Kebanyakkan ibu hamil sukar mendapatkan tidur yang lena apabila kandungan mula menjejak masuk ke trimester ke 2. Badan mula rasa tidak selesa, kerap pedih ulu hati, Kebanyakkan ibu tidak lagi dapat tidur secara melentang. Habis satu badan berasa lenguh dan kebas sekiranya asyik tidur mengiring sahaja.. herm, saya pun sama dulu masa mengandungkan Rania dan Ruzain. Jika melentang pula, tidak dapat bernafas.
Pengalaman kawan saya, beliau terpaksa tidur secara duduk kerana kerap mengalami sesak nafas apabila berbaring. itu tidak lagi termasuk dengan kekerapan ke tandas apabila tengah malam.. apabila siang menjelma, badan akan lebih cepat lesu dan keletihan.
No comments