Sekadar perkongsian Jumaat penghulu hari...
Orang beriman menyedari kurnia Allah kepadanya penuh di sekelilingnya dan dilihatnya setiap zarrah (benda yang teramat kecil) di langit dan di bumi,semuanya kurnia Allah kepadanya,memudahkan penghidupannya dan memberikan pertolongan kepadanya dalam menjalankan tugas dalam hidup ini.

Dia menampak kurnia Allah dalam hembusan angin, perjalanan awan, aliran sungai, terbit matahari, fajar menyinsing, cahaya siang, kegelapan malam, pemberian binatang ternak dan tumbuhannya tanam-tanaman.
Sesuai dengan hal di atas, disebutkan dalam firmanNya yang bermaksud:
"Tiadakah kamu perhatikan,bahawa Allah telah mengadakan untuk kamu apa yang ada di langit dan di bumi dan dicukupkanNya untuk kamu kurniaNya zahir dan batin?"
(Surah Luqman: Ayat 20)
(Dr Yusuf Al-Qaradhawi - Iman & Kehidupan)
No comments