Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia Tahun 2014, saya mengambil kesempatan nak memperkenalkan percutian homestay...
 |
Homestay Booklet : Approved by PERDA |
Orang sekarang kalau dengar 'homestay' sure semua terbayang rumah kosong untuk disewa secara harian.. macam yang kita selalu jumpa iklan kat tepi jalan, dalam laman web dan macam-macam lagi iklan yang ada, nama homestay ni pun macam-macam.. sampai nama 'homestay Kesian' pun ada.. isk isk unik sungguh :D
entry ni sebenarnya nak menyedarkan semua, yang sebenarnya istilah 'homestay' ini hanya boleh dipakai oleh pengusaha homestay berlesen yang didaftarkan di Bawah Kementerian Pelancongan Malaysia sahaja..
Pengalaman tinggal di homestay tak berlesen dengan homestay berlesen sangat-sangatlah berbeza... apa yang bezanya tu ?????
mudah sahaja, Rumah Homestay adalah jenis rumah kampung dan tuan rumah akan tinggal sekali dengan penghuni di rumahnya... bukan kita menyewa rumah kosong.. kemudian, pakej penginapan yang kita bayar itu adalah sekali dengan makan dan aktiviti-aktiviti di kampung atau yang homestay itu anjurkan..(tengok pakej yang dipilih)
Pengalaman tinggal di homestay sebenar sangat berbeza kerana kita dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana seseorang penduduk kampung dan apa aktiviti seharian mereka. :D kita berpeluang menoreh getah, menangkap ikan, menuai padi dan macam-macam lagi tau... bestlah pengalaman ni... :D bukan semua ada peluang tinggal di kampungkan.. jadi memang seronok kalau sekali berpeluang jadi orang kampung :D
Gambar-gambar ni, semuanya gambar pengalaman sebenar tinggal di homestay yang tak mungkin dapat di mana-mana homestay tak berlesen di Malaysia ni :D, setiap negeri mempunyai homestay masing-masing yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia...
Gambar-gambar ni saya dah dapatkan kebenaran untuk dimasukkan dalam blog ini. :D
Untuk Pulau Pinang, hanya terdapat 10 kampung yang dilesenkan untuk Program Homestay, Kampung-kampungnya adalah :
- Homestay Mengkuang Titi, Bukit Mertajam : 6019 4127095 (Mr. Rohaizat)
- Homestay Teluk Bahang : 6019 4124729 / 604 8660298 (Mr. Aziz) / atau melalui Agoda.com
- Homestay Pulau Aman, Batu Kawan : 6013 4590330 (Mdm. Mahani)
- Homestau Sungai Setar, Nibong Tebal : 6013 4895636 (Mdm. Rasidah)
- Homestay Sungai Semilang, Juru : 6019 4279860 (Mr. Shamsudin)
- Homestay Sungai Duri, Nibong Tebal : 6012 4529084 (Mr. Abdul Rahman)
- Homestay Sungai Chenaam, Nibong Tebal : 6013 4862953 (Mdm. Norsiah)
- Homestay Kota Aur, Kepala Batas : 6019 5621008 / 6019 2183507 (Mdm. Siti)
- Homestay Jalan Bharu, Balik Pulau : 6016 4618553 (Mr. Zainol)
- Homestay Pulau Betong, Balik Pulau : 6012 4939770 (Mr. Hassim)
Kita tinjau dulu rumah homestay...oleh kerana penghuni akan tinggal dengan tuan rumah dan rumah pun berbeza, maka bilik-bilik penginapan adalah berbeza sama-sekali.. Bilik airnya, kebanyakannya bersekali di dalam bilik penginapan... :D ini antara bilik-bilik penginapan :
 |
dalam bilik homestay. kan best menginap di kampung begini.. ?? nak datang sini ke? mai la.. :D .. |
Apa yang menarik di Homestay?? Antara aktiviti-aktiviti & pengalaman di homestay :
Aktivti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang penginapan kita di homestay antaranya (aktiviti berbeza mengikut kampung yea):
 |
