.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

IMARAHKAN RAMADHAN & SELAMAT DATANG LAILATUL QADAR

Share:
Alhamdulillah, hari ni dah masuk pertengahan Ramadhan Al Mubarak.. Masih belum terlewat untuk kita kejar amalan di bulan mulia ini.. Insyallah..



Kali ni bonda nak kongsi amalan yang baik untuk kita laksanakan pada bulan ramadhan dan menjelang Aidilfitri.. mudahan-mudahan ilmu ini dapat dikongsi bersama muslimin dan muslimat semua.. 

Hari ni tukar mode islamik yea :D Dalam bulan Ramadhan ini banyak perkara yang kita kena fahami betul-betul.. Sebagai umat Islam, terdapat beberapa fasa yang kita hanya akan lalui pada bulan Ramadhan, iaitu :  

  • Berpuasa & Berbuka
  • Tarawih & Witir
  • Lailatul Qadar
  • Zakat Fitrah

APA ITU RAMADHAN?

Intro lah sikit kan. Kita tahu sebut je "Ramadhan dah menjelma", tapi apa itu Ramadhan sebenarnya ? 

Jika nak tahu Ramadhan sebenarnya bermaksud panas terik.. perasan tak apabila menjelang puasa, mesti panas. Kalau dalam erti maksud lain, Ramadhan juga bermaksud panas terik atau terbakar kerana cuaca di Jazirah Arab pada bulan Ramadhan memang sangat panas, 

Ada yang maklumkan jika kita berjalan kaki tanpa kasut di padang pasir di Arab sana, kaki kita insyallah akan melecur. Boleh bayangkan betapa panasnya bulan ini?  Ya Allah gerun yang amat, ini baru panas dunia, belum panas neraka... minta dijauhkan..

Ada pendapat juga yang dinamakan Ramadhan adalah kerana pahala orang yang berpuasa dapat membakar dosa-dosanya yang lalu.. 


APA ITU ERTI BERPUASA?

Puasa Ramadhan adalah puasa wajib yang dilaksanakan oleh seluruh umat islam. Ianya adalah Rukun yang ke 3 dalam Rukun Islam.. 

selingan.. Rukun Islam & Rukun Iman :


Baiklah.. sambung kembali

Puasa Ramadhan bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbitnya matahari (fajar) sehinggalah matahari terbenam. 

Puasa sangat baik untuk mendidik kita ke arah kebaikan dengan kita meninggalkan kemungkaran serta memperbanyakkan amalan dan ketaqwaaan kepada Allah Taala. 

Puasa juga dari segi saintifik sangat baik untuk memberi badan kita ruang membuang segala kekotoran dan toksik dalam badan. Orang yang selalu berpuasa akan menjadi lebih sihat. Best kan? masa ni mahu pula ambil 'herblax' dan set slimming. Insyallah badan akan jadi lebih ringan.


NIAT & LAFAZ PUASA RAMADHAN

Bacaan niat dan lafaz berpuasa Ramadhan ada 2. boleh pilih untuk berniat secara harian atau sebulan penuh.

Nasihat saya : berniatlah sebulan penuh, andai kata terlupa, insyallah puasa itu masih sah.

Lafaz Niat Berpuasa Harian :

 Jika berniat puasa harian, jangan lupa untuk berniat setiap hari ya.

Lafaz Niat Berpuasa Sebulan Ramadhan :



IFTAR - WAKTU BERBUKA PUASA :

Setelah seharian berpuasa, maka pada penghujung hari kita akan berbuka pula. Waktu makan bagi orang yang berpuasa adalah apabila masukkkan waktu Maghrib. Kita disunatkan berbuka dengan kurma dan makanan yang manis. Tapi bukanlah semuanya manis-manis belaka.



Kalau boleh tu elakkanlah makan makanan dan minuman yang terlalu manis atau berkarbonat . Air kelapa terbaik untuk diminum masa berbuka. Elakkan juga makan sekaligus terlalu banyak sehingga kenyang melampau. Nanti nak solat dah tak larat pula. Bersederhanalah yea..  (boleh semak nilai kalori makanan anda di sini)

Makanan pun masak ala kadar. Kalau beli pun jangan hingga rambang mata. Tahu tak, di Malaysia, hampir 7 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan ramadhan. Membazir betul!!

Cuba letak diri kita dalam keadaan susah dan tiada makanan, kesian orang di somalia, afrika dan sebagainya yang tak cukup makan. KIta di Malaysia ni dah dikira mewah sangat..

kongsi lah yea makanan tu, kalau lebih tu beri sikit dekat jiran tetangga.

baiklah sambung kembali, macam ni doa berbuka :D (letak juga potongan doa, buat yang hendak belajar)

Doa Berbuka Puasa : 


Doa Selepas Berbuka Puasa : 



SAHUR :

Sebenarnya bahasa betul dalam arab disebut 'Suhur'. Namun bahasa kita menyebut Sahur. 

