.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Resepi Pavlova nyum nyum..

Share:
Kali ini, kita kongsi cara buat pavlova yea.. :D


Bagi yang biasa buat pavlova, rasanya resepi ni tidak begitu rumit.. Bagi yang belum pernah mencuba, meh saya ajarkan...

Meringue dah siap dibakar (saiz besar)
Mulanya mesti ada bahan-bahan utama nak buat  meringue..
Jom buat Meringue dulu ! 
  • 4 biji telur ( bahagian putih telur sahaja ) 
  • 1 cawan (100-120gram ) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu cuka putih
  • 1 sudu tepung jagung 
(kalau nak buat banyak, boleh guna 6 biji putih telur sahaja, dan jadikan 2 sudu tepung dan cuka)

Bahan hiasan :
  • Krim putar
  • Buah-buahan (buah apa sahaja yang berkenan di hati)
  • Paiping bag

Cara-cara membuat :
1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya.

2. Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ), pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.
Bagaimana nak tahu gula sudah sebati di dalam meringue tadi?
Ambil sesudu meringue dan letakkan di jari anda kemudian rasa menggunakan hujung jari. Pastikan tiada gula yang belum cair atau hancur.

Bagaimana nak tahu meringue itu padu?
Ambil meringue menggunakan sudu atau spatula,kemudian terbalikkan. Jika meringue tadi tidak jatuh, maka ianya sudahpun padu. Pastikan semasa memukul bahan tadi, bahan tidak terkena air ok.
3. Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.
4. Menggunakan sudu/senduk, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikan bahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda. (Sebenarnya bentuk apapun tiada masalah, iku kreativiti masing-masing)
5. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik. Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.
6. Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova anda.
Hiasan Pavlova : 

1. Krim Putar : pukul (dengam mixer) hingga betul kembang dan padat. 

Bagaimana nak tahu, krim putar benar-benar kembang?
Cuba terbalikkan bekas yang penuh krim tadi, jika krim tidak menitik, maka krim tersebut benar-benar sudah kembang. Ambil paiping beg dan masukkan krim. (kalau nak cepar, sapu jer terus dengan spatula.

Jadi mulalah menghias.. Jom!

2. Potong buah dahulu... (apa sahaja buah yang berkenan di hati, kat sini kita guna anggur, strawberi dan kiwi. (boleh potong kiub, leper atau separuh.


ni bersiap untuk makan-makan raya..
3. Ambil meringue dan masukkan dalam mangkuk atau penghias kek.. kemudian sapukan dengan krim putar tadi.

kawan-kawan dah tak sabar nak makan, kecur air liur :P

close-up hias meringue dengan krim putar.. 

   
touch-up, hiaslah dengan buah-buahan tadi ikut cara masing-masing... tema Larva mengalir.. merah-merah gitu.. :D ini pavlova saiz besar.. nanti kalau dah terer, buat saiz dan bentuk yang pelbagai..



Dah siap pun Pavlova... mudah je.. 
Esok hujung, boleh la cuba buat di rumah... Selamat berjaya :D

feel free to 'like' & 'share'. Moga ia memberi manfaat kepada anda dan orang lain. 

'be simply healthy'
    Bonda Miza

Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan? 
hubungi saya segera
(call/sms/whatsapp/telegram/line)

PERCUMA saya hadiahkan Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja” Buku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA…  . Sila download  dari link ini 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Lain-lain bahan bacaan berkaitan :

Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang selepas caesarean di sini
Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang secara tradisional di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini  
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
Dapatkan maklumat kelebihan menjadi ahli di sini



No comments