tak kira hamil atau tidak. Keperluan Kalsium, vitamin D dan magnesium adalah lebih tinggi pada ketika hamil. Ia sangat-sangat penting ketika kerana komposisi tulang bayi akan mula terbentuk dan berkembang memerlukan hampir separuh keperluan kalsium ibu. Jika pengambilan Kalsium, vitamin D dan magnesium dipandang enteng, maka kelak jisim tulang ibu akan mula kurang kepadatan kerana bayi dalam kandungan mula menyerap khasiat daripada ibu.
Jisim tulang berkurang menjadikan rongga jisim lebih besar berbanding tulang yang cukup kalsium (lebih padat rongga dan jisimnya). |
Sebiji B Complex Shaklee mengandungi 200mcg asid folik dan 8 vitamin B lengkap. 4 biji Ostematrik Shaklee mengandungi keperluan harian lengkap 1000mg kalsium, 400Iu Vitamin D dan magnesium. |
Suplemen wajib : Multivitamin
Bakal ibu sangat disarankan untuk mengamalkan multivitamin dan Vitamin C bagi memastikan badan mempunyai kesemua zat dan vitamin yang mencukupi. Badan akan lebih segar, sihat, tahan penyakit dan bertenaga.
Jika mengambil multivitamin seperti Vitalea Iron Formula, ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang lengkap termasuk iron yang membantu pembentukan sel darah merah.
Ia sangat sesuai kerana membantu menstabilkan hb darah. Sangat sesuai untuk ibu yang punyai masalah Hb rendah.
Bagi yang mengambil multivitamin jenis lain, pastikan vitamin A yang terkandung di dalamnya tidak melebihi 770 mikrogram REA (2,565 IU), tetapi jika ia dalam bentuk beta-carotena tak mengapa.
Suplemen wajib : Vitamin C

Vitamin C sangat penting keran ia melindungi daripada
jangkitan dan selesema, menguatkan gusi dan tulang serta meningkatkan imuniti. Vitamin C melindungi daripada
pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon
anti stress.
Sebab itulah vitamin C tidak boleh ditinggalkan oleh ibu hamil. Ianya
sangat penting untuk penyuburan sel darah putih, membantu tubuh
menyerap
zat besi yang lebih. Vitamin c memainkan peranan dalam penghasilan
hemoglobin (hb) dan sel darah merah. Diperlukan untuk metabolisme asid
folik dan vitamin lain. Saya suka syorkan Sustain release Vita-C Shaklee. Minima pengambilan vitamin C buat ibu hamil adalah 85mg sehari dan ibu menyusu adalah 120mg.
PERSEDIAAN HAMIL 2 : KETAHUI KITARAN HAID / KESUBURAN
Kiraan hari pertama bermula pada hari pertama datang haid. (rujuk petak berwarna merah ~ Mentruation infertile) |
Dalam merancang kehamilan adalah penting untuk mengetahui kitaran haid dan kesuburan diri. Dalam keadaan biasa, kitaran haid yang teratur adalah lebih mudah untuk mengenalpasti masa yang sesuai untuk merancang kehamilan.
Hentikan Pengambilan Ubat/ Alat Perancangan Keluarga
Hentikan pengambilan perancangan keluarga dalam 6 ke 3 bulan sebelum merancang kehamilan. Tempoh tersebut dapat memastikan kitaran haid kembali lancar dan teratur. Pengambilan beberapa jenis perancang keluarga seperti impan dan suntikan depo akan menyebab sesetengah individu langsung tidak mengalami haid sepanjang mengambil kaedah perancangan tersebut. Saya sendiri pernah terhenti haid hampir 8 bulan lamanya sebelum saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan suntikan depo. Untuk makluman, pengambilan kaedah perancangan keluarga sebaiknya dihentikan setelah 2 tahun. Pengambilan yang terlalu lama mempunyai implikasi kepada kesuburan dan badan.