acara sambutan, tetamu akan disambut dengan kompang & bungga manggar macam pengantin, kadang kala ada juga silat.. semua tak sama ikut kampung... |
 |
kalau kena musim buah, best!! dapat makan buat free :D kekeke |
 |
pengalaman menoreh getah |
 |
ada persembahan kebudayaan - semua ni anak-anak kampung yang buat.. :D |
 |
meninjau kelip-kelip di Sungai Kerian, Nibong Tebal.. :D. kelip-kelip ni hanya hinggap di pohon Berembang, lain pokok, dia tak mau!! |
 |
lawatan ke ladang ternakan itik dan ayam - siap dapat buat telur masin lagi yea... (pengalaman menangkap itik dan ayam, kekeke - sekarang bukan semua dapat peluang buat begini, terutama sekali anak-anak muda) |
 |
buat kuih tradisional... karas on the way :D - bagitau siapa ada skill buat kuih karas?? kekekek.. saya sendiri pun tak reti nak buat |
 |
ke hutan cari sendiri daun palas nak buat ketupat.. sekarang memang masih ada ketupat, tetapi berapa ramai yang pandai anyam ketupat?? makan saja memang semua orang tau :p |
 |
ketupat jenis ni, memang kena pandai anyam.. kalau tidak jawabnya tak jadi lah ketupat nasi tu |
 |
anyam beramai-ramai, dah siap nanti makan sama-sama ok..:D |
 |
ada berani tangkap ikan dengan tangan?? masuk dalam selut pulak tu... huhuhuhu :D |
 |
sesiapa yang tak pernah menganyam atas.. ni lah dia .. nak cari atap ni?? boleh cari di Homestay Sungai Setar, Nibong Tebal. |
 |
belajar berkompang dengan penduduk kampung.. yeahhh |
 |
belajar buat kraf manikdan kristal |
 |
main gasing dengan anak-anak kampung |
 |
yang ni best!! main jengket-jengket |
 |
nak santai sikit, main je congkak |
 |
nak lain lagi, jom kita ke bendang, menuai padi |
 |
siapa nak tempah acuan kuih ni.. boleh pergi ke Homestay Sungai Chenaam, Nibong Tebal |
 |
agak-agak nak lain dari yang lain, jom naik bot kita p Homestay Pulau Aman |
 |
cantik!!! |
 |
di jeti Pulau Aman |
 |
ke ternakan ikan dalam sangkar |
 |
antara pengusaha Homestay :D |
|
 |
boleh juga ke Pasar malam - ni pasar malam Batu Feringghi |
 |
kalau kena time, boleh tengok dragon boat, di Homestay Teluk Bahang |
 |
nak adventure - jon kita ke Taman Negara Penang - Taman Negara ke 5 terkecil di Dunia (ada tasik Meromiktik (air laut & air tawar tidak bercantum - boleh nampak 2 lapisan air & hidupan air yang berbeza) |
 |
di jeti nelayan untuk ke Pantai Kerachut |
 |
agak-agak nak kelainan lagi, jom kita mandi air terjun kat Titi Kerawang |
 |
on the way ke Taman Buah-buahan |
 |
boleh juga pergi memancing ikan .. :D |
 |
naik lori je ronda kampung.. masa ni FAM Trip pegawai-pegawai PERDA dan seangkatan dengannya.. :D |
 |
Antara program-program yang dianjur untuk bangunkan Program Homestay Pulau Pinang :D |
|
 |
Program 'Mai Beraya Homestay' - jamuan hari raya tahun lepas - sambutan di Homestay Sungai Setar, Nibong Tebal |
Nak tahu tentang homestay lain di seluruh Malaysia.. jangan lupa tengok kat web ni... http://www.go2homestay.com/
Bercuti dalam Malaysia pun best, orang luar pun seronok datang ke sini.. jadi banggalah dengan keunikan negara kita :) Jom cuti-cuti Malaysia...
Thanks for reading :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Sila-silah 'like' page terbaharu saya - BONDA SIHAT di www.facebook.com/bondamiza
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
amin
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:
CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
“Creating Healthy Families…”
....salmiza....
No comments