"Ketika diri diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang yang dizalimi, kurangkan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagian dalam semua aspek kehidupan anda."
--------------
Tragedi yang menimpa warga Rohingya memang sudah dalam pengetahuan ramai diseluruh dunia. Sebutlah apa jua kezaliman yang pernah berlaku diatas muka bumi ini - GENOCIDE, ETHNIC CLEANSING, APARTHEID - semuanya SEDANG berlaku di tanah air warga Rohingya di Burma tanpa diberi perhatian sewajarnya oleh mana-mana pihak di dunia ini.
Marilah kita sama-sama menghebahkan projek terbaru Al-Itisam dalam usaha memberi sedikit keredaan kepada penderitaan warga Rohingya dan pembelaan kepada saudara seIslam kita terutama kepada yang berada di Bangladesh sekarang. Mereka sangat-sangat memerlukan bantuan keperluaan asas.
Foto: Kem Pelarian Rohingya Shaplapur dari lensa sukarelawan ARP yang menyertai Misi Ibadah Korban 1436h pada September lalu.
|
Keadaan kem pelarian Rohingya Shaplapur, Bangladesh sangat daif dan mundur
- Di bina atas tanah persendirian seluas 10 hektar milik individu
- Menempatkan kira-kira 1500 warga Rohingya
- Tiada madrasah belajar agama atau akademik sejak Kem Shaplapur wujud 15 tahun lalu
- Kanak-kanak & remaja kebanyakkan buta huruf & buta agama
- Surau sedia ada terlalu daif dan perlu dibangunkan semula
NGO Al-I'tisam Relief Program Association sedang berusaha mengumpul dana Pembinaan Madrasah Pendidikan dan Telaga Tiub untuk kegunaan warga pelarian Rohingya di kem pelarian tidak berdaftar (dengan UNHCR) di Shaplapur dan kem-kem lain sekitar Cox's Bazar, Bangladesh.
MAYBANK : 5 6 2 4 7 8 1 4 1 5 8 9
CIMB : 8 6 0 0 6 3 3 5 8 3
BANK ISLAM : 1 2 0 3 8 0 1 0 1 1 4 7 3 1
Nama Akaun :
Al-I'tisam Relief Program Association / Pertubuhan Program Ceria Al-I'tisam.
Sumbangan melalui perbankan internet : Sila klik di sini untuk 'online banking' : Masukkan email : info@arp.org.my
Sumbangan melalui kad kredit atau debit : Sila klik di sini untuk ke 'Paypal/Ipay88 Gateway' : Pilih menu 'PayPal'
_______________
NOTA PENTING:
Selepas membuat sumbangan, pastikan anda mengisi <<BORANG SUMBANGAN ONLINE>> untuk kemaskini rekod ARP dan resit dikeluarkan.
(Borang dengan maklumat lengkap dan berjaya dihantar secara online akan diterima secara automatik melalui sistem)
ataupun emailkan butiran seperti nama, no.telefon, alamat, jenis sumbangan, maklumat, bank, dll butiran sumbangan ke email info@arp.org.my
Hubungi talian +603-7846 1880 | +6016-205 1880 (WhatsApp) sekiranya memerlukan penerangan lebih lanjut.
Nota : NGO Al-'tisam Relief Program (ARP) telah ditubuhkan pada 8 April 2013 mendukung misi 'Membawa Sinar Harapan & Keceriaan' kepada golongan sasaran yang dibantu. ARP merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdaftar yang berpangkalan di Shah Alam, aktif menjalankan misi bantuan kemanusiaan Malaysia, Gaza, Kemboja & Rohingya.
Info di atas adalah untuk hebahan sebagai ihsan sesama manusia. www.bondamiza.com tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan NGO Al-I'tisam. Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan, mohon hubungi terus PEJABAT PENGURUSAN Al-I'tisam di talian 603-7846 1880 | +6016-205 1880 (WhatsApp) sekiranya memerlukan penerangan lebih lanjut.
__________________________________________
PLEASE SHARE & LIKE
Mohon hebah dan panjangkan kepada rakan-rakan dan saudara mara.
Jom Kongsi kebaikan! meskipun ianya hanyalah sebesar zarah. Moga ia menjadi saham akhirat buat kita.. InsyaAllah
Salam Sayang buat seluruh warga dunia..
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
No comments