Bila anak-anak mula meragam

Sudah beberapa hari saya tak masukkan entry baru dalam blog ni yea.. Maaflah, ada kalanya, terpaksa buat beberapa perkara lain yang sangat penting.. jadi terabai sejenak blog ni.. 

Sebenarnya, saya dalam fasa kekalutan.. anak-anak tidak sihat.. kedua-dua (Rania dan Ruzain) demam kuat, panasnya hampir 39.2'C, agaknya sekarang musim demam, tiba-tiba pula demam serentak.. Jadi bila dah budak-budak demam, jadi masa banyak untuk mereka, sampai nak memasak pun tak sempat.. Siang malam, menjaga diaorang memang mencabar.. agaknya kalau tak sabar, jadi macam mana lah yek..


Satu hal, tak dapat nak ke mana-mana pun, budak-budak tu banyak meragam dan memerap, nak manja je dengan Bonda dan Abah.. sama pula dua-dua orang.. asal hilang pada pandangan mata, terus saja diaorang menangis.. Kalau dah sorang menangis, terus macam berjangkit, yang sorang lagi pun akan turut menangis..

Kesian, sedih kalau tengok anak-anak tak sihat.. makan pun tak lalu... 
Ruzain, mulutnya pun merah-merah, doktor kata baru nak jadi ulser, baby kalau sakit, tak reti nak cakap.. memang lagi sukar, minum susu tak mau, makan pun sikit-sikit saja..

Si kakak pula, Rania, susah sangat nak makan ubat, dari zaman dia baby lagi, payah sangat nak makan ubat.. al kisah masa dulu, asal nak bg ubat saja, sampai siap kena 'bedong' dengan kain batik.. Itupun dia luah juga semua ubat tu.. habis dimuntahkan ubat yang dia telan, ubat sedap ka tak sedap semua tak masuk laa.. memang mencabar betui, sampai sekarang, dah masuk 4 tahun ni, sama saja 'penakut ubat'

ingatkan Rania saja penakut ubat, Ruzain pun sama rupanya.. haih!! seksanya.. 

Hari ini, demam adik  dah mula kebah, ada la sikit masa nak menulis di blog ni.. Tinggal kakak saja yang belum baik dari demam... yang pastinya, berat kanak-kanak berdua sure turun sekilo ke dua kilo.. kesian.. :(, dukung adik pun boleh rasa ringan.. lepas ni, kena tambah mealshake dalam makanan diaorang juga, selalunya tambah dalam susu saja.. yelah, nak make sure budak-budak tu sihat dan berat badan diaorang naik semula.. 

Malam ni, happy sangat tengok Ruzain dan Rania dah mula aktif bermain, dah tak macam beberapa hari lepas, asyik menangis dan tidur ja.. kalau selalu nak duduk diam seminit pun tak boleh.. bonda ni asyik terjerit-jerit je.. penatnya.!!! terjerit sana sini.. budak-budak suka memanjat.. memunggah macam-macam benda... habis  satu rumah diaorang sepah!

Walau apapun.. alhamdulillah, lega rasa hati bila anak-anak dah sihat dan tak meragam lagi.. rumah yang sunyi dah kembali ceria :D

Gambar studio Rania & Ruzain, gambar Rania ketika umur 8 bulan dan gambar Ruzain bergambar sehari sebelum  demam... 


Rania Arissa




Ruzain Aliff


Thanks for reading



“Creating Healthy Families…” 
 

....salmiza....


Ebook “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load percuma dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 

Amin








0 comments:

Post a Comment

ENTRY POPULAR

KENALI BONDA MIZA

KENALI BONDA MIZA
Salam, Saya Bonda Miza. Agak sibuk melayan 3 anak. Kami sekeluarga bahagia membantu ramai di luar sana menambah nilai kesihatan. Saya menyediakan panduan dan bimbingan kepada ramai wanita dan keluarga mencipta kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan kesihatan yang bermula hanya dari rumah. Saya menjemput sesiapa jua yang ingin membina perniagaan kesihatan bersama-sama saya. Saya yakin dan percaya impian besar mampu merubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. Langkah pertama kejayaan adalah bermula dari diri anda sendiri! Tiada yang mustahil, Selamat datang ke laman BondaMiza!

FOLLOW BONDA

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU