Jantung merupakan organ yang paling penting dalam badan manusia. Ia memainkan peranan yang besar untuk memastikan fungsi badan manusia terus berjalan dengan baik. Jika berlakunya kerosakan pada organ ini akan menjejaskan banyak bahagian di dalam badan manusia.
Antara Fungsi-Fungsi Jantung :-
- Fungsi utama jantung adalah membekalkan oksigen kepada seluruh badan terutamanya organ-organ lain dalam badan. Hal ini dapat dilakukan dengan mengumpul darah kotor dan menghantarnya ke jantung. Jantung kemudiannya akan mengepam darah kotor tersebut ke paru-paru dan menukarkan darah kotor kepada darah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi serta menghantarnya ke seluruh badan.
- Jantung juga terdiri daripada bahagian kiri dan kanan. Bahagian kiri mengandungi darah yang kurang kandungan oksigen manakala kanan mengandungi darah yang kaya dengan oksigen yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Dalam kes ini, jantung mempunyai keupayaan memisahkan kedua-dua darah ini dan memastikan ianya tidak bercampur supaya organ dalam badan akan menerima kandungan oksigen yang mencukupi.
- Selain itu, jantung juga memastikan darah mengalir searah sahaja dan tidak berpatah. Hal ini kerana jantung mempunyai injap. Darah dalam jantung hanya dapat mengalir setelah injap terbuka. Selepas injap terbuka dan darah mengalir, dengan segera injap tersebut akan tertutup kembali. Ini dapat mencegah darah dari berpatah balik.
- Di samping itu, jantung juga befungsi untuk mengeluarkan karbon dioksida dari badan. Ini dilakukan dengan membawa darah yang mengandungi kandungan karbon dioksida yang tinggi ke paru-paru dan berlakunya proses penukaran gas dan membawa balik darah dengan kandungan oksigen yang tinggi kembali ke jantung. Ini akan memastikan seluruh badan menerima oksigen secukupnya dan menghalang karbon dioksida dari tekumpul dalam badan.
- Disebabkan itu, jantung perlukekal berdenyut dan ini menandakan bahawa seseorang itu masih hidup. Selain itu, denyutan jantung adalah selari dengan nadi kita. Ini dapat membantu kita mengetahui samada seseorang individu itu masih hidup atau tidak. Teknik ini memang digunakan sampai hari ini kerana ia merupakan suatu cara mengesan samada seseorang itu masih hidup atau tidak.
- Kekal aktif amat penting untuk hormon serta jantung kita. Jika anda bukan seorang individu yang gemar untuk bersenam, anda boleh memilih untuk berjalan di sekitar rumah anda selama 10 minit atau sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. sedikit sebanyak dapat membantu jantung anda kekal sihat.
- Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda. Berat yang berlebihan akan memberikan tekanan kepada jantung, sekali gus meningkatkan risiko untuk terdedah kepada strok, penyakit jantung, diabetes, dan tekanan darah tinggi. Ubahkan gaya hidup anda kepada kehidupan yang lebih sihat
- Pemakanan seimbang merupakan antara senjata yang paling hebat untuk melawan penyakit berkaitan kardiovaskular. Dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat, anda sedang meningkatkan peluang anda untuk menjadi lebih sihat. Perbanyakan makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin gandum dan produk tenusu tanpa lemak.
Tidur malam yang berkualiti akan menentukan sama ada kita berasa lebih bertenaga atau sebaliknya pada esok hari. Apabila kita mendapat rehat yang mencukupi, secara tidak langsung kita akan lebih produktif.
terdapat beberapa tip yang boleh dicuba untuk membantu anda lelap dengan lebih cepat atau tidur lebih lama:
- Wujudkan rutin yang dapat membantu anda kekal tenang 30 minit sebelum waktu tidur. Aktiviti seperti membaca, mengait atau bermeditasi adalah antara beberapa contoh aktiviti menenangkan yang boleh dicuba.
- Elakkan penggunaan alat peranti sebelum tidur atau semasa anda sudah berada di atas katil. Ini kerana cahaya daripada skrin telefon bimbit, TV dan lain-lain akan merangsang otak lantas menyukarkan anda tidur.
- Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap. Ia akan bantu mengatur jam badan dan memudahkan anda untuk melelapkan mata.
Kesimpulannya
- *PERCUMA KEAHLIAN Shaklee bernilai RM35.00* (bagi belian 100UV ke atas)
- *PENJIMATAN pada harga ahli
- *PERCUMA PENGHANTARAN KURIER ke seluruh Malaysia (bagi belian RM300 ke atas)
- *EXTRA BONUS TUNAI 5 - 21% (dibayar terus ke akaun anda pada bulan berikutnya oleh Shaklee Sdn Bhd) - bagi belian 150UV ke atas berdasarkan tangga bonus belian anda pada bulan yang sama.
- *PENJIMATAN SEHINGGA 15-20% dari nilai wang anda
* Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni adalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.
No comments