Selasa yang lalu Rania Arissa buat pertama kali dalam hidupnya, berkhemah :D teruja yang teramatlah sangat si kakak..Sampai beberapa malam tidur tak senang, dah tak sabar-sabar nak pergi berkhemah.. kekeke
Semenjak tahu nak kem comel, hari-hari dia asyik bertanya, bila nak ke kem.. baju dan barang-barang awal-awal lagi dah siap.. kalau tak silap 3 hari sebelum tu dah siapkan..
Checklist Persiapan Kem Comel Rania
- Baju dan seluar panjang sepasang
- Tuala kecil
- Sapu tangan
- kasut
- Air
- Bedak, sikat, getah rambut
Sebenarnya, kem comel tu bukanlah bermalam pun, bermula pagi hingga jam 2 petang sahaja. Tujuannya nak dedahkan kanak-kanak dengan keadaan berkhemah.. nak bagi kanak-kanak berdikari dan bersosial.. Tak adalah jemu, asyik dalam kelas je kan..
Nasib baik cikgu tak óffer'' ibu bapa join, kalau tak, sayalah orang pertama nak ikut sekali.. hehe.. best kan.. dah lama tak berkhemah :p
Inilah foto-foto sekitar perkhemahan comel Rania..
Berkumpul dulu sebelum mulakan kem comel |
Cikgu Azizah tunjukkan cara buat rengangan badan dahulu.. jab lagi bau syok nak berkhemah |
Rania diberi peluang pasang khemah.. pengalaman yang sangat indah buat seorang kanak-kanak :D |
dah siap pun khemah!! jom kita masuk sekarang :D |
posing sikit.. 'peace':P |
waktu rehat, keluar dari khemah dan buat aktivti bersama-sama rakan |
sedapnya donut warna- warni.. |
buah celup coklat pun ada.. nyum nyum.. |
dah nak habis kem.. semua kena mandi, dan tukar baju... tadi kan dah berpeluh.. :D |
dah habis pun.. semua menyanyi dan bertepik tangan.. :D |
Seronok kalau selalu ada aktiviti begini.. bukan sahaja membina karekter kanak-kanak, malah membuatkan mereka suka belajar sambil meneroka perkara baru dalam hidup..
Sebagai ibu, saya memang menggalakkan Rania untuk selalu ikuti aktivti sebegini. Daripada habiskan masa bermain tap atau hp, ada baiknya keluarkan peluh.. dan meneroka perkara baru secara sihat dan ceria bersama kawan-kawannya..
Terima kasih cikgu kerana prihatin dan kreatif dengan idea-idea baru pembelajaran yang tak menjemukan kanak-kanak belajar.
Be Simply healthy,
Bonda Miza
Feel free to 'like' & 'share'. Sila-silah berkunjung ke FB dan FB page saya .. jangan lupa add friend yea..
Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan?
(call/sms/whatsapp/telegram/line)
No comments