Assalamualaikum.. saya doakan semua pembaca blog bonda dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Sebetulnya saya nak pos entri ni minggu lepas, dah beraya yang tak sudah-sudah, jadi keluarlah entri ini minggu ni.
Selamat Hari Raya sekali lagi saya ucapkan yea.. panjang lagi Syawal. baiklah, cerita tak nak panjang-panjang.. sebabnya saya nak beri kalian semua jamu mata gambar raya.. kehkeh... :D
Alkisah coretan Hari Raya Aidilftiri 2015.. gambar makan tak da yea :D
HARI RAYA PERTAMA :
|
pagi-pagi raya,Ruzain Aliff dah sibuk nak ucap selamat hari raya kepada 'spongebob' kucing keluarga kami, waktu ni baru je bersiap-siap nak pergi beraya |
|
Sebelum keluar, pose gambar family dulu.. tahun lepas ambil di studio, kali ni ambil kat rumah je sebab budak kecik ni dah mengamuk lagi... Family mata bersinar.. hahaha |
Jarak antara rumah kami semua tak adalah jauh-jauh sangat, jadi dapat berkumpul di pagi raya sebelum masing-masing bertolak balik ke kampung..
|
ini gambar pose anak-anak saudara sebelah suami.. ramai ni je, tak ramai sangat pun :D dua belas orang saja.... |
|
say 'cheese'!! dalam gambar ni anak-anak sayalah yang paling kecil dalam semua sepupunya
|
|
Ini pula gambar level anak-anak dan menantu perempuan. Yang berjubah hitam itu ibu mertua bonda.. :D selesai separuh hari di sini.. sekarang dah tiba masa untuk pulang ke kampung halaman di Kedah.. |
|
Ini saat yang paling ditunggu-tunggu.. nyanyi sikit "Balik Kampung! hohohoho Balik Kampung! hati girang... lepas solat Jumaat barulah bergerak balik Alor Setar. Hampir 3 jam perjalanan pulang ke kampung halaman bonda :D
|
|
Sebelum sampai rumah Jiddah dan Jiddi (panggilan rania dan ruzain kepada ummi dan walid bonda) Kami singgah kejab hiburkan Ruzian bermain, dari tengahari dia tak nak makan.. excited raya lah sangat agaknya.. aik sempat lagi jumpa kawan baru, mata biru.. anak pak arab mana lah tu, comel senyum.. |
HARI RAYA KEDUA : DI KAMPUNG HALAMAN
|
Siap awal pagi, Rania Arissa siap nak make-up lagi, raya punya pasal bonda make-up kan je dia.. |
|
Okeh, dah siap!.. tadaa.. girls time!! |
|
Family time bersama suami dan anak-anak tercinta. Ruzain asyik dengan muka sedih tak sudah-sudah, hendak apalah tue? |
|
Pagi raya kedua bergambar dulu dengan ummi tersayang dan adik-adik . Walid tercinta saja tak sempat nak posing sekali, sebab walid nak uruskan daging dan barang kenduri untuk majlis aqiqah dan kesyukuran esok |
|
adik dan ummi.. amboi sakan posing dia orang.. |
|
posing adik beradik dengan ummi sebelum kami keluar ziarah saudara mara.. |
|
okeh ! jom bertolak |
|
makan laksa je dia.. jamuan di rumah makcik di Sematang |
Sesi malam, beraya lagi rumah adik yang ke-2 bongsu, dalam perjalanan kami lalu hadapan 'Paris'.. Paris ni hanya ada di Alor Setar je tau... nak tahu kat mana? kekekeke cuba tengok 'hint' di gambar di bawah..
|
First time Ruzain dan Rania datang ke 'Paris'.. excited betul kanak-kanak berdua ni :D |
|
A memory in 'Paris'.. last time bonda datang sini masa zaman sekolah menengah je.. ini lebih kurang tempat melepak zaman dulu-dulu.. |
Baiklah, dah lewat sangat kot, jom kita balik tidur zzzzz. Cukup-cukuplah beraya sakan hari ni.. esok banyak lagi nak buat kerja :D
HARI RAYA KETIGA
Wah! wah! dah masuk hari raya ketiga, hari yang dinanti-nanti dah pun tiba.. hari ni adalah hari yang paling best, sanak saudara jauh dan dekat datang bertandang.. selamat sudah majlis kesyukuran dan Aqiqah..
|
Kalau ada majlis begini, yang paling seronok adalah kanak-kanak rebina ini.. :D.. siap bermain 'oooosom' batu ke air? kekeke |
|
Peace from baby Ruzain... |
|
chat time! ini masa kanak-kanak ye.. |
|
Bersama adik beradik dan sepupu-sepupu bonda sebelah ummi.. meriah bebenar diaorang bersembang.. dah lama tak jumpa macam gini kan... |
|
Masa berbisnes, time ni bukalah cerita tentang suplemen shaklee.. haaa... jual jangan tak jual... |
|
Geng lelaki bersembang di luar rumah.. pakcik dan sepupuku.. |
|
Ini pula bersama pakcik dan pakcik dan sepupu sebelah walid |
|
Bersama ibu-ibu saudara bonda :D bukan senang nak kumpul begini, dari Johor sampailah ke Perlis, semuanya berkumpul bersama di hari mulia |
|
Sepupu dan makcik dari Penang |
|
Beginilah jamuan di kampung.. simple tapi happening :D |
|
Inilah anak saudara bonda, baby Quratu Aini Insyirah.. Baby Aqiqah hari tersebut. |
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan yang hadir hari tersebut. Alhamdulillah selesai semua dengan sempurna..
|
Bersama sepupu dan anak saudara sebelah walid... berlatarbelakangkan rumah arwah tok.. Banyak betul kenangan di sini..
|
Memori indah Aidilfitri 2015 . moga bertemu lagi di tahun hadapan, insyallah
'be simply healthy'
Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Shaklee Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
No comments