Baby
Ruzain Aliff hari ini genap enam bulan usianya.. Saya sangat-sangat bahagia sebab berjaya menyusukan Ruzain Aliff secara ekslusif sehingga hari
ini. :D
Entry hari ini saya nak kongsi manfaat penyusuan ibu dengan semua pula :D
Jadi mengapa saya beria sangat nak menyusu bayi saya dengan susu ibu ??
Bayi
yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama,
mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu
ibu. Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh
bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.
Petikan
Ayat 14, Surah Luqman :
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Masa
kini ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Menurut
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006,
peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus. Walaupun
ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui
bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar
yang paling rendah di Asia Tenggara.
"Kadar
penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu
melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua
bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi
rumusan bayi dan bijirin," – Sumber Utusan Melayu.
Semua
orang tahu yang SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana
mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan
otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
Susu
ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan,
nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu
memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan
kanak-kanak. Jadinya,
penyusuan susu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi dan ibu.
Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kesannya akan kekal
sepanjang hayat meliputi perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan
peribadi seorang anak. Sebab itulah, kita sebagai ibu digalakkan untuk menyusu
bayi sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa
susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Terdapat
banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan
bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi Susu ibu kaya
dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi
daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan
telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga
menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Kajian
terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah
imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi
dari mendapat kanser.
“Zat
yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di
dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
Manusia
berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan
berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada
kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
Satu
lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky
– IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu
ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang
disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk
mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda.
Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu
menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik
membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini
menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun
berabad yang lalu.
Antara kebaikan penyususan badan kepada ibu antaranya adalah :
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim
dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat
badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga
mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan
osteoporosis.
Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
# Jika
mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak
perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan
bila-bila masa.
# Susu
ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang
sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient,
protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi
# Tiada
susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan
dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia
merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi
# Di
dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan
anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak
dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah
Ayat 233 yang bermaksud:
“Para
ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang
ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam
Syafie berkata,
“Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu
atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan
dan fadhilat menyusukan anak :
# Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
# Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal
soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
# Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
# Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema
dan batuk, InsyaAllah.
# Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap
perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
# Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitu indahnya pahala dan kebaikan yang dah tertulis dalam Quran mengenai penyusuan ibu ini...
Moga saya akan dapat teruskan penyusuan ini sehingga usianya 2 tahun.. InsyaAllah...
jika nak tahu kaedah penyimpanan susu ibu sila lihat di sini
jika nak tahu berapakah jumlah susu yang bayi perlukan mengikut umur sila lihat di sini
jika nak tahu kaedah penyimpanan susu ibu sila lihat di sini
jika nak tahu berapakah jumlah susu yang bayi perlukan mengikut umur sila lihat di sini
Anak-anak Bonda dan Abah (Rania & Ruzain), moga kalian menjadi anak-anak yang taat, cerdik dan mulia.. :D |
Buat bakal ibu dan para ibu semua, welcome to the 'breastfeeding club' kekekeke.. nanti saya akan kongsikan kebaikan mengurut bayi pula... tungguuuu....
Semoga
Allah merahmati kita semua.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan kan biar berjuta-juta :P
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan kan biar berjuta-juta :P
Thanks for reading :D ,
jemput-jemputlah like page terbaharu saya (BONDA SIHAT) di www.facebook.com/bondamiza
dapatkan Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya
Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi
motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan
akhirat. Amin
Hubungi
saya untuk:
FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
“Creating Healthy
Families…”
....salmiza....
No comments