Menangis adalah cara bayi berkomunikasi untuk menyampaikan keperluanya. Beberapa arti tangisan bayi, seperti lapar, mengantuk, atau sakit. Semua akan diutarakan dalam bentuk tangisan.
Selalunya tiada apa yang perlu dirisaukan apabila bayi menangis tanpa sebab. Walalupun dia dalam keadaan yang sihat, mereka mesti menangis beberapa kali dalam satu hari. la adalah satu ‘signal’ di mana bayi inginkan perhatian, kadang kala tangisannya itu tiada air mata pun. Mereka cuma ingin berkomunikasi dengan anda dan itu saja cara yang mereka tahu setakat ini iaitu menangis.
Antara Jenis-Jenis Tangisan Si Manja Anda Adalah:-
1) Tangisan kerana Lapar
Lapar adalah salah satu alasan umum bayi menangis, terutama pada bayi baru lahir. Apabila terdengar pendek-pendek, bernada rendah, dan naik-turun, kemungkinan ini adalah arti tangisan tanda bayi lapar.
Anda bisa memberikan susu pada bayi untuk melihat apakah ia benar-benar lapar atau tidak. Walaupun bayi tidak lapar, mungkin ia hanya ingin mengisap sesuatu untuk membuatnya merasa nyaman.Mereka akan menangis dengan bunyi yang berlainan dalam menyatakan keperluan mereka. Contohnya seperti:
“Neh Neh Neh” : Apabila mereka lapar dan ingin ibu memberikan susu.2) Tangisan kerana keletihan
Arti tangisan bayi yang satu ini mungkin akan sedikit membingungkan. Karena tak seperti orang dewasa, bayi yang keletihan membuatnya sukar untuk tertidur. Oleh itu, mereka akan menangis di waktu malam.
Tak hanya itu saja, mungkin saat merasa keletihan pun Anda bisa melihat bayi menangis dengan mata tertutup. Namun, jika bayi terbangun sambil menangis dengan mata tertutup, ia mungkin mengalami gangguan tidur. Antara bunyi tangisan adalah seperti “Owh Owh Owh”: Apabila mereka kepenatan dan ingin tidur seketika.
Justeru itu, untuk menidurkan bayi dengan membedongnya menggunakan selimut, sehingga bayi akan merasa selesa seperti di dalam rahim. Mengajak buah hati berjalan-jalan ke luar rumah dengan kereta bayi juga akan membantu.
3) Tangisan kerana masalah dengan perut
Ibu dan bapa juga perlu mengenali arti tangisan bayi yang menangis tanpa henti. Kemungkinan, ini terjadi kerana perut bayi anda kembung atau masalah gas dalam badan.
Bayi yang mengalami kolik akan menangis setidaknya tiga jam per hari selama tiga minggu berturut-turut.
Biasanya, bayi yang memiliki masalah ini akan tetap menangis walaupun sudah kekenyangan.
Apa yang boleh dilakukan adalah ibu atau ayah boleh mengusap punggungnya dan menggerakkan kedua kakinya seperti sedang mengayuh basikal secara perlahan-lahan untuk membantu mengeluarkan gas dari dalam perutnya. Antara bunyi tangisan yang dikeluarkan oleh si manja adalah “Eigh Eigh Eigh” : Dengan bunyi seperti meneran, tandanya dia dalam kesakitan, seperti perut kembung.
4) Tangisan kerana alergik
Si manja boleh mengalami alergik terhadap komponen dalam susu badan yang berasal dari makanan ibu atau susu formula. Jika bayi Anda sering menangis setelah menyusu, mungkin arti tangisannya adalah kerana mengalami alergik.
Beberapa jenis makanan yang dapat menyebabkan alergi pada bayi meliputi susu lembu, kacang-kacangan, kerang, telur, ikan, dan lain-lain lagi.
Jika perkara ini berlaku. Pastikan membawa bayi anda ke doktor untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.
5) Inginkan perhatian serta dimanja
Terkadang, arti tangisan bayi bukan kerana lapar, letih, atau masalah lain dalam badannya.
Akan tetapi, bayi merengek karena ingin dipeluk dan dimanjai oleh ibu bapa yang tersayang. Jadi Anda harus mengenali serta memahami tangisan yang satu ini.
Dukunglah buah hati dan ajak ia untuk berbual untuk membuatnya tenang. Ia juga sangat gembira saat melihat, mendengar, dan merasakan kehadiran orang yang disayanginya.
6) Penumbuhan Gigi
Pada umumnya, gigi pertama si manja akan muncul ketika ia berusia 4-7 bulan. Proses tumbuh gigi ini bisa membuat gusi bayi terasa sakit.
Jika bayi sering menangis di usia-usia tersebut, Anda boleh menyelipkan satu jari ke permukaan gusinya. Dengan ini, Anda boleh merasakan sama ada tonjolan yang menjadi tanda tumbuh gigi.
7) Tangisan kerana kesakitan
Salah satu penyebab si manja anda menangis adalah kerana ia sedang kesakitan. Kulit bayi lebih sensitif, Antara penyebab bayi anda menangis apabila dipakaikan baju yang diperbuat oleh jenis kain yang kasar atau tidak selesa, aksesori yang dipakaikan seperti topi terlalu ketat atau ada rambut yang melekat diantara jari si comel. Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dengan persekitaran bayi anda.
Kesimpulannya, Ibu bapa yang baru sahaja menimbang cahaya mata perlulah sentiasa up to date tentang perkembangan bayi anda agar anda dapat melakukan yang terbaik untuk si manja anda.
- *PERCUMA KEAHLIAN Shaklee bernilai RM35.00* (bagi belian 100UV ke atas)
- *PENJIMATAN pada harga ahli
- *PERCUMA PENGHANTARAN KURIER ke seluruh Malaysia (bagi belian RM300 ke atas)
- *EXTRA BONUS TUNAI 5 - 21% (dibayar terus ke akaun anda pada bulan berikutnya oleh Shaklee Sdn Bhd) - bagi belian 150UV ke atas berdasarkan tangga bonus belian anda pada bulan yang sama.
- *PENJIMATAN SEHINGGA 15-20% dari nilai wang anda
* Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni adalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.
No comments