Sahur adalah waktu untuk kita makan dan minum sebelum masuk waktu Subuh. Jangan lupa niat puasa yea.

Hukum bersahur ni sunat. Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda maksudnya 
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan" - Riwayat Al-Bukhari. 

IMSAK :

Imsak adalah waktu berjaga-jaga untuk berhenti makan dan minum (sahur) sehingga masuknya waktu Subuh.

(Daripada Zaid bin Thabit berkata : "Kami bersahur bersama Rasullullah SAW, kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya "Berapa lama jarak antara kedua-duanya itu" Maka Baginda pun bersabda " 50 ayat al quran' - Hadis Riwayat Bukhari)

SOLAT TARAWIH : 

Pada ketika Rasulullah SAW, tiada perkataan Tarawih ini sebenarnya. Nabi SAW memanggilnya dengan perkataan 'Qiam Ramadhan' atau solat Malam Ramadhan). Perkataan Tarawih sebenarnya dicetuskan oleh Imam Nawawi dan menjadi sinonim sehingga kini apabila menjelmanya ramadhan. 



Solat tarawih ialah solat sunat malam yang dilakukan hanya pada malam Ramadhan. Hukumnya adalah sunat muakkat dan boleh dilakukan secara sendiri atau berjemaah.

Rasulullah SAW pernah melakukan solat ini sebanyak 8 rakaat, manakala Saidina Umar Al-Khatab mengerjakannya sebanyak 20 rakaat.

Sunat dilakukan secara tenang dan merehatkannya, tidak tergesa-gesa dan banyakkanlah amalan zikir diantaranya.

Baiklah ini adalah niat Solat Sunat Tarawih :



Niat ber (iman/makmum) jika solat berjemaah sahaja. 

SOLAT WITIR :

Solat Witir adalah solat ganjil iaitu pada rakaatnya ialah 1,3 dan seterusnya sehingga 11 rakaat. Witir dilakukan selepas waktu ISyak atau selepas solat tarawih sehingga naik Fajar Siddiq.

Lafaz niat Solat Sunat Witir

Niat Solat Witir 1 Rakaat :



Niat Solat Witir 2 Rakaat :




LAILATUL QADAR :

Lailatul Qadar adalah satu malam khusus yang hanya terjadi di bulan Ramadhan. Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik daripada 1000 malam. Pada malam inilah Allah SWT telah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah SAW.

Mencari Lailatul Qadar : 

Rasulullah SAW bersabda, "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan"  - Riwayat Hadis (Aishah r.a)



KEISTIMEWAAN LAILATUL QADAR : 

  • Malam diturunkan Al-Quran
  • Malam yang lebih baik daripada seribu bulan
  • Malam yang penuh keberkatan
  • Malam turunnya Jibrail dan para malaikat ke bumi untuk memberikan hidayah dan taufik kepada manusia
  • Malam para malaikat mengucapkan salam sejahtera kepada manusia
  • Malam para malaikat mencatat takdir tahunan manusia
  • Malam pengampunan dosa oleh Allah SWT

 Doa Lailatul Qadar :



AMALAN SUNAT UNTUK MENDAPATKAN LAILATUL QADAR: 

Kita disunatkan memperbanyakkan amalan untuk mendapatkan Lailatul Qadar : 

  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah pada tengah malam
  • Uzlah (tidak mendekati isteri)
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulai di masjid atau surau
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkai hadis, tafsir dan sirah nabi
  • Memperbanyakkan tasbih, tahmid, takbir, istighfar dan berselawat
  • Membaca dan tadarus Al-Quran serta berzikir kepada Allah SWT
  • Bersolat tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa kita selama ini
  • Memperbanyakkan doa

KESIMPULAN :

10 malam terakhir Ramadhan pun dah mula kita lalui, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita merebut shafaat pahala ramadhan dan lailatul qadar. Bahang syawal pun dah kian terasa.

jadi marilah kita sama-sama lipat gandakan amalan kita, perkemaskan solat, jaga percakapan dan tingkahlaku, merapatkan silatulrahim, bermaafan, banyakkan amalan. Semoga Allah SWT memberikan kita shafaat dan rahmat buat kita semua.. insyallah


"Ya Allah Kurniakanlah kami malam Lailatul Qadar dan beri kami kekuatan untuk beramal soleh di malamnya. Andai ini adalah Ramadhan terakhir kami, jadikanlah Ramadhan kali ini merupakan peluang menambah amal untuk memberatkan timbangan amal kami nanti. Ampuni kami, rahmati kami. Anugerah kami SyurgaMu dan jauhi kami Azab nerakaMu"

Amin

Feel Free To share.

Moga Bermanfaat. Insyallah

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza



Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire in Shaklee"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com

kredit : Shafiqalbu untuk beberapa petikan ayat dan doa









No comments