Pada 10 Oktober yang lalu, saya ke Pulau Langkawi.. 'Bekerja sambil makan angin' :D, sebenarnya kena kerja luar daerah.. ada Workcamp Pemasaran Homestay.. ini homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia ye... ada lesen punya..
excited nak pergi Langkawi, sebab sana boleh beli coklat!!! teringin sungguh nak makan Hemlot dan Whittakers.. Memang rambang mata chek tengok coklat macam-macam jenis.. :D
Rombongan kerja ni seramai 29 orang semuanya, termasuk pengusaha homestay dan rakan-rakan sekerja (urusetia) dan para penceramah..
baru nak bertolak ke Kuala Kedah.. jam 9.00 pagi, yang depan tu Tuan Boss |
dengan Kak Fauziah, dalam feri.. ni baru start dok posing dalam feri.. tapi time ni dok baca doa, moga-moga tak mabuk laut :D lama sangat tak naik feri ke Langkawi |
12.30 tengahari dah sampai Kuah, terus ke Hotel, ini sudut lobi hotel MY, Kuah |
so, ini lah peserta (owner homestay berlesen di Pulau Pinang), Ada dari Sungai Setar, Teluk Bahang dan Mengkuang Titi.. |
dah habis beberapa topik, sampailah masa buat amali housekeeping pulak yea, oleh Pensyarah Fakulti Hotel UITM, En. Zamri Ahmad |
lagi terang tak sudah-sudah, tekun mengajar |
hehehehe.. inilah kemuncak acara, SHOPPING!!!.. dah jam 5.30 petang, coklat, coklat, tak habih-habih :p ramai pulak orang kirim, so bawa buku senarai le.. harap-harap semua yang dipesan ada stok.. |
ni pulak kalau nak beli pinggan mangkuk.. bole beli di kedai HIG, RAM, SAGA atau Idaman Suri.... |
tengok ni.. order daripada kawan-kawan, kalau tak beli tak patutlah sangat kan.. nama pun kawan-kawan.. ku ikutkan jua.. :D
ni order Suriyanti.. Kinder Bueno RM17.90 -18.50, ritter sport RM3.90, cadbury di antara harga RM8.50 - 9.90 |
ni order Maria, Ferero 30 biji diantara harga RM22 - 24, DAIM pula harga ikut saiz.. |
ini order untuk Irra ... siap ada balm Gamat lagi .. huhuhu wangi semua baju lekat bau balm |
ini order Afifi Hafiz dan Abang Salmi |
ni pula, pilih-pilih kain batik buat Ummiku (Pn.Sharifah Noraini) dan Mertuaku (Pn. Hasnah).. kain mesti Jenama Tiga Serangkai, lain jenama tak mau la nooo :D |
tunggu feri mai, Jam 1.00 petang bertolak balik :( |
dah dalam feri... ambil masa rehat dan zzzzzzzzzz |
tengok ni, hari kami balik, punya ramai umat manusia di Kuala Kedah. punya panjang beratur nak naik feri ke Langkawi.. memang TERBAIK LA!!!! |
nanti kalau nak ke Langkawi, jangan lupa singgah di Pekan Kuah, beli coklat ok.. rugi sikit sebab saya tak sempat nak ke Pantai Cenang, mandi manda... nama pun pergi kerja.. lain kali kita pergi dengan family pula, makan angin, ronda satu Langkawi... Banyak lagi tempat untuk dikunjungi tau... boleh :
- Snorkeling di Pulau Payar,
- Pulau Dayang Bunting dan pulau pulau kecil
- Pengalaman naik bot , beri burung helang makan
- Langkawi Geo Park
- Telaga 7
- Langkawi Kristal
- Pantai Cenang
- Padang Mat Sirat : buat minyak Gamat
- Makam Mahsuri
- Kampung Beras Terbakar
- Gunung Mat Cincang - kereta Kabel
- Underwater World - akuarium ikan besar gitu....
- Langkawi Yatch club
- Yang best lagi.. kat Pantai Cenang banyak kedai makan.. menu seluruh dunia ada (itali, mexico, french, sweden, melayu, cina, india semua ada...)
- dan macam-macam lagi lagi..
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Thanks for reading :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Thanks for reading :D
jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza
dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:
Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&
“Creating Healthy Families…”
No comments