Rekodkan / Carta Basal Suhu Badan ~ Jika mahukan tarikh yang tepat untuk mendapatkan masa evolasi, kita boleh mencuba menggunakan carta suhu basal (BBT) dan kaedah lain pula melalui pemerhatian mukus serviks. Sila ke link ini untuk perincian lanjut waktu subur dan kaedah lain mengenal waktu subur.
Namun jika kitaran haid tidak teratur, adalah elok sekiranya merekodkan hari-hari haid untuk beberapa bulan kebelakang (antara 2 kd 3 bulan) agar dapat mengenalpasti masa kesuburan yang tepat. Namun jika mempunyai masalah kesuburan yang memerlukan rawatan, adalah elok untuk :

Berjumpa Doktor ~ Bagi mencari punca masalah. Sekiranya haid tidak teratur atau mempunyai masalah kesuburan lain.
Doktor dapat mengesyorkan beberapa altenatif dalam mengenalpasti punca ketidaksuburan suami isteri. Terdapat pebagai kaedah perubatan moden untuk memudahkan pasangan mendapatkan cahaya mata termasuklah IUI. (itu nanti saya akan masukkan ke dalam entry seterusnya kelak). Jika mempunyai masalah cyst atau masalah serius lain, eloklah merujuk kepada pakar sebelum membuat keputusan untuk hamil.
Berat
badan turut memainkan peranan penting dalam kesuburan. Wanita yang
mempunyai berat berlebihan dinasihatkan untuk menurunkan berat agar
tidak melebihi BMI 30.
Sebenarnya bukan masalah berat badan berlebihan menganggu kesuburan, malah wanita dengan berat yang tidak cukup juga mempunyai masalah kesuburan. Berat yang paling elok sebelum bercadang untuk hamil adalah diantara bacaan BMI 20 ke 30 . Pada BMI 20 ke 30 potensi untuk hamil adalah lebih tinggi.
anda boleh mencuba program Now everyone can kurus (slim Fit), jika bercadang untuk menurunkan berat dengan sihat. Boleh juga mencuba suplemen menambah berat badan buat yang bermasalah untuk meningkatkan berat badan.

Menurunkan
berat badan dapat mengurangkan faktor risiko penyakit. Semasa kehamilan
berat badan akan semakin meningkat setara dengan perkembangan bayi
dalam kandungan. Apabila dalam tempoh kehamilan, berat badan tidak dapat
dikawal melalui diet dan senaman berat. Jadi sangatlah penting untuk pastikan berat terkawal sebelum mengandung lagi.
Panduan berat sebelum dan semasa mengandung yang disyorkan |
Semasa hamil, ibu akan mengalami peningkatan berat badan antara 8 ke 12 kilogram sepanjang kehamilan. itu adalah peningkatan yang normal semasa mengandung.
Namun, ada ibu yang mengalami peningkatkan berat badan sehingga 30 kilogram banyaknya. Itu disebabkan pengambilan makan tidak dikawal dengan baik. Pada ketika ini berat akan lebih sukar diturunkan selepas melahirkan . Jika berat badan tidak dikurangkan sebelum hamil lagi, maka badan akan cenderung mengalami berat berlebihan sehingga melahirkan malah sehingga beberapa lama selepas melahirkan. Sudah tentu kita tak mahu badan kita terlalu bam bam selepas melahirkan, betul tak?
Bersenam
Sebelum hamil, kita sudah boleh cuba mengurangkan berat dengan sihat melalui senaman mudah seperti berbasikal, berjalan kaki, jogging, berenang atau bersenam robik. Jika merasakan diri seperti telah mengandung, eloklah lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang untuk tempoh kurang 20 minit. Ada juga kelas-kelas khas senaman untuk ibu hamil. Senaman membantu pernafasan yang baik, perjalanan darah yang lancar dan memudahkan proses melahirkan kelak. Tapi pastikan semua senaman berat seperti angkat berat, mendaki bukit, bertinju dielakkan semasa dalam proses merancang kehamilan.
