.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Misteri Daun Kelantan dan Kura-kura : resepi kuih cara

Share:
Salam... hari ni , saja nak share cerita ringkas je.. Al kisah anak sulung saya, Rania Arissa..


Kisah Daun Kelantan dan kuih kura-kura.. kekeke


Ceritanya bermula begini.... macam flashback kisah P Ramlee pulak... 



MISTERI DAUN KELANTAN !!!

Sebaik saja sampai  kat rumah.. tak sempat nak masuk pun, Rania dah meluru terus je tarik tangan, nak cari  'daun kelantan' katanya..


Terpinga-pinga juga la saya. haa daun kelantan?.. haih daun apa la tu.. semua daun saya tunjuk.. tak juga betul.. dah la baru sampai rumah, blur blur juga 


jadi tak mau hampakan permintaan Rania, saya bawa lah Rania ke laman mini kat rumah tok.. tunjuk habis semua pokok


daun nenas?, daun keladi?, daun limau?, daun tah apa-apa lagi.. semua macam tak betul je


ha... dia sendiri pun tak tau apa dia daun kelantan.. budak-budak 5 tahun, manalah cam pokok..

jadi Bonda ni terpaksa jadi inspektor, soal selidik, nak tahu juga apa dia daun kelantan tu..

tok pula menyakat si kakak..

Rania kata, 'tok kata, daun kelantan tu, kalau pejam mata pun boleh jumpa tau!".. Rania percaya bulat-bulat apa tok kata... 

Siap pergi cari buat-pejam-pejam mata.. macam Kasim Selamat dah pulak ceritanya.. tergagau-gagau daun.. macam terer sangat :P

haaaa... ??? adoi! pulak dah!


dah soal selidik macam detektif barulah tau, rupa-rupanya.. daun kelantan tu adalah daun PANDAN! kekeke.. 


pandan jadi kelantan.. jauh bunyinya tu :D itupun tahu sebab dia ada bagi hint, 


Hint dari Rania : 

"daun kelantan tu nak buat kuih belakang kura-kura, 
Kuih belakang kura-kura tu warna hijau, 
inti gula.. tadi cikgu masak kat tadika, sedap ooooo!! ... sambil sengeh macam kerang busuk..


memang sah lah daun pandan..  dalam kelam malam, si abah bersama Rania, mulakan operasi kerat daun pandan belakang rumah.. sanggup tu, kelam-kelam.. huhuhuh.. :D


EPISOD KUIH KURA-KURA BERMULA!

Pandai-pandai saja dia letak nama kuih kura-kura.. hehehe, a'a betul juga memang macam kura-kura kan. imaginasi tinggi! bagus bagus anakku..

Oleh kerana dah jumpa daun kelantan, maka dengan paksa rela, bonda ni kenalah juga masak kuih kura-kura (kuih cara) di malam hari.. walaupun masa tu dah dekat jam 9 malam..

letih ke penat ke, tolak tepi, demi anak kesayangan yang nak juga makan kuih kura-kura.. buatlah juga.. 

nak buat kuih kura-kura senang je.. nasib baik, acuan kura-kura tu ada, dah berhabuk kat rak.. mana taknya,, dah dekat 5 tahun berkarat dekat situ.. buat pameran.. :D


RESEPI KUIH KURA-KURA! A.K.A KUIH CARA

Mudah je nak buat.. bahan-bahan kuih cara nasib semua ada kat rumah.. yang diperlukan adalah :

  • Daun Kelantan a.k.a Daun Pandan Secukupnya
  • Telur - sebiji
  • tepung gandum
  • gula
  • garam
  • acuan kura-kura
  • santan

Step 1 : potong kecik daun pandan dan kisar daun halus.. 







masukkan dalam pengisar dan tambah sedikit air.. 


kisar sampai halus.. ulang sampai habis semua daun pandan
hasil kisaran tadi, jadi begini,, halus dan hijau pekat
tapis yea.. kalau tak nanti makan serbuk daun la jawabnya..
tapis lagi.. 
Step 2 : Aduan tepung / bancuhan kuih cara (Telur, tepung, garam, air pandan, santan)

ni cara orang nak cepat.. masukkan air pandan tadi, tepung gandum dalam 3 senduk (agak-agak), sebiji telur, garam dan sedikit santan.. kisar semua bagi sebati dan pekat..
Step 3 : marilah kita memasak!

panaskan aduan.. dan tuang bancuhan tadi, kemudian tabur gula dalam kuih semasa adunan masih lagi cair tau,.. nampak tak, yang putih-putih jernih tu? haa yang tu gula yea.

hasil batch 1. hangit sikit :D... tapi masih sedap dimakan... :D

ini batch ke-2, dah comei dan segak kuih cara.. hahaha.. bonda dah mula terer macam master chef.. kekeke  

segak ka hangit ka, habis dua-dua budak kecik ni makan... 

last kopek.. dekat 10 x 2 belah, hiuh 20 biji tu... habis Rania dan Ruzian makan... selesai.. 

ngap!! .. taraa.. licin!! tengok perut dia, sampai kembung.. macam ular sawa :p

familyku, malam ini happy makan sekenyangnya.. dah kenyang, rehat kejab.. lepas ni, jom tidur!.. tidur macam ular sawa... hahahah, jangan lupa baca doa yea..

Air tangan bonda, walaupun ada yang hangit, ada yang tawar, ada yang lembek, macam-macam ada.. semuanya diaorang makan tanpa komen.. yang best, makan dengan penuh senyuman..

bahagianya ku rasa.. 

episod misteri daun kelantan dan kuih kura-kura akhirnya terjawab jua... 

tamat daaa.... 

nanti kita masak untuk kawan-kawan dan jiran tetangga pula yea.. siapa yang nak rasa, nanti kita buat open house... 

Be Simply healthy,
Bonda Miza

Feel free to 'like' & 'share'. Sila-silah berkunjung ke FB  dan FB page saya .. jangan lupa add friend yea.. 

Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan? 
(call/sms/whatsapp/telegram/line)






No comments