.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

IMPIAN AKHIRNYA MENJADI NYATA

Share:
Assalamualaikum...

Dah lebih 2 minggu saya berehat sejenak dari berblogging.. almaklumlah ada kalanya kena berehat juga. Demam menyerang ditambah pula sakit tekak.. jadi hari-hari berbekalkan air asam jawa dicampur dengan Peppermint Ginger Plus.. Alhamdulillah, dah beransur sihat. 

Tertangguh lama juga saya nak berkongsi kisah impian Rania, anak sulung saya yang akhirnya menjadi kenyataan..


Semuanya perlu bermula dengan suatu IMPIAN.. ya IMPIAN.. budak kecil pun ada impian tersendiri.. anak saya Rania, sejak dari umurnya 4 tahun,, dah mula menyebut-menyebut dia mahukan kereta 3 tingkap... apa yang 3 tingkapnya tu? ngeh ngeh

Budak-budak mudah terikut-ikut, tapi apa yang boleh dilayan, kita layan je lah kan.. :D

"Dreams do come true when you believe in yourself.... 

suka berangan nak jadi Puteri Elsa, Frozen tu
DAHULU :
Saya suka kongsi cerita dengan anak-anak saya, mengenai impian saya sendiri masa saya kecil. Kalau kita mahukan sesuatu, masukkan ia dalam doa dan lukislah impian tu... 

Dulu-dulu masa kecil saya suka melakar.. lakaran rumah 2 tingkat semi-D  yang siap dengan pagar automatik yang siap dengan parking kat atas bumbung rumah.. hahahah.. habis semua buku latihan sekolah, yang dah habis diguna.. pasti ada lakaran rumah saya.. 


Jadi Rania pun agaknya terikut-ikut cara saya.. yelah kan, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. :D

Setiap hari mesti dia akan lukiskan lakaran kereta, sama ada di dinding kaca yang khas untuk dia melukis atau pada kertas.. habis bertempek penuh bilik.. atau tak pun, minta saya ambilkan gambar dia setiap kali kami melalui parkir kereta. asal je jumpa kereta 3 tingkap idaman dia, sure ada je lah tertempek muka Rania :D

depan kedai Makan Satu Malaysia, Pekan Lama Parit Buntar


Taman Sarina, Bandar Darulaman.. 


ambil berkat.. doa anak yang memang suci dan murni.. Bonda dan Abah aminkan doa Rania
Maaflah yea, entah siapa-siapa la tuan kereta yang kami tumpang bergambar... apa sahaja model kereta daripada jenis Vellfire sampai la ke Exora.. semuanya dia nak posing.. tak kisah.. janji dia boleh bergambar..

Saya sebagai ibu, sampai naik kesian, dah hampir setahun Rania asyik bertanya-tanya, "Bonda , Abah, bila kakak nak beli kererta 3 tingkap?".. budak-budak tak pernah tahu, masalah apa ke, apa-apa jelah..

Soalan daripada Rania tak pernah jemu.. boleh kata mesti ada je soalan tentang kereta 3 tingkap dia setiap selang beberapa hari..

Apa saja cerita dia.. yang paling best, dah siap berangan-angan.. si adik duduk seat pertama, kakak nak duduk seat belakang sekali.. seronok nak balik kampung, katanya.. 

Kalau saya atau hubby tengah drive,  siap terjerit-jerit seronok Rania dan Ruzain jika ternampak kereta idaman dia lalu kat sebelah.. haih.. excited sampai lagu tu jadinya.. ahahaha.. bayangkanlah anak-anak saya ni semua dah la pitching jenis tinggi macam Ziana Zain...:P.. bikin bingit telingaku..

HARI INI DAN SETERUSNYA : 
Dulu dalam entry yang lalu saya pernah ceritakan, hidup saya berubah sejak kelahiran anak kedua saya. Ruzain Aliff... 

Apa jua yang saya buat adalah untuk kesejahteraan keluarga, sejak tahun Ogos 2013, hidup kami sekeluarga kian merubah dan kewangan kami sekeluarga makin kukuh. alhamdulilah.. semuanya berkat bonus bisnes Shaklee..

Impian besar saya untuk memiliki rumah 2 tingkat Semi D, (walaupun belum ada lagi pagar automatik dengan parking atas bumbung) yang saya idam-idamkan sejak saya sekolah rendah dah saya miliki.. jadi kini tibalah masa untuk saya tunaikan hasrat anak-anak..