Mulakan
pemakanan sihat bukan sahaja untuk persediaan kehamilan malah untuk
memastikan tidak berlaku masalah kesihatan lain termasuk kencing manis, lelah, darah tinggi semasa kehamilan. Baik kita mengawal pemakanan daripada menghadapi masalah kesihatan kelak.
Bagi individu yang berisiko mengidap kencing manis semasa hamil (GDM) seperti saya, adalah baik untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mengurangkan kesemua makanan manis dan bergula.
Bagi individu yang berisiko mengidap kencing manis semasa hamil (GDM) seperti saya, adalah baik untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mengurangkan kesemua makanan manis dan bergula.
Kenalpasti jenis makanan yang baik dan sesuai. Pilihlah
makanan yang tinggi protien, kalsium dan vitamin. Kurangkan makanan
berkarbohidrat. Lebihkan serat, sayur dan buah-buahan. Sekiranya
berpotensi GDM macam saya ini, eloklah pastikan makanan adalah rendah GI (Glisemik Indek) dan kurang manis.
Kurangkan makanan berlemak dan berminyak untuk memastikan berat tidak meningkat ketara. Gantikan makanan tinggi lemak dengan makanan rendah lemak. Pastikan kita membuat pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui paras BMI, bacaan BSP (Gula dalam darah) bacaan tekanan darah dan paras kolestrol sebelum hamil.

PERSEDIAAN HAMIL 5 : HENTIKAN PENGAMBILAN KAFIEN, MINUMAN KERAS / SODA
KURANGKAN KAFIEN. Kafien
yang banyak menganggu pernyerapan zat besi. (zat besi sangat penting
untuk membentuk sel darah) kekurangan zat besi juga akan meningkatkan
risiko stillbrith (kematian janin dalam kandungan).
Nasihat:
hentikan pengambilan kafien dan gantikan dengan susu atau coklat panas
secara berperingkat. Tapi ingin berhenti mestilah secara berperingkat,
jika tidak, anda akan mengalami sakit kepala yang teruk pula.
BERHENTI MINUM ARAK / ALKOHOL. Petikan daripada Dr. Carol Archie, MD, profesor klinik perbidanan dan ginekologi di David Geffen School of Medicine, UCLA, berpendapat "lebih baik bagi para ibu hamil untuk tidak mengambil minuman keras sedikit pun karena dapat memberi kesan kepada perkembangan sel-sel otak pada bayi.
Meminum lebih daripada 4.5 tin bir sehari akan menyebabkan bayi menderita Foetal Alcohol Spectrum Disorder (FAS). Anak-anak FAS akan mengalami masalah dalam perkembangan tubuhnya. Misalnya ukuran kepala yang lebih kecil, kelainan pada wajah, serta gangguan dalam belajar dan berperilaku lembab, seperti lambat dalam berbicara.
BERHENTI MINUMAN SODA DAN MANIS ~ MENINGKATKAN RISIKO DIABETES SEMASA HAMIL - pikir dulu sebelum minum ya.

PERSEDIAAN HAMIL 6 : JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
- PENJAGAAN MENTAL ~ KURANGKAN STRESS
- BERHENTI MEROKOK
- TIDUR SECUKUPNYA
Semua di atas adalah untuk memastikan badan bersedia untuk menghadapi fasa kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga. Merokok, stress
dan kurang rehat yang boleh menyebabkan peluang mendapatkan anak
terjejas, ada ketika stress boleh menyebabkan keguguran. Oleh yang
demikian, pastikan badan dan minda kita relax dan tenang. Rancang kerja
dan rehat dengan baik. Sediakan rutin yang teratur. Bincang dengan
pasangan dan lakukan aktiviti bersama-sama. pastikan pasangan anda memahami keadaan anda dan membantu anda mengharungi fasa ini dengan sebaiknya.
