.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Sindrom Bayi tergoncang!!? Atasi bayi anda dengan tenang...

Share:

Sayu hati ini jika terdengar cerita mengenai penderaan bayi dan kanak-kanak.. 

Hari ini saya nak kongsi dengan semua, apakah itu sindrom bayi terconcang... 

Sindrom bayi terconcang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialaminya bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan pada bayi  malah ia sebenarnya boleh MEMBUNUH!.

Bayi meragam atau menangis adalah lumrah. Bayi menangis mungkin disebabkan ia berasa lapar, kembung perut, tidak selesa atau mengantuk.. 

Setiap penjaga dan ibu bapa seharusnya bersabar dengan tenang apabila mengendalikan bayi mereka. 
Dapatkan rehat yang cukup, dan belajarlah menangani rasa stress dan marah dengan bijak...

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0 hingga 9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom ini. Namun begitu terdapat juga kes yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun.

Perbuatann menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan berikut : 

Jauhkan bayi anda daripada seseorang yang :
  • Dalam keadaan marah atau stress
  • Yang mudah bertindak ganas / baran
  • Seseorang yang dibawah pengaruh alkohol / dadah
Sebaiknya, jika anda tidak dapat memujuk anak / bayi yang menangis, maka tinggalkan bayi tersebut sebentar kepada suami / penjaga lain.. Ambillah masa anda untuk bertenang dan belajar untuk cuba mengawal rasa stress dan marah anda.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..."

Kesan awal akibat pendarahan / kecederaan otak akibat goncangan melampau adalah: 
  • Bayi mudah meradang
  • Sawan
  • Kaki dan tangan bayi kejang
  • Bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas
  • Muntah dan tidak mahu makan
  • Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung.
Kesan jangka panjang akibat kerosakan otak :
  • Masalah pembelajaran
  • Lumpuh
  • Masalah penglihatan atau buta
  • masalah pendengaran
  • Terencat akal
  • Masalah tingkahlaku
  • Sawan berterusan
  • Kematian. 

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghentikan tangisan bayi anda :
  • Pastikan bayi tidak lapar dan basah
  • Pastikan bayi tidak deman atau sakit
  • Menghayun bayi secara perlahan dan berjalan-jalan sambil mendukung bayi anda
  • Menyanyi dan bercakap dengan lembut 
  • Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi yang dapat menarik perhatian bayi anda
  • Membawa bayi berjalan-jalan dengan kerusi tolak (Stroller)
  • Meletakkan bayi pada kerusi keselamatan dan membawa bayi bersiar-siar dengan kereta
  • Mendakap bayi sambil bernafas tenang dan perlahan-lahan
  • Elak membuai bayi dengan kuat dan dalam keadaan marah
  • Sekiranya anda letih, minta bantuan seseorang untuk menjaga bayi anda
  • sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya, tinggalkan bayi anda dalam katilnya (dalam keadaan selamat), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi anda selepas 5 minit
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi masih tidak berhenti menangis.
Saya harap perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak membantu menambah ilmu keibubapaan kita semua...


Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D

Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P

Thanks for reading :D

jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza

dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load  dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amin 
 
Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





“Creating Healthy Families…” 
 


....salmiza....





No comments