Jadi tanggal 31 Ogos yang lalu, saya dan suami bawa anak-anak ke show room Nissan.. langkah besar untuk beri Rania suprise yang sememangnya dia idam-idamkan.. 

Kalau saya, kereta sedia ada dah memadai. Tapi kehendak anak-anak ada kalanya ada benarnya.. ya kami perlukan kereta yang lebih besar untuk berjalan jauh untuk keselesaan, apa lagi untuk balik kampung nun di Utara..


Show Room Nissan, Nibong Tebal, beri peluang Rania memilih dan merasai sendiri, kereta idamannya.. 
Alhamdulillah, tujuan saya berkongsi ini bukanlah untuk  riak atau menunjuk-nunjuk.. Apa yang saya nak tekankan di sini adalah Allah Maha Mendengar.. Apabila kita berusaha untuk merubah diri dan hidup keluarga kita ke arah yang lebih baik.. tidak salah untuk minta kepada Allah dengan usaha yang bersungguh.. 

Sebagai balasannya, Allah tunaikan permintaan kita.. yang penting niat di hati ikhlas.. Jadi inilah hadiah kami buat Rania.. Semuanya dibayar dengan  Bonus yang kami terima setiap bulan hasil perniagaan kami.. Alhamdulillah.. Mungkin selepas ini, dapatlah kami sekeluarga menyimpan untuk ibadah haji dan umrah pula..
Tiada apa yang lebih indah selain membahagiakan keluarga dan ibubapa kita.. Hari yang sangat indah buat Rania Arissa..

klasik sangat gambar ni.. macam gambar dulu kala.. dah senja baru dapat ambil kereta baru.. alhamdulillah.. 
kalau dulu saya tak kenal Shaklee, mungkin sekarang hidup kami sekeluarga masih dengan cara yang lama dan kewangan yang sama.. 

TIP KEJAYAAN : 

Baiklah saya nak kongsi bangaiman untuk memastikan Impian Menjadi Nyata 

Berikut ini adalah beberapa cara untuk membangkitkan kembali hasrat impian kita yang dulu mungkin pernah hilang..

  • Beri perhatian lebih untuk diri sendiri

    Jika anda pernah hilang arah, dan tidak tahu arah tuju, kembalilah kepada Allah, Redha dan berusaha perbetulkan kesilapan.

  • Lakarkan Impian

    Luang masa lakarkan apa jua impian anda. Lukis dan tulis setiap perkara yang anda inginkan.  Biarpun pada asalnya nampak macam tidak logik

  • Tunjukkan Kelebihan diri

    Setiap manusia ada kelebihan diri. Serlahkan dan gunakan ia sebaiknya. kadang kala kita tidak nampak kelebihan diri.. mungkin kerana kita selalu nampak kelemahan diri. Jadi ubahlah diri ke arah yang lebih positif. Cuba tanya keluarga atau kawan rapat anda lagi baik musuh anda, apa kelebihan ada. sure dia orang akan beritahu :D

  • Percayalah

    Percayalah pada kemampuan anda ! Yakinlah bahawa anda boleh melakukan sesuatu. Jika anda mempercayai kemampuan Anda, anda akan mempunyai semangat seperti bangkit dari mimpi yang indah. Yakin setiap impian pasti akan tercapai.

    impian menjadi nyata dengan berkat usaha, doa dan keyakinan untuk merubah diri ke peringkat yang lebih baik

  • Nikmatilah Kejayaan 

    Cuba untuk menikmati kejayaan, walaupun ianya sekecil semut. Walaupun anda hanya berjaya jual atau lakukan satu perkara yang sangat kecil di pandang orang, namun anda jangan lupa untuk merainya dengan kegembiraan. Walaupun sekad ar ucapan Alhamdulillah.. Menikmati kejayaan akan memastikan momentum anda di landasan yang betul. 

    INGAT YE, kejayaan yang BESAR diraih hanya setelah anda meraih kejayaan yang kecil.. ingat yea.. ucap selamat dan kesyukuran untuk setiap kejayaan itu.

    Yang pastinya, jangan mudah lupa diri dan riak apabila anda berada di atas, kerana sesungguhnya hidup kita ibarat roda.. 

    Saya doakan anda mencapai setiap titik kejayaan walaupun apa yang terpaksa menempuh jalan yang berduri. ingat yea, Setiap yang pahit akan ada kemanisannya.. insyallah.. 

    "Dreams do come true when you believe in yourself.... 


Master To be ~ Bonda Miza







No comments