Sekiranya anda mempunyai masalah kemurungan, lakukan pemeriksaan mental dan sesi terapi dengan psikiatri agar dapat membantu anda menjalani fasa kehamilan dan bersalin dengan tenang dan bersedia. Kemurungan adalah merbahaya jika tidak ditangani dengan segera. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kelak seperti meroyan. Sekiranya anda sedang mengambil ubatan kemurungan, elok berbincang dengan doktor untuk memastikan ubatan yang diambil tidak menganggu kehamilan dan tidak memberi kesan kepada bayi dikandung.

PERSEDIAAN HAMIL 7 : PEMERIKSAAN GIGI
Pemeriksaan
gigi sebenarnya penting untuk mengetahui tahap sihat mulut. Kajian
menunjukkan kemungkinan terdapatnya jangkitan bakteria dalam gusi dan
tulang-tulang menyokong gigi. Jangkitan ini boleh menyebab penyakit periodental yang membawa kepada kelahiran bayi kurang matang dan kekurangan berat.
Ibu mengandung mempunyai 7 kali ganda risiko penyakit ini. Selain itu penyakit gusi juga akan turut mengundang kepada masalah pre-eklampsia termasuk komplikasi darah tinggi, air kencing berprotien dan penahanan bendalir.
menakutkan, dengar macam kecil je, rupanya masalah gusi dan gigi ini
mengundang masalah yang amat merbahaya ketika mengandung. Jadi jangan
malas untuk berjumpa doktor gigi ok.
PERSEDIAAN HAMIL : REKODKAN SEJARAH KESIHATAN / PERUBATAN DIRI
Rekod
perubatan lalu dan semasa perlulah disimpan. Lakukan pemeriksaan
kesihatan mengikut jadual seperti pemeriksaan servik, ujian darah untuk
mengetahui potensi masalah jangkitan kelamin atau kesihatan genetik
seperti anemia sel sabit, cyst atau fibriod, dan penyakit-penyakit lain
yang mungkin berisiko dihidapi.
Jangan
lupa untuk memastikan kita mendapat imunisasi selengkapnya termasuk
rubella, cacar, hipetitis dan beberapa imunisasi lain.
Sekiranya
anda sedang mengambil ubatan, pastikan berbincang dengan doktor tentang
perancangan untuk hamil agar doktor dapat memberikan ubatan yang tidak
menganggu persediaan kehamilan.
Sekiranya pernah hamil, jangan lupa untuk simpan rekod buku merah itu yea. di atas adalah buku merah saya. masih elok disimpan.
PERSEDIAAN HAMIL 9 : ELAKKAN JANGKITAN PENYAKIT / BAHAYA ALAM SEKITAR
Sesetengah kawasan kerja dan persekitaran mengundang bahaya seperti jangkitan kuman dan pencemaran (radiasi, kimia, racun). Oleh itu elakkan dari kerap berada di kawasan tersebut. Berbincanglah dengan majikan sekiranya kawasan kerja anda mempunyai risiko pencemaran atau jangkitan yang mungkin tidak sesuai untuk anda.
JANGKITAN PENYAKIT
Sentiasa memastikan kebersihan. Mengendalikan makanan dengan sempurna. Cuba jauhkan diri daripada melakukan aktiviti yang terdedah kepada jangkitan termasuk kawasan nyamuk boleh mendatangkan risiko denggi dan zika atau mungkin risiko jangkitan lain.
Elakkan
mengambil makanan mentah, keju lembut tidak dipastur, ikan tertentu dan
kerangan mahupun makanan dimasak tidak sempurna. Makanan ini berpotensi menyebabkan listeriosis iaitu membawa kepada keguguran dan kematian semasa melahirkan. Elakkan juga sayuran mentah termasuk jus yang tidak dipastur kerana ia berpotensi mengandungi bakteria samonella dan E.coli. Kerangan pula haruslah dielakkan terus kerana kerangan mempunyai mikroorganisma yang merbahaya di dalamnya.
