.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Diariku : Januari Yang Terindah

Share:



Assalammualaikum...
Hari ni sudah masuk hari ke-2 saya kembali bertugas di pejabat. Cepat sungguh masa berlalu kan, dah habis pun  tempoh bercuti sebulan.. sedih la sikit :( rasa macam malas pun ada juga.. Kesian putera & puteri comelku.. kembali berkampung di rumah Tok.. Tunggu hingga Bonda dan Abah pulang dari kerja okeh!!



 


Dalam tempoh sebulan yang lalu, masa saya sangat banyak dengan family, sekarang bila dah masuk kerja, masa dengan family adalah bermula jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi sahaja.. 

yelah bila dah malam, tak banyak masa untuk bermain dengan anak-anak, badan pun dah letih.. kalau jadi ibu, dilemma beginilah agaknya...  Cabaran sungguh!!

Agaknya selama mana lagi perlu bertahan melalui rutin yang sama?? haih.. dah jadi macam diari luahan rasa pulak :P.. Apapun sebulan bercuti tanpa gaji, tak da masalah pun... sebab Bonus Shaklee sangat membantu ketika memerlukan :D..

kan best kalau kerja ada masa flexible, macam study dulu-dulu.. janji cukupkan jam dalam seminggu...  kekekeke... ok.. nak share yang best saja dengan semua.. yang sedih-sedih tu simpan dalam diari je :P

Saya nak share sikit bagaimana saya habiskan masa sebulan saya dengan anak-anak  :D..Lebih kurang begini jadual suri rumah tangga sementara : best sanggat!!! bukan senang orang nak kasi kita cuti sebulan tau :D

Awal pagi : 
  • bangun pagi (mandi / solat)
  • siapkan Rania ke Tadika (biasanya Abahnya yang mandikan anak.. :D - anak abah la katakan.. tapi manja gila-gila dengan bondanya :D)
  • Bawa baby (Ruzain) dan kakak (Rania) ke tadika. kadang-kadang baby saya tinggalkan sekejap dekat Tok

Pagi 7.45 pagi : di tadika
  • Tunggu Rania hingga breakfastnya selesai - lebih kurang 8.30 pagi, baru saya balik terus ke rumah.. boleh la tengok cara dia belajar, sekurang-kurangnya nanti balik rumah, boleh menyanyi dan buat homework sama-sama dengan dia :D


kelas Rania cuma ada 11 pelajar sahaja, mudah untuk cikgu beri tunjuk ajar & tumpuan kepada setiap orang :D

 
kadang-kadang adik pun ikut ke tadika.. alololo kesian dia.. tak mandi lagi ni


9.00 - 11.30 pagi: 
  • Singgah pasar (beli barang basah / keperluan)
  • Kemas rumah
  • Memasak

11.30 pagi : 
  • Ambil Rania dari tadika.. 



12.00 tengahari : 
  • Urusan mengepos dan c.o.d set produk Shaklee kepada pelanggan-pelanggan (Rania lah peneman saya)

12.30 tengahari :
  • Ambil baby dari tok & kami semua pulang ke rumah + makan tengahari :D


Petang
  • Selesai makan tengahari. biasanya Rania akan main  dengan adik hingga rumah bersepah-sepah dengan mainan diaorang.. selalunya bonda nak kena menyimpan barang mainan diaorang ni sampai 5-6 kali sehari :D.. apapun saya puas sebab dapat jaga anak-anak sendiri.. yang penting semua happy.. adakalanya garang juga.. tapi itu main-main je :P
tengah test pelampung, nak mandi kolam



dengan mainan kegemaran anak-anak, hasil bonus Shaklee, walaupun takde gaji.. huhuhuhu

  • Lepas dah penat bermain, dalam jam 2.30 - 3.00 petang , budak-budak tu akan tidur hingga jam 4.30 - 5.00, kadang-kadang diaorang lajak tidur sampai jam 6.00



masa untuk tidur .. kekeke :P
okeh dah zzzzzz pun dia, baby ruzain suka tidur dalam buai
so, masa ini lah baru saya ada masa untuk aktiviti ini :
  • Menjemur / melipat pakaian
  • Mengemop lantai
  • Update blog / FB & data-data pelanggan Shaklee :D

lebih kurang jam 5.30 - 6.00 : 
  • Masa bermain dengan anak-anak.. lepas itu saya atau abah diaorang (yang baru balik kerja) akan bawa anak-anak ronda pusing taman dengan basikal.. bestkan..
aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh putera & puteri ni... best!!! riadah bersama keluarga
7.30 malam 
  • Mandikan anak-anak, oleh dah cantik & wangi semua.. :D
  • Makan malam sekeluarga bersama-sama.. macam mana sibuk sekalipun, makan malam sekeluarga semestinya rutin dan semua mesti makan sekali. 
 8.00 malam
  • Rehat & tonton TV dengan keluarga (masa ini baru lah dapat rehat sikit, sebab partner dah ada- boleh lah rest sikit .. kekeke.. )
  • Siap keperluan keluarga untuk esok hari pula

10.30 malam & ke atas
  • Jika mustahak : update blog & pesanan barang (tapi bila cuti sebulan ni, saya tak punya masa yang banyak dihadapan komputer... nampaknya lebih busy dari kerja di pejabat .. :D lebih banyak masa menjawab pertanyaan cutomer di hp..
then semua masuk tidur.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Esok ulang yang sama lagi.. tapi ianya sangat bermakna dan saya sangat happy -- percutian Januari yang sangat indah dalam hidupku..



“Creating Healthy Families…” 
 

....salmiza....



Ebook “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load percuma dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 

Doakan cita-cita saya untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa akan menjadi nyata... Amin


No comments