.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

Rania dan Tadika

Share:
Syukur alhamdulillah.. pejam celik, pejam celik dah hampir 5 tahun usia Rania Arissa.. 
sudah 2 hari Rania memulakan pra sekolahnya.. sebagaimana ibu bapa lain, satu perkara yang paling saya risau, adalah keengganannya untuk berada di tadika tanpa kami.. (bonda dan abah).. rupa-rupanya, saya yang terlebih risau.. Rania relax je.. ingatkan dia nak menangis.. kekek... bagus sesuai sangat maksud nama Rania Arissa "yang tabah, yang kuat berusaha"

Rania sebelum ke tadika.. semua serba baru.. :D

Bagus anak bonda, tak menangis langsung.. malah seronok saja di sana.. cikgu pun mesra dan baik.. 'itulah yang rania suka - katanya : hari ni dia belajar main play doh, abc.. lepas tu cikgu ajar main bunyi haiwan.. jalan-jalan macam itik "quek quek!!" lucu betul.. apapun suka sangat sebab Rania dah ada kawan-kawan baru....


Sehari Sebelumnya : 

Al kisah sehari sebelum pembelajaran di tadika.. sebenarnya, kami sekeluarga dah lama survey sekolah yang Rania akan belajar.. mati-mati saya ingat itulah sekolahnya.. 

Yang paling best, sebenarnya sekolah yang bakal Rania belajar tu, sebenarnya sekolah lain..

Tarikh mendaftar yang tercatat pada surat tersebut 31 Disember 2013.. so kami pun excited nak pergi mendaftar... setibanya di sekolah tu : Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Setar.. saya dah mula rasa pelik.. aik kita awal ke???? kenapa takda orang ja???
dengan penuh yakin, kami berempat (sekeluarga) turun dari kereta, terus bertanya kepada seorang kakak di koperasi.. di mana arah tadika.. sampai saja di tadika, tengok-tengok tak ada seorang pelajar pun.. nasib ada seorang guru, agaknya dia pun tengah siapkan kelas untuk esok..

saya terus saja tanya, "hari ni pendaftaran kan?? dengan slumber ja cikgu tu jawab, kami dah mendaftar kelmarin... 

saya : "haaaa???? kat surat ni tulis hari ni...

cikgu : mai nak tengok surat tu.. 

saya terus je bagi surat tu pada guru..

cikgu : adik ni sekolah lain ni... Sekolah Sungai Setar , Parit Buntar..

saya : haaaaa???? ada 2 sekolah ka???

Cikgu : ya, sekolah ni ada 2, nama sama...

saya : Haiya.. biar betui.. di mana sekolah tu...???

kekeke.. memang lawak sungguh, dah berbulan-bulan survey sekolah, rupanya salah sekolah.. apapun nasib baik kami belum terlewat dari pendaftaran sebenarnya... dengan pantasnya semua masuk dalam kereta.. terus cari sekolah yang satu lagi tu... Jumpa juga akhirnya...

itulah jadinya kalau tak baca betul-betul surat.. sebenarnya, surat tu lepas baca 3 bulan lepas, terus saya simpan, dah tak baca dah.. malam sebelum pendaftaran pun, baru nak isi borang.. nasib baik kat rumah ada printer yang boleh fotostat dokumen yang perlu.. 

haih, taubat lain kali, tak mau buat last minit dah.. ambik, dah la tak baca betul-betul surat.. next time, baca berulang-ulang sampai paham... huhuhuhuh

baru sampai kat sekolah..
dalam kalut mendaftar, sempat juga Rania posing

posing tak ingat punya :p


ni pandangan hadapan sekolah


Guru besar sekolah ni, tengah sampaikan ucapan & amanat



Rania dah mulakan kelas dengan sarapan

inilah rupanya tadika kakak (Rania)... moga Rania jadi anak yang pandai dan rajin yea... selamat belajar anakku sayang..


 Thanks for reading...



“Creating Healthy Families…” 
 

....salmiza....


Ebook “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load percuma dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. 

Amin

No comments