Masak semua makan dengan sempurna. pastikan makanan beku dinyahbeku dengan betul, dan tidak dicampurkan dengan makanan bermasak. Jangan simpan atau makanan yang lama terdedah. pastikan suhu peti sejuk berada pada paras 0 (jika beku) dan berada antara 2-4 darjah untuk sejuk dingin.
Tip : jangan lupa cuci tangan setiap kali mengendalikan makanan atau apa jua aktiviti harian.
Jika anda ada membela kucing, wajib tahu risiko mengendalikan najis kucing kepada ibu hamil. Elakkan melakukan pembersihan najis kucing. Jika perlu juga, pastikan tangan anda memakai sarung tangan dan dibersihkan dengan sempurna selepas itu. Begitu juga keadaanya jika melakukan aktiviti berkebun.
PERSEDIAAN HAMIL 10 : HENTIKAN AKTIVTI LASAK BUAT SEMENTARA
Simpan dulu niat untuk melakukan aktiviti lasak buat sementara waktu. Aktiviti lasak mengundang kepada risiko keguguran dan pendarahan sekiranya anda didapati mengandung.
PERSEDIAAN HAMIL11 : RANCANG KEWANGAN
Dalam
apa jua keadaan, perancangan kewangan adalah penting. Pastikan anda dan
pasangan bersedia dengan sejumlah perbelanjaan rawatan susulan
kehamilan, persediaan barangan bayi, kos bersalin dan perbelanjaan
selepas itu. Pastikan anda dan pasangan mula menabung untuk keluarga.
Asingkan pendapatan mengikut kategori ini :
- Perbelanjaan harian
- Tabungan anak / keluarga
- Bayaran bil / hutang / sewabeli
- Pelajaran anak
- Perubatan keluarga
- Riadah
PERSEDIAAN HAMIL 12 : MANJAKAN DIRI, LEBIHKAN MASA BERSAMA PASANGAN DAN BERSEDIA UNTUK HAMIL
Moga bermanfaat dan saya doakan selamat maju jaya. Insya-Allah. Amin
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
Bonda Miza
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
Dapatkan Set Kesihatan Shaklee Bondamiza.com |
ANDA MENCARI BISNES YANG MODAL RENDAH DAN MUDAH? SIAPA BOLEH BUAT BISNES SHAKLEE?
Sesiapa saja bertaraf warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Berminat untuk mulakan perniagaan Shaklee ? jom contact Miza
boleh hubungi bonda miza / whatsapp terus bonda di talian
🌟7 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE BERSAMA TEAM MFMS🌟
Nak tahu kenapa saya dan ramai yang lain pilih buat bisnes Shaklee bersama team MFMS?
✅ 1. Produk Shaklee TERBUKTI SELAMAT & BERKESAN lebih 100 TAHUN.
✅ 2. Company Shaklee sangat STABIL & KUKUH sejak tahun 1956.
✅ 3. Produk Shaklee ada PERMINTAAN TINGGI di Malaysia, market luas dan mudah dipasarkan.
✅ 4. Bisnes Shaklee adalah bisnes NETWORK MARKETING PERTAMA DI DUNIA.
✅ 5. Bisnes Shaklee boleh DIWARISKAN kepada anak cucu kita.
✅ 6. Dalam Team MFMS dah ada ILMU & MENTOR yang betul dan PROVEN SUCCESS.
✅ 7. MODAL RENDAH & PULANGAN TINGGI.
Nak tahu lebih detail?
Jom tonton video bersama Masters Founder Team MFMS:-
http://bit.ly/WhyShakleeMFMS
Dah habis tonton?
Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :
Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=963856

BondaMiza Nazril
Team MFMS Empire
Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
Team MFMS Empire
Sila klik link di bawah untuk saya bantu anda :
Wasap.my/60125852034/NakJoinShaklee
No comments